Monday, June 30, 2014

Isu melibatkan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL) dan pengarahnya Prof Datuk Dr Mohammed Redzuan Othman yang kontraknya tidak lagi disambung, turut mendapat perhatian Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Abdul Rahman dalam twitnya membidas UMCEDEL yang disifatkan sering membuat forum dan kaji selidik yang berat sebelah.

Apakah Rahman Dahlan tidak dapat membedakan antara ketelusan akademik dengan tuntutan politik?..Berapa orang ahli akademik yang sebelum ini diberikan kebebasan pendirian politik mendapat layanan yang baik dari pemimpin politik seperti DARD?

Seharusnya DARD perlu berlapang dada dengan bersikap terbuka jika sesuatu kajian yang dijalankanb oleh UMCEDEL ketika Dr. Mohd Redzuan menjadi pengarahnya. Ini kerana, sebagai ahli akademik, Dr Redzuan tahu bagaimana melakukan penyelidikan/ kajian yang sepatutnya...dan keputusan atau hasil kajian itu bukan ditentukan oleh pengkaji sebaliknya responden...



Lihat pula reaksi Datuk Saifuddin.


Sebagai respon dari penyingkiran itu, Saifuddin mengambil keputusan meletakkan jawatannya sebagai Felo Penyelidik Kanan Universiti Malaya (UM) dan mempertahankan UMCEDEL.


Saifuddin yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) menambah arahan tersebut datang daripada pihak tertentu di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Saya tahu cerita ini sejak awal (melalui beliau dan VC UM) dan Prof Redzuan terima kedua-dua keputusan ini dengan berlapang dada dan atas prinsip kebebasan akademik dan solidariti dengan beliau (Prof Redzuan), saya meletak jawatan sebagai Felo Penyelidik Kanan UM hari ini,” kata Saifuddin. 


Monday, June 23, 2014

 
Penduduk daerah Kota Belud menagih janji demi janji kerajaan negeri dan persekutuan untuk memberikan bekalan air kepada semua sekolah dan kampung terutama di daerah ini yang kaya dengan sungai jernih tetapi tiada bekalan air. 

Seorang pemimpin masyarakat di sini, Andrew Lintangah, mendakwa mungkin tidak sampai 10% daripada sekolah rendah dan menengah yang ada di Kota Belud telah dibekalkan dengan air terawat, selepas 50 tahun berada dalam Persekutuan Malaysia. 

“Mana pergi semua janji Barisan Nasional itu, tiap tahun, tiap pilihanraya berjanji tetapi sehingga kini majoriti kampung di daerah ini belum mendapat bekalan air bersih?” katanya kepada FMT Borneo hari ini. 

Beliau mendakwa pihak kerajaan juga sengaja mengambil langkah sukar untuk menyelesaikan masalah bekalan air di Kota Belud dengan mengenepikan peluang membina lebih banyak mini-empangan atau loji tapisan air yang murah tapi efisien. 

“Empangan kecil atau loji tapisan boleh dibina sekurang-kurangnya di tiga tempat seperti di Kampung Sayap, Kampung Losou Podi dan Kampung Melangkap yang berdekatan sungai. Ia hanya memerlukan kuasa graviti untuk menarik air dan tidak memerlukan elektrik untuk menghisap air naik ke atas bukit seperti yang mereka buat baru-baru ini untuk loji di Kampung Bayayat. 

“Buat apa bina seperti di Bayayat itu yang memerlukan elektrik mengisap air ke atas bukit sedangkan di tiga tempat yang saya sebut dan disyorkan oleh rakyat tidak perlu berbuat demikian. Bekalan air sudah tersedia dari sungai yang sentiasa jernih, tinggal masukkan ke dalam empangan kecil atau tangki besar seperti di Bayayat. Kenapa perlutinggikan kos projek?” tegasnya. 

Menurut Andrew yang juga aktivis politik, ketika beliau ada peranan dalam parti komponen BN dulu, beliau pernah mengiringi pengarah Jabatan Air Sabah ketika itu, Datuk Cosmas Abah, melawat ke daerah ini dan semua padangan bernas rakyat sudah dikemukakan dan mendapat perakuan Cosmas sendiri. 

“Telinga saya sendiri mendengar Datuk Cosmas bercakap sekiranya air sungai-sungai Kadamaian dan Wariu di Kota Belud diurus dengan betul, bekalan air dari daerah ini mampu menampung sehingga ke daerah jiran Kota Marudu,” dakwa Andrew. 

Andrew yang pernah mengetuai komponen BN, PBRS di bahagian Kadamaian beberapa tahun lepas, menegaskan majoriti rakyat semakin bosan dan marah dengan keadaan mereka yang sering menjadi mangsa janji di”capatikan” oleh pemimpin BN. 

“Sampai bila rakyat Sabah mahu bertahan? Sudah 50 tahun begini, tiada air…” katanya. 

Baru-baru ini, beberapa penduduk Kota Belud yang mula dibekalkan dengan air terawat dilaporkan merungut kerana dipaksa membayar kos yang sangat tinggi kepada kontraktor bekalan air untuk menyambung bekalan dari paip utama ke rumah masing-masing. 

Mereka mendakwa perlu membayar antara RM550 sehingga RM800 untuk satu pemasangan, dan itupun tidak termasuk kos membeli batang paip dan kelengkapan lain seperti sambungan dan kepala paip. 

Mereka mendakwa kerajaan sepatutnya membayar kos itu sebab kerajaan sudah lambat 50 tahun menunaikan janji memberi bekalan air, lagipun pengguna akan membayar bil bulanan air mereka selepas itu. 

Sebelum ini kerajaan persekutuan telah mencadangkan pembinaan sebuah empangan air yang menelan belanja hampir RM500 juta di Kampung Tambulion tetapi ia mendapat tentangan hebat penduduk tempatan kerana ia bakal menenggelamkan beberapa kampung dan mendedahkan puluhan ribu rakyat dari ratusan kampung di laluan Sungai Kadamaian kepada bahaya maut jika empangan retak atau pecah.