Bukan sahaja parti dan orang peseorangan yang menyokong UMNO/BN yang PENASARAN dengan perkembangan politik di daerah di mana UMNO Sabah mula bertapak ini ,parti dan penyokong pembankang juga mula dilanda demam angau,lebih-lebih lagi dalam soal pengangihan kerusi pilihanraya. Banyak sudah kedengaran bomoh-bomoh pilihanraya serta ahli nujum mula meramalkan, bulan Mac ini pasti PRU 13 akan berlangsung. kes Liwat II Anwar Ibrahim yang dirayu oleh peguam negara tidak ada kena-mengena dengan orang Kota Belud menjadi penasaran kali ini. Sebut apa sajalah perkembangan terkini politik tanah air, ia tidak akan lari dari bibir orang Kota Belud. Inilah indahnya daerah ini, saban waktu ,baik di kedai kopi dan warung kampung, atau di Restoran Pencarian bersama, Restoran Mayang Sari sehingga ke KFC pun pun cerita benda yang sama.
Penglipura lara ini dalam cerita wayang kulitnya akan mula mencongkak calon perti pembangkang di kota Belud. Antara yang paling menon jol namanya ialah Musli Oli yang dikatakan melobi untuk bertanding di DUN Usukan. Sementara itu , Shukor Abd. Mumin, mantan ketua pemuda UMNO KB yang kini berada di gelanggang pembangkang juga diwar-warkan akan bertanding di Parlimen Kota Belud. Manakala di DUN TEMPASUK, Awang Laiman akan sekali lagi diturunkan untuk menentang Datuk Musbah Jamli.
3:53 PM
kelapa mawar

