
Umno memiliki 191 bahagian di seluruh Malaysia, kecuali Sarawak. Kawasan bahagian Umno selaras dengan 222 sempadan Parlimen di Malaysia, tidak termasuk 31 kawasan parlimen di Sarawak.Kesemua ketua bahagian parti itu menjadi menteri kabinet, timbalan menteri, menteri besar atau ketua menteri, exco atau menteri negeri, Ahli Parlimen atau Adun, atau paling kurang, pengerusi agensi kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan.Timbalan Perdana Menteri dan timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan tiga naib presiden – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Hussein – juga adalah Ketua Bahagian.Maka, setiap ketua bahagian adalah “kingmaker”. Apabila mereka mempunyai bilangan yang cukup dan bersepakat, mereka boleh menaikkan, mempercepat atau menamatkan kerjaya mana-mana pemimpin.Pada Ahad lalu, 160 “panglima” ini hadir untuk bertemu Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat parti di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.
Sebuah laman berita melaporkan, tiada apa-apa yang mengejutkan berlaku ketika pertemuan tertutup itu, sementara akhbar arus perdana pro-Umno melaungkan “semua ketua bahagian Umno menyokong Najib”.Seorang menteri kabinet yang bercakap bagi pihak yang hadir memaklumkan, semua ketua-ketua bahagian “berpuas hari dan gembira” dengan apa yang Najib katakan kepada mereka.Selain itu, beliau juga menambah bahawa tiada seorang pun ketua bahagian yang bangun mempersoalkan Najib, sebaliknya semua “menerima” penjelasan yang diberikannya selama hampir 90 minit itu.“Semua” ketua bahagian? “Kesemuanya”? Bagaimana dengan baki 31 panglima yang tidak hadir menyatakan sokongan mereka?Menteri Kabinet yang menjadi jurucakap itu bersusah-payah menjelaskan bahawa pertemuan seumpama itu “bukanlah di luar kebiasaan”.Beliau mendakwa, ketua bahagian bersetuju untuk bertemu Najib sekurang-kurangnya dua kali setahun, dan pertemuan di PWTC itu adalah usaha ke arah itu. Ia adalah yang pertama untuk 2015, dan pertemuan kedua dijangka akan dibuat pada separuh kedua tahun ini.
Maka,...