Kunjungan Anwar Ibrahim pasca PRU 13 di bumi Kota Belud atas nama penerangan isu-isu terkini Sabah di perkarangan rumah Datuk Yapin Gimpoton di Taginambur Kota belud dalam wilayah N6 Kadaiaman telah mencetuskan polemik politik yang membimbangkan. Ini berikutan kenyataan Mantan Ketua Penerangan Puteri UMNO Kota belud, Saudari Maisarah Meran yang mendAkwa di arah keluar meninggalkan majlis berkenaan sebelum 5 minit Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap.
Arahan meningalkan Majlis berkenaan oleh pihak penganjur dilihat sangat memalukan dan masih terkongkong oleh politik sempit dan menghalang pendemokrasian politik pada jangka panjang di bumi Kota belud ini. Saudari Maisarah Meran bukan sahaja hadir atas kapasiti peribadi, tetapi juga beliau mendakwa ingin melihat DSAI berucap secara berdepan mata.
Penyokong-penyokong PR di Kota Belud harus sedar dana memahami dari awal perjalanan politik DSAI. Bukankah DSAI adalah mantan Timbalan Presiden UMNO merangkap mantan Timbalan Perdana Menteri sebelum beliau dipecat atas tuduhan salahlaku ada 1998? Justeru itu, adalah tidak mengherankan jika bukan sahaja puluhan malahan ribuan penyokong beliau yang berada dalam UMNO secara senyap memberikan sokongan? Golongan dalam UMNO ini tidak berani secara terang-terangan menyatakan pendirian menyokong DSAI kerana takut dengan pelbagai impak kepada diri dan kerjaya mereka..
Kerana itu tindakan penyokong dan penganjur ceramah DSAI pada Sabtu lepas dilihat tidak adil, penuh kesumat,dan menghalang hak-hak rakyat menghadiri perhimpunan secara aman. Ini bukan sahaja membahayakan kedudukan PR di Kota Belud tetapi juga menimbulkan persepsi negataif di kalangan anak-anak muda "atas pagar" yang mula berjinak-jinak dengan dunia politik.
Soal sama ada Maisarah Meran bertindak sebagai perisik atau agen UMNO seharusnya tidak timbul, kerana dunia masa kini bukan lagi dunia yang gelap maklumatnya, beratus ribu ucapan DSAI boleh dikuti melalui Youtube tanpa sekatan . Justeru adalah tidak wajar menghalang seseorang untuk hadir, sebaliknya PR perlu bersedia secara terbuka menerima kehadiran orang-orang sebegini untuk memberikan mereka input maklumat supaya mereka dapat mempertimbangkannya bukan sebaliknya menghalau dan menghalang.
Ini kenyataan Maisarah Meran dalam FB di Wal Sdr Musli Oli.
3 ulasan :
wanita ini wajar diperambat keluar majlis PKR.
ada 2 kebaikan :
1. supaya dia tkde peluang membuat fitnah anwar goda dia.
2. supaya dia selamat dpd disingkir org umno sendiri yg sangat trauma jika nampak ahli mereka dgr ceramah PR.
good for u
macam tidak percaya plak apa ini perempuan cakap. bukan kah org umno ni takut orang nampak dalam majlis parti lain sebab nanti kena cap keluar parti dan penderhaka. mesti ada orang atas kasi blessing ni, kalau tidak mesti dia tidak berani pigi.
PKR takut kepada bayang-bayang sendiri?
Post a Comment