Sejak kebelakangan ini, masyarakat Kota Belud mula ambil peduli tentang calon wakil rakyat yang akan mewakili mereka pada PRU 13 yang bila-bila masa dari sekarang akan berlaku. Antara kawasan paling panas dalam penentuan calonnya ialah kawasan Parlimen P169 Kota Belud. Kerusi parlimen ini dimenangi oleh Datuk Rahman Dahlan dari parti UMNO pada PRu 12 yang lepas dengan mengenepikan calon PKR dalam gelangang satu lawan satu dengan kelebihan undi tipis sebanyak 3020 jika dibandingkan rekod sebelum itu.
Kini kerusi itu bertambah 'panas' apabila dikhabarkan ketua-ketua Cawangan UMNo di Kota belud dalam satu perjumpaan di dewan utama Restoran Mayangsari Kota Belud melaporkan berlaku 'hentaman' kuat kepada Rahman Dahlan. beberapa isu berbangkit juga diutarakan mencerminkan kehendak dan aspirasi peringkat akar umbi.
Daripada maklumat yang diperolahi, antara isu yang membelenggu ahli Parlimen itu ialah kemudahan logsitik yang menyukarkan rakyat di peringkat cawangan menemui beliau pada bila-bila masa diperlukan. ketua-ketua cawangan dalam keluhan mereka, menyatakan bahawa Rahman Dahlan adalah antara ahli Parlimen paling sibuk dan sukar untuk ditemui, bahkan dikatakan Rahman Dahlan juga lebih banyak menghabiskan masanya di Kuala Lumpur berbanding di Kota Belud.
Dalam pertemuan itu juga Rahman Dahlan diberitahu mengenai beberapa tingkahlaku orang 'kanan'nya di Pejabat Perhubungan Parlimen yang dikatakan kurang sopan dan tidak disukai oleh masyarakat setempat. Peringkat akar umbi dikatakan tidak berpuas hati dengan layanan diterima oleh mereka tatkala berurusan dengan Pejabat Perhubungan Parlimen itu.Ketiadaan Rahman Dahlan dalam jangka masa lama ,ternyata menyukarkan beliau memantau pergerakan dan mengikuti perkembangan staf-stafnya. Setelah hampir 4 tahun situasi ini berlaku ia telah membuahkan kebencian masyarakat kepada Rahman dahlan.
Menurut penerangan dari ketua cawangan yang hadir dalam perjumpaan itu, isu lain yang ditimbulkan juga ialah berkaitan dengan kuasa "otonomi' yang diberikan oleh Rahman Dahlan kepada adiknya Tajudin Dahlan berkaitan dengan pengagihan projek dan peruntukan parlimen. Menurut sumber itu lagi Tajudin dikatakan berkuasa penuh ke atas pengagihan peruntukan termasuk dalam soal penyelarasan serta perlaksanaan projek di bawah parlimen. Sebelum ini rakyat Kota Belud juga membangkitkan pembahagian peruntukan yang tidak sekata antara 3 DUN di bawah parlimen Kota Belud. Peruntukan besar disalurkan di kawasan DUN Kadamaian.
Walaupun Rahman dahlan diberikan peluang menerangkan dan menjawab segala isu berbangkit itu,namun menurut ketua cawangan tersebut, masyarakat akar umbi sudah tidak mahukan Rahman Dahlan tercalon semula di Parlimen Kota Belud. PM Datuk Seri Najib dan Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman harus memikirkan antara 'kehendak parti' dengan 'kehendak rakyat' di Kota Belud. Malahan katanya lagi jika Rahman Dahlan dicalonkan semula di Parlimen Kota Belud, maka tunggulah keputusannya, UMNO akan kehilangan kawasan parlimen itu.
Bersandarkan kepada rekod pada PRU 12 yang lepas, situasi ini akan ada kebenarannya apabila calon PKR pada waktu itu memperolahi undi 14,822 suatu peningkatan sokongan yang paling ketara sejak 1999.
Seorang AJK UMNO Bahagian Kb yang sempat kelapamawar hubungi juga melahirkan kebimbangan yang sama, kerana menurut serve yang dilakukan menunjukkan masyarakat akar umbi terutama dari suku Bajau-Iranun menolak kepimpinan Rahman dahlan di KOta Belud.Malahan menurutnya lagi seorang ADUN ( namanya dirahsiakan, atas faktor keselamatan politik) di Kota Belud pernah memberitahunya bahawa jika Rahman Dahlan dicalonkan semula di Parlimen Kota Belud pada PRU 13 ia akan menghadapi laluan sukar dan keputusan bakal menyaksikan Parlimen berkemungkinan besar jatuh ke tangan pembangkang.
11:49 PM
kelapa mawar

