Politik di Kota Belud, walau diluar nampak tentang selepas PRU13, sebenarnya masih bergelora dengan pelbagai ragam pendekatan dan isu-isu berbangkit. Pun begitu politik peribadi para pemimpin di daerah koboi ini telah mula beranjak ke arah yang lebih positif. Politik minda kelas pertama sesunggiuhnya jauh dario pransangka, kesumat jalanan, dendam membara, dan lebih utama meletakkan kepentingan rakyat jauh dari pergolakan politik peribadi.
Pada Oktober 2010, diblog ini saya menulis berkaitan dengan kehadiran Datuk Shafie Apdal yang ketika itu menjawat Naib Presiden UMNO pertama dari Sabah, merangkap menteri KKLW di kota Belud.Kehadiran pemimpin paling menonjol di peringkat persekutuan ini hanya kerana atas sebab sambutan Hari Raya. Sambutan sangat luar dan biasa. Kerana saya sifatkan demikian ketika itu Datuk Shafie hanya bersendirian tanpa ada kehadiran, baik ketua UMNO Bahagian iaitu Datuk Salleh, baik Kehadiran MP Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan, baik Datuk Musbah, atau Datuk Japlin ataupun pemimpin yang paling berjaya dalam politk peribadiya iaitu Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Ketidakhadiran kesemua pemimpin KB ketika itu mencetuskan polemik, tanda tanya, spekulasi dan cerita-cerita liar kononnya kepimpinan Datuk Shafie Apdal tidak mendapat bai'ah dari pemimpin politik Kota Belud.
Masa telah berlalu, 2010 meninggalkan kita dengan pelbagai derita dan gumbira dalam hidup masing-masing.Namun politik para pemimpin di Kb sentiasa berada dalam penilaian, pengamatan dan tafsiran yang berganda dikalangan penganalisis politk. Dalam 2014 ini iaitu dua hari lepas, sekali lagi Datuk Shafie Apdal melabuhkan punggungnya di bumi Kota belud.
Kehadiran beliau ini menjadi tumpuan kerana selain daripada atas tugas rasmi,iaitu merasmikan sistem bekalan air bersih bagi daerah KB, ia juga menjadi tumpuan ekoran kehadiran Datuk Musbah Jamli ADUN Tempasuk dan Mp Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan. Di mana Datuk Salleh Tun Said? Apakah yang turun itu bukan Naib Presiden UMNO? di mana Datuk Japlin selaku Naib ketua UMNO Bahagian KB?
Kita mengharapkan agar penerima kepimpinan Datuk Shafie Apdal di Kota belud dapat dijelmakan dalam bentuk kehadiran dan sambutan pemimpin politik ketika menteri KKLW dan Naib Presiden UMNO ini hadir di Kota Belud. Jika penerimaan ini berlaku dalam bentuk sambutan, maka ukhuwah di peringkat cawangan dan bahagian juga akan bertambah erat lebih-lebih lagi bila melihat pemimpin di peringkat atas begitu mesra dan bersama menangani masalah rakyat. Bekalan air bersih di KB bukan lagi masalah yang berusia 10 atau 15 tahun tetapi menjangkau lebih 40 tahun sejak merdeka lagi. Bukankah adalah lebih elok jika masalah ini ditanggung bersama?

0 ulasan :
Post a Comment