Wednesday, September 2, 2009


Peristiwa "orang kuat"Datuk Rahman mengamuk gara-gara "Lot Parking" rupanya bukan sahaja bertiup di alam maya (cyber) ni..tetapi sudahpun menjadi perbualan penduduk Kota Belud. Pelbagai versi cerita kita dengar, dari yang mencemuh, marah, sedih, hairan hinggalah kepada ada yang hanya sempat berkata "Astagaaaaaa". Lebih-lebih lagi bila orang yang dikatakan itu adalah orang kesayangan Datuk Rahman sendiri. Tindakan tidak berpatutan itu sehingga memaki hamun seorang wanita bukan sahaja menimbulkan banyak persoalan kepada masyarakat Kota Belud..Kenapa seorang yang dikenali dan berpotensi untuk mengatur masyarakatnya tiba-tiba tidak boleh mengawal emosinya? Bagaimanakah pandangan masyarakat Kota Belud dengan orang ini..? Kenapa tidak menjaga moral dan akhlaknya..?



"Walau apa pun sebabnya, sama ada orang Datuk Rahman ini benar atau sebaliknya...cara yang demikian bukan sepatutnya berlaku.." kata mereka yang berfikiran terbuka. Dan ketika tadi pagi saya duduk di perhentian Pick Up untuk balik ke rumah, Cerita si Aslie itu masih panas sepanas gorang pisang yang menjadi idaman berbuka orang yang berpuasa. Ada juga yang menyalahkan Datuk Rahman kerana memberi kepercayaan kepada orang sebegini..Kata Mereka " orang ni dari dulu, bukannya boleh diharap.." Tak tahu lah benar kah atau tidak..tapi itulah yang saya dengar.



Sebagai YB yang baru bertapak dalam kancah politik di KB, Datuk Rahman tentunya turut terasa tempias ini..Di saat Datuk Rahman menunjukkan rekod "bersih" dan selalu "turun padang" membawa bermacam-macam idea kepada masyarakat Kota Belud..."orang kuat" nya pula yang buat hal..masyarakat KB makin melupakan keperibadian Datuk Rahman, sebaliknya mengaitkannya dengan keperibadian orang kuatnya. Kerana itulah resamnya dunia politik, ada YB yang baik, orang nya pula yang mencemarkannya. Ada yang orang kuatnya baik dan berkerja keras, YB pula yang duduk selesa menuai hasilnya.



Biarpun begitu Datuk Rahman melalui Blognya 'memohon maaf' bagi pihak orang kanannya itu..satu pendekatan yang wajar. Namun bagi yang celik ICT, ada laptop dan komputer yang selalu berinternet..macam para blogger KB ,dapatlah mereka membaca permohonan maaf itu. Tapi bagi masyarakat kampung yang tidak celik internet, yang hanya mendengar cerita yang disampaikan secara sensasi..bagaimana pula ? Datuk Rahman kena banyak berfikir untuk membersihkan imejnya yang mula tercalar, kerana" seramai-ramai telinga yang mendengar, ramai lagi mata yang melihat."

14 ulasan :

Unknown said...

salam ziarah

Saudari KM...Saudara Aslie ni memang panas baran orangya...Mungkin time tu dia lapar lagi kot...atau mungkin belum dapat gaji atau mungkin tiada dapat klim atau rasuah juga kot...Bukan tuduhan tau dan bukan memfitnah sekadar menyatakan kemungkinan2 aje...

Buat DRAD...saya mendapat maklumat bukan sahaja orang beliau yang tidak boleh harap....Adik beliau pun macam itu juga.....Sekarang taiko projek di Kota belud adalah Adik kesayangan beliau...betul atu tidak kita tunggu dan lihat sahaja lah...DARD pandai berdrama...

Unknown said...

Salam Kelapa Mawar,

Hai! dah jadi cerita besar si Aslie tu. Kejap lagi dia akan menjadi juara bintang-bintang kategori orang gila. Apa tidak mengamuk tidak tentu pasal, terutama terhadap wanita yang bersifat lemah.

