Sunday, March 15, 2015




Kontrovesi pelaburan dan keberadaan bebanan kewangan 1MDB barangkali sudah sampai ke kemuncaknya beberapa hari lepas apabila mantan PM, Tun Mahathir dalam blog rasminya tanpa berselindung lagi ‘menempelak’ kerajaan yang diketuai oleh PM DSN, ekoran kegagalan memberikan penjelasan demi penjelasan tentang isu kewangan keberhutangan Syarikat Pelaburan milik sepenunhya oleh kerajaan itu. Tun M antara lainnya menyentuh berkaitan dengan beberapa personaliti yang dikhuatri mendapat manfaat langsung ratusan juta ringgit dari 1MDB.

Yang memaliti DSN ialah seperti yang dikatakan oleh Kadir Jasin dalam blognya bahawa DSN sendiri adalah Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB. Asal 1MDB adalah TIA (Terengganu Investment Authority ) milik kerajaan Terengganu yang ditubuhkan pada tahun 2008. TIA daripada awal dikatakan mewujudkan pembiayaan melalui hutang (debt Financing)dari dalam dan luar negara menggunakan khidmat orang tengah.

Seperti yang dilaporkan oleh Portal Malaysiakini dan juga disebut oleh Tun M bahawa antara personaliti yang dikaitkan dengan 1MDB ini ialah seorang jutawan bernama Jho Low. Beliau ini dikatakan sebagai “arkitek utama” dalam penubuhan TIA. Kemudian apabila DSN menjadi PM pada tahun 2009 beliau mengubah TIA daripada syarikat kerajaan negeri menjadi syarikat pelaburan strategik negara dengan nama 1Malaysia Development Berhad.

Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho, atau biasanya dikenali sebagai Jho atau Jho Low adalah Jejaka berusia 28 tahun anak kelahiran Pulau Pinang kepada jutawan Larry Low.Seorang ahli perniagaan yang mempunyai hubungan rapat dengan pelabur dari Timur Tengah. Beliau juga dikatakan memainkan peranan utama dalam UBG Bhd - syarikat milik keluarga bekas Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Apabila Tun M menyebut dalam blognya bahawa kerajaan pimpinan DSN ‘gagal’ memberi jawapan dan penjelasan atas isu 1MDB, maka tidak ada menteri yang celik ekonomi yang tampil membela DSN sehingga Kadir Jasin melebal TPM sebagai menteri Tunggul.

Isu 1MDB ini dijadikan sebagai serangan untuk menjatuhkan DSN. Gambaran yang diberikan bahawa 1MDB akan menjadi liabiliti kepada Najib sehingga memaksanya untuk meletak jawatan sekurang-kurangnya seperti yang dilakukan ke atas Pak Lah.

Di Sabah Speaker Dewan Undangan negeri, Datuk Salleh dalam entri terbaru di blognya tanpa segan silu lagi menuduh Tun M sebagai ‘menghentam” bertujuan menjatuhkan kepimpinan Najib . Sambil mengingatkan ahli UMNO supaya berhati-hati dengan serangan peribadi, mantan Ketua Menteri Sabah era penggiliran idea Tun M itu juga mengingatkan supaya tidak terperangkap dengan hanya satu pandangan. Keberanian SSK ini dilihat mendahului pemimpin-pemimpin UMNO lain di Sabah yang seakan tunggu dan lihat sahaja kesudahan “pertelingkahan” Najib- Mahathir.

Bebanan di pundak DSN sangat besar dan berliku semenjak duduk dikerusi PM.Kes-kes besar sperti NFC,Kerugian MAS (insiden MH17 dan kehilangan MH370),Pemenjaraan DSAI dan tekanan Negara luar , penarikan semula penghapusan akta Hasutan, memungkinkan mempengaruhi world view politik rakyat.

Jika ‘agenda” Tun M ini berjaya mempengaruhi rakyat sehingga memberi impak besar pada sokongan rakyat pada PRU 14 nanti, kemungkinan ada benarnya bahawa BN dan UMNO akan menemui”ajal’ tanpa sempat dibacakan talkin.

0 ulasan :