MP Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang juga menteri kesejehteraan Bandar, Perumahan dan kerajaan Tempatan hari ini mendakwa Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Secretary-General of the Malaysian Democratic Action Party (DAP) memfitnah beliau mengenai isu pembakaran kitab yang mengandungi kalimah Allah. Datuk Rahman dalam satu kenyataannya dipetik akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Lim.
Sebelum ini ketika PRU13, Rahman dalam beberapa siri kempennya di kawasan DUN Kadamaian yang majoriti adalah dari suku KDM yang beragama bukan Islam menafikan tentang tohmahan beberapa pihak mengenai isu pembakaran kitab injil. Dalam blog ini, kelapamawar juga pernah menrbitkan kenyataan penafian DARD dalam perkara ini.
Dalam beberapa penelitian menadapti bahawa DUN Kadaiaman jatuh ke tangan pembangkang adalah antara lain disebabkan oleh tiupan sentimen dan ekstremis agama yang melampau. Isu pembakaran dan penggunaan kalimah Allah dijadikan modal kempen ketika itu.
Malahan beberapa siri lawatan Lim Kit Siang iaitu bapa kepada Lim Guan Eng di kawasan Kadamaian turut meniupkan sentimen pembinaan empangan Tambotuan. Inilah kenyataan DARD:
Lim Guan Eng sekali lagi bertindak di luar batasan. Dia telah memutarbelitkan kenyataan dan menempelak rencana saya mengenai perpaduan nasional menerusi twitter, dengan mengulangi dakwaan yang saya kononnya menyokong pembakaran kitab yang mangandungi kalimah Allah.
Saya sudahpun menjelaskan pendirian saya mengenai isu berkenaan secara spesifik dan berfakta, tetapi seperti biasa pihak DAP dan kuncu-kuncunya terus mengaburi mata rakyat dengan mewujudkan persepsi negatif terhadap pemimpin negara. Adakah ini kepimpinan pembangkang yang berwibawa, yang diperlukan oleh rakyat?
Enough is enough. Cukup-cukuplah. Saya sudah lama bersabar tapi setiap orang ada limitasinya. Saya akan memulakan tindakan undang-undang terhadap Guan Eng. Saya tidak mahu isu ini dijadikan modal pembangkang dalam PRK Kajang. Inilah sebabnya mengapa Guan Eng perlu disaman supaya dia berhenti menyebarkan fitnah.
Mungkin tindakan ini akan mendedahkan tembelang sebenar DAP kepada rakyat.

0 ulasan :
Post a Comment