Perlantikan Sdr Barur Sawi, mantan ketua Pemuda UMNO Kota Belud sebagai Setiausaha bahagian itu sejurus selepas pemilihan parti itu beberapa bulan lepas, menggantikan Sdr Marali Adim dilihat oleh segelintir pemerhati politik sebagai "Hadir tidak bertambah, dan pergi tidak berkurang' dalam memantapkan parti itu di daerah Kota belud. Ini kerana Barur bukan sahaja dikatakan tidak dapat memperkasakan Sayap Pemuda ketika menjadi ketuanya , tetapi juga gagal merealisasikan pertambahan keahlian sayap itu seperti yang di dakwa oleh beberapa orang mantan pemimpin kelas pertengahan dalam pergerakan itu. Senario ini ada benarnya kerana seperti yang dilaporkan beberapa cawangan di daerah Kota Belud, terutama sayap pemuda gagal mengadakan mesyuarat tahunannya lantaran kekurangan ahli mesyuarat.
Barur sebelum ini ketika menjawat ketua pemuda UMNO KB yang merupakan sayap paling kanan parti itu selepas Sayap Wanita dan puteri menerima pelbagai kritikan kerana dilihat tidak menonjolkan pelbagai cetusan idea dan perancangan jitu memperkasa pemuda. Namun selepas itu Barur kelihatan mula menyusun gerak politiknya selepas pergerakan ini diambil alih oleh Sdr Arshad.
Justeru itu tindakan ketua UMNO Bahagian KB, Datuk Dr. Salleh Tun Said, melantik Sdr Barur Sebagai SETIAUSAHA Bahagian ini dikatakan mencerminkan, bahawa terdapat gerakan mengatur saf-saf kepimpinan dalam Bahagian berkenaan. Ini berikutan Barur sejak memenangi sayao PEMUDA sering dikaitkan sebagai orang kuat Datuk Salleh. Dengan jawatan setiausaha bahagian, Barur Sawi akan mempergunakan peluang paling bergaya ini untuk kembali melonjakkan idea-idea politiknya yang terbantut ketika berada dalam pengkuan PEMUDA.
Ahli-ahli UMNO KB masih tertunggu-tunggu apakah perancangan UMNO KB terutama Sdr Barur yang merupakan penggerak utama selaku Setiausaha Bahagian itu dalam memperkasakan UMNO KB menjelang PRU14 yang diramalkan sebagai PRU paling sengit lantaran ketidakpedulian Datuk Seri Anwar Ibrahim pada gesaan bersara dalam dunia politik.
Apakah pada era Barur ini harapan hampir keseluruhan ahli UMNO KB melihat satu bangunan pejabat UMNO di daerah ini akan terlaksana? Apakah pada zaman Datuk Salleh selaku ketua Bahagian, Datuk Musbah selaku Timbalan, dan datuk Japlin elaku Naib dengan didampingi oleh Barur selaku setiausaha , maka UMNO KB dapat menyelesaikan isu-isu tertunggak yang sebelum ini dibiarkan menjadi nanah dalam pergerakan itu?
Kita tunggu apakah yang berlaku, kerana dari maklumat sulit yang diperolehi, Barur kini sedang merangka strategi mengotakan idea-idea kepimpinannya dengan antara lain mahu mengumpulkan beberapa NGO-NGO tertentu untuk merealisasikan harapan dan cetusan idea politiknya. Sejauhmanakah Barur mengatasi rekod Sdr Marali Adim, masih terlalu awal, kerana segalanya ada pada Barur untuk menjawabnya.

0 ulasan :
Post a Comment