Kasatuan pembangkang di Kota Belud hari ini berkecai apabila dikhabarkan Ketua Cabang PKR Kota Belud, En. Saidil Simoi bertindak keluar dari parti itu. Saidil bersama-sama lagi dengan beberapa orang ketua Cabang PKR di beberapa daerah termasuk Sandakan, hari ini mengumumkan untuk menyertai parti UMNO.
Tindakan Saidil Simoi itu dikatakan berpunca daripada rasa tidak puas hati kepada pucuk pimpinan parti yang tidak mencalonkan beliau pada PRU 13 ini. Sebagai rekod Saidil adalah calon PKR pada 2008 di parlimen P169 KB menyaksikan pertemuan antara beliau dengan calon UMNO/BN Datuk Abdul Rahman Dahlan. Rahman Dahlan memenangi kerusi tersebut dengan majoriti lebih 3 ribu turun berbanding penyandang asalnya Datuk Salleh Tun Said.
Selain daripada Saidil S., Ansari Abdullah yang juga ketua cabang PKR Tuaran menjadi tumpuan media, kerana digugurkan pada PRU 13 ini. Tindakan anak gadis Ansari bertanding sebagai calon BEBAS di Parlimen Tuaran, juga mengundang banyak persoalan, apakah Parti PKR benar-benar belum bersedia untuk menakluk Sabah bersama PAS dan DAP?
Namun dari pemerhatian hari ini mendapat aktiviti kempen calon-calon PKR di Kota Belud, masih diteruskan.

5:15 AM
kelapa mawar