Persempadanan baru kawasan pilihanraya di sabah menyaksikan negeri ini memperolehi pertambahan sebanyak 7 kerusi DUN iaitu Darau di Sepanggar, Mengkabong di Tuaran, Limbahau di Papar, Pandasan di Kota Belud, Sepagaya di Lahad Datu, Langkon di Kota Marudu dan Bukit Garam di Kinabatangan.Pada masa kini Sabah mempunyai 60 kerusi negeri dan 25 kerusi parlimen.
Keluasan, keadaan geografi dan kepadatan penduduk negeri Sabah antara faktor mengapa negeri itu wajar mendapat pertambahan kerusi dalam kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Permilihan nama DUN ini tentunya akan mempengaruhi senario politik di Kota Belud. Seperti yang diketahui PANDASAN adalah kawasan yang dikatakan banyak mencatatkan perhal sejarah silam, terutama mengenai ketuanan Britisih di Kota Belud pada waktu dahulu. Sejarah EMBO ALI yang dikatakan sebagai pahlawan tempatan melawan nafsu serakah penjajah, akan mewarnai kempen-kempen politik di kawasan DUN Baru ini jika nama PANDASAN dikekalkan.

Di Kota Belud, satu DUN bakal diwujudkan iaitu DUN PANDASAN. Namun dari maklumat yang diperolehi UMNO Bahagian KB, yang diketuai oleh Datuk Salleh, menolak cadangan nama DUN berkenaan dan sebaliknya mencadangkan nama DUN PINTASAN. Setakat ini belum ada pengezetan kawasan-kawasan perkampungan yang terlibat. Namun ramalan kemungkinan ia melibatkan kawasan perkampungan persisir pantai di Kota Belud.
Permilihan nama DUN ini tentunya akan mempengaruhi senario politik di Kota Belud. Seperti yang diketahui PANDASAN adalah kawasan yang dikatakan banyak mencatatkan perhal sejarah silam, terutama mengenai ketuanan Britisih di Kota Belud pada waktu dahulu. Sejarah EMBO ALI yang dikatakan sebagai pahlawan tempatan melawan nafsu serakah penjajah, akan mewarnai kempen-kempen politik di kawasan DUN Baru ini jika nama PANDASAN dikekalkan.
Manakala nama PINTASAN tidak membawa apa-apa makna politik kerana kawasan itu hanya sekadar perkampungan baru yang dibangunkan pada kawasan rezeb penternakan. Namun jika dilihat dari sudut geografi, ada kelogikannya menamakan DUN baru itu PINTASAN kerana ia membawa gambaran kawasan pesisir pantai.
0 ulasan :
Post a Comment