Agbimuddin Kiram yang mengetuai militan bersenjata dari selatan Filipina untuk menceroboh Lahad Datu, Sabah pada Februari 2013, dikatakan meninggal dunia akibat serangan jantung di Simunul, Tawi-Tawi, semalam, lapor portal berita Rappler.com.
Portal berita Filipina itu mengatakan Agbimuddin meninggal dunia akibat serangan jantung di kampung halamannya Pulau Tawi-Tawi pada Selasa.
Abangnya, “Sultan Jamalul Kiram” meninggal dunia enam bulan selepas pencerobohan Lahad Datu di Manila juga kerana sakit jantung.
Portal berita Rappler.com mengatakan Agbimuddin Kiram meninggal dunia akibat serangan jantung
Menurut laporan Rappler.com, selain polis, tiga sumber yang berbeza mengesahkan Agbimuddin atau nama lainnya Datu Puing meninggal dunia di rumahnya di bandar Simunal Tawi-Tawi.
Agbimuddin adalah individu yang bertanggungjawab melatih ratusan “tentera diraja Sulu”, di Tubig Simunul, sebelum kira-kira 200 daripada mereka menyerang Sabah atas alasan itu tanah warisan Kesultanan Sulu.
Pencerobohan diketuai Agbimuddin, manakala timbalannya adalah bekas pegawai kanan dalam pasukan tentera Filipina Jeneral Musa Abdulla yang kemudiannya terbunuh dalam serangan pasukan keselamatan Malaysia.
Sepanjang pencerobohan pengganas Sulu yang berlarutan hampir dua bulan itu, seramai 10 anggota pasukan keselamatan terkorban dalam mempertahankan bumi Malaysia. TMI

0 ulasan :
Post a Comment