Showing posts with label RCI. Show all posts
Showing posts with label RCI. Show all posts

Wednesday, January 16, 2013

Pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh saksi dalam Tribunal atau RCI mengenai pendatang asing di Sabah yang berlangsung beberapa hari lepas membuka banyak lembaran baru dalam moral dan kredibiliti pemimpin di negara ini. isu penggunaan kuasa peribadi untuk kepentingan peribadi dan parti politik sehingga melanggar undang-undang negara terlalu tinggi peratusnya di Malaysia. Badan-badan kerajaan seperti JPN dan Suruhanjaya yang sepatutnya bebas seperti SPR dipergunakan untuk memuaskan nafsu berahi politik pemimpin tertentu . Dengaan membelakangkan hak dan kepentingan orang lain, nampaknya mereka tergamak melakukan pemberian taraf kewargnegaraan songsang semata-mata mahukan kuasa dan mengekalkan kuasa yang diselindungi oleh Syaitan, musuh tradisi manusia.

Beberapa nama pemimpin bertaraf 'dewa' ketika memegang kuasa adalah antara musuh dalam selimut yang mengaibkan rakyat Sabah dan menggadai hak pribumi di negeri ini semata-mata kerana mahukan penguasaan total dalam politik Sabah. Beberapa nama pemimpin Sabah yang juga ada disebut dalam perbicaraan RCI ini mencerminkan kerakusan, kemabukan kuasa yang terpaksa mengikut telunjuk pemimpin Malaya. Bersengkongkol sehingga rakyat Sabah mencatat kadar kelahiran luarbiasa. laporan bancian yang dibuat meletakkan pertambahan penduduk Sabah lebih 3 kali ganda dalam tempoh 5-10 tahun. sesuatu yang luar tabii dalam sejarah penurutan naluri mengawan makhluk bernama manusia ini.

Penubuhan RCI ini telah membongkar segala-galanya. Isu kebanjiran pendatang tanpa asing di Sabah bukan berlaku mengikuti teori domino atau teori evolusi seperti yang diasaskan oleh Darwin tetapi berlaku atas perancangan pihak tertentu yang berselindung di sebalik keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. Mereka ini pada satu ketika mahukan demokrasi menyubur di bumi Malaysia, suatu masa mereka petah menjelmakan idea-idea membantu bangsa, TETAPI pada waktu lain dan masa yang berbeza mereka ini mencakar luka jiwa anak-anak Sabah yang mahukan mereka bebas bermandi aroma pembangunan di tanah air sendiri. Anak-anak Sabah yang mencatat ribuan memegang ijazah dan kebijakpandaian terpaksa melarat di bumi sendiri. Ramainya PATI yang diberikan kerakyatan menduduki kerusi jawatan awam negeri dan persekutuan di Sabah.

bahkan dalam dunia pendidikan anak-anak Sabah terpinggir yang menjadi guru adalah PATI yang bertopeng wajah pemimpin yang memberikan kerakyatan songsang kepada mereka. Bebasnya mereka melapah wang daan kemakmuran negeri Sabah. Bebasnya mereka menjamah hidangan kek ekonomi negeri bawah bayu ini. Ada yang memegang jawatan kanan ada yang memgang jawatan pertengahan sehinggalah ke tahap kuli dan buruh kasar.

pemimpin-pemimpin sewajarnya bertanggungjawab, jika bukan di hadapan rakyat Sabah yang mahukan pembelaan, mereka akan dipaksa bertanggungjawab di hadapan Tuhan yang maha mengetahui segala-galanya. Apakah mereka ini tidak begitu sedar beban seorang pemimpin itu tatkala menjawab di hadapan tuhan dengan bersaksikan anggota badan mereka?

Rakyat Sabah harus sadar dari lena dan mimpi taksub kepada parti yang menjadi dalang kepada ketidakadilan ini.