Showing posts with label ini kali lah dlm perniagaan. Show all posts
Showing posts with label ini kali lah dlm perniagaan. Show all posts

Tuesday, February 7, 2012


Kepopularan slogan 'INI KALI LAH' di Sabah sekarang bukan lagi menjurus kepada soal politik dan tuntutan perubahan kepimpinan negara. tetapi sudah mula merebak dalam sektor ekonomi. Ramai Restoran dan rangkaian perniagaan runcit dan kecil-kecilan mula menggunakan slogan itu untuk menarik 'perhatian' pengguna. Bedanya ialah slogan "ini kali lah' itu digunakan untuk menarik pelanggan bertanding ke premis perniagaan mereka. Slogan itu membawa makna "ini kali lah" pelanggan -pelanggan akan sedar betapa penawaran perkhidmatan dan barangan mereka sangat memuaskan hati. Rugi jika tidak mendapatkannya lebih awal. Hasil tinjauan di Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau, krew Kelapa Mawar melaporkan 'slogan' itu sudah mula dipakai oleh peniaga kecil-kecilan.

Di peringkat perniagaan besar, istilah itu juga mula mendapat perhatian.Seperti yang di laporkan oleh media satu majlis perniagaan  di Selangor akan diadakan bertemakan slogan "INI KALI LAH":


KUALA LUMPUR: Malam Sabah 2012 yang bertujuan memupuk persahabatan, jaringan perniagaan dan mempromosi pelancongan dan kebudayaan, akan diadakan di Shah Alam pertengahan bulan depan.

Persiapan bagi acara itu yang akan berlangsung pada 17 Mac di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor di Seksyen 7, Shah Alam, kini berjalan rancak.

Acara itu, yang menjadikan sebutan popular di Sabah “Ini Kali Lah” sebagai slogan, adalah cetusan idea dua ahli perniagaan wanita Sabah di sini, Kartini Ibrahim dan Marilyn Mona Pamajah.

Bercakap kepada pemberita, mereka berkata acara itu akan diadakan dengan kerjasama Pejabat Perhubungan Negeri Sabah di sini dan sudah menetapkan sasaran 1,500 kehadiran.

“Bagaimanapun, acara itu boleh menampung sehingga 1,800 orang, tertakluk kepada sambutan,” kata Kartini, pengarah urusan TechnoTrend Global, sebuah syarikat penyedia latihan dan pengurusan acara.

Marilyn Mona berkata, acara itu akan menjadi platform kepada rakyat Sabah terutama di Lembah Klang untuk beramah mesra dan bagi tokoh korporat dari Sabah serta pemimpin korporat di ibu negara untuk bertemu dan membina jaringan perniagaan.