Datuk Salleh Tun Said adalah antara politikus di Sabah yang
begitu aktif dalam strategi menguasai media sosial.Speaker Dewan Undangan
negeri itu yang juga ADUN USUKAN dan Ketua Bahagian UMNO KB, adalah seorang politikus yang sangat luarbiasa
keflexsibelitiannya. Daya kelengkungan politiknya sangat luar biasa menjangkaui
lebih 90% darjah kebarangkalian politik di negara ini. Mungkin ramai yang tidak
bersetuju tetapi sebagai rekod, Datuk Salleh aadalah antara pemimpin politik di
Sabah yang terawal menguasai dunia perblogan apabila mantan ketua menteri itu
mempunyai blog peribadi sendiri pada awal 2000-an. Pada waktu itu, masih ramai
yang belum mengenal dunia blog dan fcb.Pengikut pun hanya beberapa kerat sahaja,namun
pada waktu itu Datuk Salleh sudahpun menongkah arus politik apabila merakamkan
segala aktiviti dan pandangan politiknya dalam blog peribadinya yang boleh
dilawati oleh sesiapapun.
Terkini setelah memnenagi DUN Usukan pada PRU13, meskipun
tidak dilantik menganggotai kabinet negeri
mahupun persekutuan , Datuk Salleh yang kini menjangkau usia lewat
50-an, tidak ingin ketinggalan bersama-sama generasi Y dalam dunia media sosial
. Datuk Salleh dikhabarkan begitu aktif mentarbiyah pengikutnya dalam beberapa
laman soaial seperti KBkini dan Usukankini. Ini juga termasuk mengrekrut
pengikut-pengikut baru yang ingin menjunjung “SALLEH-ISME”. Pastinya pemikiran
dan world view politik Datuk Salleh dialirkan melalui laman-laman web ini.
Setiap pagi dan saban waktu,pandangan, idealisme, gagasan, cetusan dan aliran
pemikiran Datuk Salleh dikupas, dicerna, diperhalusi oleh ratusan pengikut-pengikut
beliau.
Bukan hanya terhad dalam pertemuan maya, malah pertemuan
face to face juga direalisasikan. Pada 22.Februari lepas, satu pertemuan yang
dinama sebagai santai minda media sosail diadakan di satu pusat rekreasi iaitu
di Rikaraya Restoran di Kg Kualambai dalam DUN USUKAN. Program santai minda pengamal media sosial (membara) Kota Belud....dianjurkan oleh Jab Penerangan kota belud, Biro Penerangan Umno KB dan Jasa.Walaupun yang hadir
hanya wajah-wajah yang sama, namun ia dianggap satu permulaan dan mengrekrut
pengikut media sosial meskpun diselitkan dengan penerangan isu-isu semasa
daerah dan negara. Antara aktiviti yg dibuat, taklimat kenaikan tariff elektrik, busking santai dari kumpulan jab penerangan sabah (pentarama) , memancing dan program derma darah kerjasama biro kebajikan yg dipengerusikan oleh Aziz Belin dan Hospital kota Belud.
Antara yg hadir.. Yb Jaremy Malajad, UPKR Usukan Abdul Majin Pessan, Ado Norsafi Dukah, pengerusi kebajikan umno kb pak aziz bilin, pengerusi biro penerangan Zainal Abidin, Naib Ketua Wanita Jenas atong dan pemimpin2 tempatan.
Kemampuan dan daya serapan politik Datuk Salleh terhadap
generasi Y, mungkin antara lain yang diperolehi oleh pemimpin paling berprestij
ini tatkala menghadsapi lawan ketika PRU13. Sdr Mustapha Sakmud yang turut
menyertai gelanggang di USUKAN bukan sahaja seorang yang perpendidikan tetapi
juga adalah antara anak-anak muda
generasi Y yang aktif dalam media sosial. Lantaran dari itu, apakah
keputusan Datuk Salleh melontarkan bom-bom ideaisme nya media sosial melalui
Kbkini dan Usukankini akan mengubah hala tuju pemikiran politik generasi Y di
Kota Belud dalam 4 tahun akan dxatang ini? Tidak ada sebab yang sangat kuat
untuk datuk Salleh menyertai media sosial ini selain dari memantapkan pengaruh
politiknya di kalangan anak-anak muda generasi Y dan atas pagar yang masih
kehausan dan ketandusan isme politik.
Jika pihakpembangkang di Kota Belud tidak mengambil peduli
perkembangan terbaru ini, rasaanya hasrat mahu menawan Usukan dan Dun
Sekitarnya di Kota Belud akan tinggal sebagai impian semata-mata.
1 ulasan :
datu salleh? u mean d 'welfare man' who dare to give n donate forever to kota belud people (most of them r samah although he is banjar mix)as long as they hail him n arshads' family but u don't 'betray' them as you'll be destroyed 'coz they're an emperor of kota belud? penguasaan ini yg sudah berkurangan membuatkn datu banjar sanggup buat apa saja utk kekalkn kuasanya tp selama ini infrastructure di kota belud tidak pernah siap selesai walaupun yg paling asas- air!beranti jono... -keturunan almarhum Datu Rambangan, kulambai-
Post a Comment