Betul juga dia panas baran, tapi pada wanita ja, dengan lelaki tidak pernah pun saya dengar dia tunjuk belang. Pendek kata, dia ini lelaki dayus.

Saya harap DARD kaji balik perlantikan Si Aslie ini. Jika keadaan terlalu memudaratkan, kita takut rakyat bukan lagi marah si Aslie tapi api kemarahan itu di lepaskan kepada DARD.

Inilah orang bila ada kuasa sikit, tunjuk sikit belang, kuasa tak kemana dia hanyut entah kemana. Fikir-Fikir saja lah.

Unknown said...

salam kelapa Mawar,

Isu si Aslie ini muak aku mendengarnya, cukup memalukan anak Iranun. Rupa dia rajin ke Masjid itu hanya suka-suka saja, tidak ikut sikapnya sebagai maulana.

Unknown said...

Salam Kelapa Mawar,

Orang tua-tua bilang, kalau tiada parintah lama sudah aku bunuh kau. Ini gambaran ke marahan orang Iranun terhadap Si Aslie, cukup memalukan rakyat kota belud.

Unknown said...

salam ramadhan kelapa mawar.

biasanya inilah yang berlaku jika orang bawahan melakukan kesilapan. Abd Razak Baginda buat hal dengan Altantuya, Dato Najib jadi masalah.

Harap perkara ini selesailah dan kita fokus kepada isu yang lebih besar...Datuk Harris dulupun panas baran juga tetapi efektif. mungkin itu kelemahan Aslie, sama-samalah kita cover dan minta maaf bagi pihak beliau.

risk-taker said...

salam...

panas baran pun biarlah bertempat...
ni di khlayak ramai...
pastu mangsa ppuan pula 2..
klu ego pun jgn la lebih2...
ni bukan baran seorang pemimpin tapi baran orang kurang didikan agama

rojokobog said...

Salam semua,
Ya Allah, ampunkan dosa-dosa orang yg memfitnah dan membuat tuduhan tanpa bukti yg nyata, peliharakanlah lidah mereka dari api neraka.
Amin yarabulalamin.
(KM jaga2 sikit blog ni, nanti ada yg jadi syirik)naujubilaminjalik.

Tudung Duang said...

Salam semua...

Semoga isu ini tamat di sini saja. Terimalah kelemahan Aslie sebagai seorang manusia biasa. Tidak perlu kita hangatkan keadaan..janganlah terus sensasikan isu..

DARD selaku YB dan majikannya bertindak bijak dengan memohon maaf secara terbuka di blognya. Mana-mana sdra sdri yang celik IT dan sering berinternet..Nah! inilah masanya memainkan peranan sebagai penyampai kepada yang belum mengetahui dan berikan hanya yang benar dan rasional..tidak payah keruhkan keadaan! Kita sudah tiada masa untuk berkonflik sesama sendiri..Bajau /Iranun sama saja.Tiada beza!

Kita sama-sama cari satu titik pertemuan! satu titik persamaan! Jangan cari titik perbezaan. Kelak kita diperkudakan oleh orang lain. Kita harus bersatu!!

Pandangan ikhlas/jujur dari saya...
TudungDuang

palingberani said...

Salam KM dan sdr2 sekalian..

Saya berpendapat..seperti sdr musli peristiwa ini dioffkan di sini...kita fokus isu lebih besar..sebagai manusia biasa..kita tidaqk dpt lari dri melakukan kesalahan.

Unknown said...

Saudara Rojokobog,

Ini bukan fitnah tapi realiti, fitnah dikatakan apabila sesuatu yang diceritakan itu direka-reka semata-mata dan bertujuan untuk menjatuhkan seseorang. Tapi isu Asli ini bukannya rekaan, tapi berlaku di depan mata saya, dayus kalau saya tidak menegur dia. Saya tahu si Aslie ini panas baran, sebab itu saya utarakan dalam blog ini supaya bosnya DARD ambil perhatian serius perkara ini.

Alkamdulilah matlamat saya tercapai, DARD minta maaf bagi pihak Si Aslie, walaupun banyak rakan blog minta si Aslie tampilkan diri dan minta maaf dengan wanita yang diperlakukannya itu.

