Tuesday, September 11, 2012







Kehadiran puluhan ribu malah mencecah ratusan ribu rakyat dalam majlis sambutan Hari Raya Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan sri Pandikar Amin Mulia di Kg. Rampayan Laut Kota Belud minggu lepas yang turut “merapak sembah” dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor memeningkan geliga otak pemerhati politik di Sabah. Ada dua sebab berlaku yang demikian


Pertama kerana penganjuran majlis yang sebegitu besar mesti mempunyai motif yang sangat besar. Sebagai anggaran kasar, majlis berkenaan menelan jutaan ringgit. Rakyat datang disegenap pelusuk negeri. Kata penglipurlara, yang capik datang bertongkat, yang buta datang berpimpin, yang pekak datang bertanya.Begitu gambaran kehadiran rakyat di majlis itu.Namun sayugia kita perhalusi, kehadiran yang sebegitu ramai bukan petanda sokongan rakyat kepada Tan Sri Pandikar dan sekutunya , Datuk Salleh Tun Said di Sabah. Ramai yang datang kerana diberikan belanja untuk ke Majlis berkenaan. Bagi yang berkenderaan bermotor, atau berkereta, ‘habuan’ antara RM100 hingga RM 250 menanti. Duit minyak diberikan kerana harga minyak masih di paras tinggi, meskipun RON95 diturunkan sebanyak 20 sen.



Pemerhati politik menjangkakan motif sebenar penganjuran majlis berkenaan adalah menunjukkan kepada Perdana Menteri bahawa pemimpin USBO di Sabah, sebenarnya mendapat sokongan akar umbi, meskipun mereka pernah ‘memanaskan’ bangku simpanan pada PRU 12 yang lepas.Ini membuatkan Najib ‘terpaksa’ rela mengakui kehebatan kedua-dua pemimpin politik Kota belud itu.Sebabnya Cuma satu PRU 13 semakin dekat dan ‘melobi’ menjadi calon melalui ‘gambaran’ mendapat sokongan sebegitu.

Kedua yang mengegarkan otak pemerhati politik ialah tentang inti pati ucapan Najib.Sebelum itu tidak kurang dari 4 Jam semasa Najib merasmikan persidangan beberapa bahagian UMNO di Dewan sri Libaran Sandakan, Najib mengingatkan ahli-ahli dan pemimpin UMNO supaya mengenepikan politik kesukuan. Teguran Najib ini mungkin ada hubungkait dengan senario politik di Sabah yang mengaitkan sokongan dan pengaruh pemimpin tertentu dengan sokongan suku dan bangsa. Misalnya sokongan pemimpin PBS,UPKO dan PBRS, pada kebiasannya dikaitkan dengan suku KadazanDusun Murut (KDM). Manakala pemimpin lain dalam UMNO dari rumpun USBO.

Selain itu Najib juga memberikan gambaran tarikh PRU 13 berkemungkinan diadakan pada bulan November tahun ini dengan mengaitkan kepada beberapa tarikh utama. Kata Najib, UMNO menyambut ulang tahunnya yang ke 66, Negara merayakan hari kemerdekaan yang ke 55, dan UMNO di Sabah pula mencecah usia 22 tahun.Jika di tambah angka 5 dan angka 6 ia membawa kepada 11. Sama ada Najib serius atau sebaliknya, tidak sudsah menjadi penting kerana nyata PRU 13 semakin dekat.


Dalam majlis di Rampayan Najib sempat berpantun dua kerat:

Seluar Biru, Baju Biru

Jangan kita kena tipu.


Pantun Najib ini mengingatkan saya juga kepada dua pekara utama dalam politik Kota Belud dan di Sabah khasnya. Ada tafsiran Najib seolah-olah mengingatkan rakyat agar jangan tertipu dengan janji-janji pembangkang yang sebelum ini disifatkannya sebagai janji bulan bintang. Kedua mungkin juga Najib teringat tindakan ketua UMNO KB yang tidak mencalonkan beliau ke jawatan naib Presiden UMNO dahulu. Sebab itu di baris pertama, najib member gambaran bahawa biru adalah ahli BN dan UMNO tetapi di baris kedua Najib mengingatkan pemimpin tertentu yang memakai topeng UMNO dan BN supaya tidak mengamalkan tabiat suka menikam dari belakang atau bersikap sabotaj kepada parti dan rakan dalam parti. Terutama apabila tidak menjadi calon.


Saya merasakan majlis yang sebegitu besar itu telah mencatat sejarah paling bermakna bagi diri dan politik Tan Sri Pandikar. Selama saya mengikuti percaturan politik YDP Dewan Rakyat itru dari era USNO, BERSIH, BERJAYA,PBS,AKAR dan UMNO, inilah majlis yang sangat besar pernah dianjurkan oleh TSP berselindung disebalik NGO USBO. Apakah majlis yang begitu gilang gemilang ini mendapat tajaan dari pihak-pihak yang memiliki aset dan kekayaan berlipat ganda?

Benarlah kata Tun Mahathir , BN akan menang 2/3 pada PRU 13 jika pemimpin UMNO dan BN bersikap waras. Maknanya waras dari segi ‘memperjudikan’ nasib rakyat, waras dari segi mengekspolitasi sokongan rakyat dan waras dari segi segala-galanya. Saya memetik kata-kata Tun M ini kerana saya melihat bagaimana keadaan rakyat yang menghadiri majlis berkenaan. Ada yang hadir tidak bertujuan, ada yang hadir membawa harapan dan ada yang hadir kemudian pulang dengan kelaparan. Makanan dan minuman dikatakan tidak cukup kepada rakyat yang hadir pada majlis berkenaan. Lantas kita terfikir apa tujuan sebenar sambutan Hari Raya itu diadakan secara besar-besaran???


Lihatlah SMS seorang rakan mengenai perkara itu :



“ dengar cerita peruntukan 1 juta digunakan tapi ramai orang kelaparan dan kehausan. Jam 2 tiada sudah makanan dan minuman untuk orang awam, gerai yang ada tiada apa-apa lagi. Orang-orang terkandas bikin kasihan. Rumah saya jadi sasaran tempat orang yang kita tidak kenal pun terpaksa di layan. Banyak yang kelaparan. Sampai polis-polis terpaksa merayu minta air minum. Amat teruk tuan.Memalukan kita punya pemimpin saja. Di mana silapnya.Pengurusan tidak betul. Amat teruk tuan..”

7 ulasan :

Saya orang Sabah bah!! said...

Apa pun ini bermakna sambutan terhadap Datuk Najib ke Kota Belud mendapat sambutan sebaiknya.

Saya orang Sabah bah!! said...

Semoga Datuk Najib akan dapat melihat sendiri apa yang patut dibangunkan lagi untuk Negeri Sabah ini. Lawatan yang dibuat itu jangan disia-siakan seharusnya digunakan sebaiknya.

bayausbh.blogspot.com

mantera said...

mmg sambutan ketika itu menggalakkan.

mantera said...

moga Najib akan dtng lagi melawat Sabah.

Frances Samil said...

Janji ditepati. Semoga janji2 kerajaan ditunaikan.

Frances Samil said...

Ahli2 BN harus bekerjasama dan elak sikap mensabotaj.

Jeff Ambuyat said...

susah juga mahu bagi komen sebab saya tidak ada disana waktu itu.. bagus siapa2 yang hadir tu yang bagi komen..