Saturday, September 22, 2012

Ketua Menteri Sabah yang paling kontrovesi kerana menghadapi pelbagai kemelut dalaman dalam UMNO Sabah dan BN Sabah, Datuk Musa Aman mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan dalam komponen BN Sabah yang memberikan kerjasama dan sokongan kepada beliau sebagai seorang ketua di Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata sokongan padu dan keyakinan yang diberikan oleh parti dalam komponen Barisan Nasional (BN) Sabah banyak memudahkan beliau dalam menunaikan tanggungjawab memimpin BN Sabah dan kerajaan negeri.


Sehubungan itu, beliau mahu semua parti komponen BN Sabah terus memberi sokongan kepadanya dalam usaha mengukuhkan lagi ekonomi dan membangunkan negeri ini.


"Sebagai Pengerusi BN negeri, saya berterima kasih dan sentiasa menghargai sokongan, peranan serta sumbangan positif yang disumbangkan oleh wakil-wakil rakyat serta pemimpin parti dalam komponen BN Sabah," katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Pertama Parti Gerakan Sabah di sini, Sabtu.


Menurut Musa sebagai pemimpin dan kerajaan yang bertanggungjawab, kerajaan negeri Sabah sentiasa prihatin dengan keperluan yang disuarakan oleh rakyat.


Beliau berkata usaha berterusan dilakukan bagi membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi rakyat di seluruh negeri ini bukan sahaja di kawasan luar bandar, malah di bandar

13 ulasan :

Saya orang Sabah bah!! said...

Sikap berpasukan itulah yang perlu didalam parti ini. Kerana itulah kunci kejayaan yang ada pada KErajaan BN.

Saya orang Sabah bah!! said...

Tengok seperti Pembangkang sekarang ini? Apa sudah jadi di Sabah. Mana sudah Kabinet bayangan untuk Sabah pembangkang. Pasti ada sebab kenapa perkara ini lewat diumumkan.

Saya orang Sabah bah!! said...

Anwar takut penipuan yang dibuat kepada SAPP dan STAR terbongkar. Sebab itulah Anwar binggung mengenai Kabinet bayangan ini. Jadi kita dapat lihat yang mana PR cuba mengumpan pembangakang tempatan Sabah untuk menyokong mereka. Tapi apa yang dijanjikan semua itu tidak benar sama sekali.

mantera said...

Musa Aman memimpin BN Sabah dgn bagitu baik sekali.

mantera said...

BN Sabah tetap kukuh dan saling menyokong satu sama lain. walaupun ada sedkit masalah, namun ia dpt diselesaikan.

mantera said...

Musa mendapat sokongan padu dari rakan politik dan rakyat, moga ia terus menerajui Sabah.

mantera said...

Musa berkata jentera pilihan raya Umno dan BN negeri Sabah sudah bersedia sepenuhnya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang dijangka berlaku bila-bila masa sahaja.

mantera said...

walaupun dilanda pelbagai kontroversi namun beliau tetap yakin dengan keutuhan Umno negeri dapat menghadapi apa juga cabaran.

Harryzan Aming said...

majoriti pemimpin BN Sabah masih menyokong kepimpinan Datuk Musa Aman.. situasi ini mengukuhkan lagi kedudukan datuk Musa sekaligus membantu beliau untuk kekal menduduki kerusi KM Sabah..

Harryzan Aming said...

hanya beberapa pemimpin BN yang tidak menyokong beliau, itupun bukan sebab kepimpinan beliau, sebaliknya disebabkan oleh keinginan pemimpin itu untuk dicalonkan pada PRU akan datang atau disebabkan jawatan..

ScottyDoesntKnow said...


“People of diverse ethnic groups are able to live, learn, work and play together in the spirit of 1Malaysia in Sabah. this scenario has long existed in the state.“However, continuous efforts must be made by all to strengthen racial harmony and religious tolerance at every level of our society.

ScottyDoesntKnow said...


Of these, RM500 million is for government schools while the rest was for Chinese, tamil, mission and government-aided religious schools.1Malaysia Foundation trustee tan Sri Lee Lam thye recently spoke of Sabah as a practical and visible example of unity in diversity.

ScottyDoesntKnow said...

the recipients are 283 government schools, which received RM95.9 million; 70 Chinese schools (R M10.8 million); 74 mission schools (RM3.7 million); and, two government-aided religious schools (RM1.5 million).the funds are part of the RM900 million stimulus package for schools nationwide.