Apapun tujuan saya baik untuk membetulkan keadaan dan tidak menjatuhkan maruah seseorang. Oleh kerana kisah si Aslie diketahui umum samaada melalui cyeber atau dimana saja, justeru itu saya mencadangkan saudara Aslie tampil membuat mohon maaf terhadap wanita dan masyarakat KB atas kebiadapannya terhadap wanita tersebut. Wanita yang bersifat lemah lembut tidak seharusnya diperlakukan demikian olehnya. Bayangkan kalau orang lain melakukan perkara yang sama kepada isteri atau anak atau kaum kerabatnya bagaimana pula perasaan SI Aslie.

Sebagai jalan penyelesaian sekali lagi saya mengesa saudara Aslie memohon maaf samaaada secara bertulis atau lisan melalui cyeber atau apa cara sekalipun, demi keutuhan politik DARD dan membersihkan nama baiknya di mata masyarakat KB. Apapun semua ini kita serahkan kepada saudara Aslie menyelesaikannya, jernihnya perkara ini dimata masyarakat KB bergantung kepada saudara Aslie menyelesaikannya, begitulah sebaliknya berlaku jika beliau enggan mengakui kesilapannya. Wasalam

rojokobog said...

Sdra Datu Pidtailan,
Yg saya maksudkan adalah tuduhan Sdra Badang terhadap adik DARD iaitu taiko projek, setahu saya adik DARD masih tinggal dgn bapa mentuanya, kalau taiko projek dah ada banglo sendiri...kalau sdra Badang tahu dan maha mengetahui tentang projek tersebut, sila lah buat laporan SPRM utk memuaskan hati semua pihak..saya sangat setuju, dan saya minta Sdra Badang senaraikan projek2 yg dimiliki oleh Adik DRAD...sila pastikan projek tersebut bukan projek yg dibeli drpd kontraktor lain, projek yg dimiliki sendiri oleh adik DARD...
Utk Sdra Datu Pidtailan, soal parking saya tak nak join bincang, nanti org luar ketawakan kita.

kelapa mawar said...

SALAM SDR-SDR SEKALIAN..
Si Badang,
Datu Padtailan,
Labulabilabu,
Nyawa dan badan,
Musli Oli,
Ristaker,
Palingberani,
Rojokobog,
Tudungduang...

Ma kasih atas kunjungan dan pandangan anda semua..kisah ini kita jadikan pengajaran dan pedoman...bahawa sebagai pemimpin selalu diperhatikan oleh masyarakat..jaga diri,hiasi peribadi..

selamat berbuka untuk sdr-sdr semua.WASSALAM.

Unknown said...

Salam KM

Tahniah diatas pendedahan ini. Adalah sangat wajar pendedahan sebegini kerana mereka ini adalh org2 YB yg telah kita undi, yg ditugaskan untuk berkhidmat kepada masyarakat. Mereka ini adalah public figure seumpama artis, samada baik atau buruk perlakuan mereka akan sentiasa menjadi perhatian umum.

Apabila ada org yg seberani Kelapamawar, menulis artikal sprti ini, saya percaya ramai pegawai2 kita, terutama PENJAWAT AWAM akan lebih berhati-hati dalam apa jua tindakan mereka, kerana kalau silap... boleh jadi famous.. masuk blog JADI BAHAN CERITA/ULASAN, 1malaysia tahu..

Saya berharap Kelapamawar akan sentiasa berusaha untuk mendapatkan berita2 sensasi terutana yg melibatkan penjawat awam.. contonhnya.. pegawai yg jarang datang ofis tapi hari2 main golf, pegawai yg ada conflict of interest, dsb.. Bukannya apa... mungkin cara ini lebih berkesan untuk memperbetulkan mereka.

Tahniah sekali lagi, kalau TV3 ada karamsinghwalia, blogger pulak ada Kelapa Mawar. Teruskn misi anda, kami sentiasa menyokong. U R THE BEST KM.

kelapa mawar said...

salamkembali sdr abu..

Saya hanya memaparkan isu semasa dlm politik di Kb. Ma kasih atas sokongan sdr..