Friday, November 6, 2015



1.  SK Nanamun dikhabar mendapat peruntukan pembinaan bilik darjah konkrit bernilai RM14 juta. Suatu perkembangan positif dan perlu disyukuri oleh penuduk setempat kerana kedaifan bangunan sekolah itu mendapat perhatian kerajaan setelah hampir 50 TAHUN beroperasi.

2. Namun apa yang berlaku, sedikit kekcohan dan salah faham apabila, peruntukan RM14 juta itu dikatakan turut membawa dua isu besar bagi penduduk di kampung sekitarnya. Dua isu itu ialah :

3. Cadangan Perubahan tapak sekolah asal kepada tapak baru yang lebih luas dan berdekatan dengan sekolah agama Rakyat di kampung Nanamun

4. Cadangan perubahan nama sekolah dari SK NANAMUN KEPADA SK TAN SRI PANDIKAR.

5. Daripada maklumat dan perbincangan di laman-laman FB, awam disajikan kepada beberapa perbincangan mengenai dua isu tersebut.

6. Wall FB Datuk Almudin Kaida, ketua Bahagian PBS Tempasuk dan mantan Timbalan PResiden PBS adalah dikatakan antara orang kuat yang menentang kepada perubahan tapak nama sekolah tersebut.

7. Lazimnya suku Iranun, adalah antara suku di Sabah yang begitu sensitif kepada pelbagai isu semasa yang melingkari sekitar kehidupan mereka. Kekadang ikatakan persaudaran sanggip diputuskan lantaran perbedaan fikiran dan fahaman politik.

8. Maka kelaziman politik Iranun juga menyaksikan sikap mahu menjadi ketua dan keluar dari kepompong menjadi 'pengikut' semata-mata.

9. Pada saya, Isu SK Nanamun ini, harus dilihat pada skop kekeluargaan dan bukan perbedaan fahaman politik atau 'pertengkaran" fikrah yang tidak ada penghujung dan nyata merugikan.

10. Menukar tapak sekolah ke tapak baru, mungkin ada pro dan kontranya. Tapak lama walaupun atas insiatif beberapa pejuang terdahulu sejak tahun 1960-an seperti yang di dakwa oleh Dt. Almudin dalam FB antaranya:

1. Allahyarham KK Tuan Hj.Ahmad Bin Datu Bagnas
2. Allahyarham Datu Dawat Bin Datu Pidtailan
3. Allahyarham Datu Dani Bin Datu Abpa
4. Allahyarham Datu Okar Bin Datu Ansau
5. Allahyarham Kaida Bin Egai.


11. Namun barangkali tidak merentasi masa hadapan. Selain kecil dan mungkin tidak strategik. Maka tapak itu setelah 50tahun rasanya dikaji semula, tidak ada salahnya, melainkan jika tapak itu tidak diganti dan pembinaan SK Nanamun digendalakan.

12. Jika Tapak baru yang ditawarkan itu bukan datangnya dari tawaran Tan Sri Pandikar, Adakah pembantah ini juga akan membantah seperti sekarang? Atau jika tapak baru itu bermasalah, maka mungkin ada baiknya tapak lama dikekalkan?

13. jadi dari segi logiknya, mungkin ada sebab lain yang tidak kita ketahui, mengapa tapak baru yang lebih besar dan selesa unutk pembesaran Sk Nanamun pada masa-masa akan datang, sebaliknya ditolak dan diabaikan.

14. Isu pertukaran nama SK Nanamun, kepada nama selain itu, mungkin ada asasnya, bila memikirkan bahawa nama lama lebih " komersial"dan 'stabil'. Tidak menimbulkan keliruan dan nampak tidak membunuh sejarah awal sekolah ini.

15. namun, tidak bermakna nama baru juga akan meminggirkan sekolah ini dalam arus pembangunan dan kecemerlangan akademik.

16. Apa yang lebih utama ialah masyarakat setempat, sudah sampai masanya memikirkan membantu pihak sekolah meningkatkan prestasi akademik anak-anak kampung yang bersekolah di sekolah tersebut daripada melebarkan titik bengik yang nyata merungikan dan membesarkan jurang perbedaan pendapat.

17. Perkampungan Nanamun dan sekitarnya adalah antara perkampungan suku Iranun yang melahirkan beberapa orang aktivis politik, sosial dan ekonomi dalam masyarakat Iranun. beberapa cendikiawan dan pemikir Iranun serta budayawan turut lahir di sekitar itu. Bukankah itu satu kelebihan yang perlu dimanfaatkan daripada mewar-warkan isu yang boleh diselesaikan. Mari berfikir secara neutral dan menolak sentimen!.


0 ulasan :