Tuesday, September 11, 2012

Langkah seramai 711 orang di Selangor bertindak menyaman kerajaan Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim berkenaan isu kegagalan kerajaan negeri di bawah pakatan Rakyat menunaikan janji yang terkandung dalam manifesto Parti Pakatan pembangkang itu pada PRU 12 berkaitan pemberian bil percuma kepada pengguna air di Selangor dalam ukuran tertentu telah menimbulkan banyak tanda tanya, kerana pakah janji yang terkandung dalam manifesto itu boleh dijadikan ukuran bahkan bukti sahih menyabitkan pihak tertentu dengan isu keadilan di negara ini. Jika penghakiman dibuat dan ada kes yang boleh dibicarakan, maka apakah akan ada lagi rakyat di negara ini yang memfailkan saman kepada parti-parti politik ekoran kegagalan mereka menunaikan janji yang terkandung manifesto masing-masing?

Dalam kes seumpama ini, kita harus bersikap terbuka dan profesional. Bukan sahaja janji dalam manifesto parti pembangkanbg yang tergendala atau digendalakan secara sengaja tetapi juga turut berlaku di kalangan parti pemerintah di negara ini. Bahkan ada janji yang sudah pun dimasukkan dalam belanjawan negara namun dibatalkan saat akhir atas perkiraan tertentu.

Di Sabah banyak janji manifesto parti-parti tertentu yang masih tergantung sifatnya kerana gagal atau sengaja digagalkan untuk dilaksanakan. Janji BN dan UMNO melakukan pembaharuan pembangunan berskala 100 hari mun gkin boleh dijadikan ukuran awal dalam pembicaraan ini. Apakah janji 100 hari itu terlaksana sepenuhnya atau tidak? Jika tidak adakah ada ruang untuk rakyat Sabah menyaman UMNO dan BN seperti yang berlaku di Selangor itu?

Bagi rakyat Semporna, penyenaraian pembinaan Jambatan BUM-BUM pada bajet negara yang dibentangkan pada era Pak Lah mun gkin juga akan menjadi isu dalam bidang perun dangan kerana pembinaan itu dibatalkan saat akhir tanpa alasan yang diketahui oleh rakyat?

Banyak lagi isu pembangunan dan janji yang terkandung dalam manifesto parti tertentu yang tidak dapat dilaksanakan. Justeru bagi saya, usahlah membuat tindakan perundangan yang boleh mengundang banyak kekalutan dalam masyarakat. Apa yang perlu ialah lakukan tugas ketika PRU dengan membuat pertimbangan. Sama ada memberikan undi kepada pembangkang atau sebaliknya.

7 ulasan :

Unknown said...

Saman-meyaman itu rasanya undang-undang lebih tahu.

Unknown said...

Rasanya undang-undang kita ini adil. Mungkin tidak ada salah tapi berhati-hati mungkin saman itu memakan diri sendiri pula.

mantera said...

kita nak saman boleh, tapi kena ada bukti, bukan saman kosong saja.

mantera said...

kes mcm ni akan diadili dgn baik.

Anonymous said...

Banyak kita dengar kes saman-menyaman tapi akhirnya tiada kesudahan juga.

Anonymous said...

Siapa di Sabah yang berani menyaman BN?

Mumbai said...

itu tandanya pembangkang juga 2x5.. janji dulu tunai kemudian.. tertunai atau tidak, itu belakang kira..