Perubahan paradigma pengundi di Kota belud pada PRU 13 kali ini, begitu mengkagumkan. Di mana-mana cerita politik dan aliran sokongan kepada pembangkang menular ke mana-mana. Bendera parti seperti PAS sudah tidak segan silu dipasang dikebanyakkan rumah-rumah suku KDM. Berlainan agama, di Sabah bukan isu besar dalam politik. Anak-anak muda yang inginkan perubahan tidak pula segan silunya menyatakan sokongan kepada pembangkangt. pegawai-pegawai kerajaan juga dari bicara dengan teman-teman mula menunjukkan kecenderungan ke arah itu.
Para pengundi yang rata-ratanya adalah rakyat marhean, tidak lagi bicara tentang BR1M, KR1M , KAD1M, dan bermacam-macam 'M" lagi. Tetapi mereka lebih banyak bercerita tentang PERUBAHAN. Di mana-mana slogan Ini Kali lah menjadi hantu bangkit di pekan KB. Hanya sanya mereka penyokong tegar Bn/UMNO ini sengaja tidak mempedulikannya. Terlalu takut menerima kekalahan barangkali.
Rakyat KB sekarang nampak trendnya benar-benar sudah bosan berada di bawah BN/UMNO yang diselindung oleh pemimpin yang puluhan tahun "GAGAL" memberikan keselesaan hidup kepada rakyat yang diwakili. Bosan dengan laungan pemimpin di Kb yang pandai berjanji tetapi tidak melunaskanya.
Bila perubahan sudah mahu datang, ia tidak akan dapat dibendung lagi. Umpama sungai tempasuk yang dihalang aliranya lalu menyebabkan banjir besar. Begitu juga dengan politik di KB, perubahannya jika cuba dibendung akan menyebabkan bah paling besar, barangkali merebak hingga ke kawasan lain.
Kawasan P169 adalah kawasan yang mula dilanda arus PERUBAHAN. Pengundi KB mula memperlihatkan kemuakan kepada calon BN/UMNO iaitu DARD.

7:45 PM
kelapa mawar