Showing posts with label pendedahan Kadir Sheikh Fadzil. Show all posts
Showing posts with label pendedahan Kadir Sheikh Fadzil. Show all posts

Thursday, January 19, 2012

Pendedahan mantan menteri pelancongan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil bahawa memang wujud politik rasuah dan wang dalam kerajaan BN untuk memancing undi beberapa hari lepas membenarkan sangkaan sesetengah penganalisis politik bahawa sistem pilihanraya di negara ini sememangnya tidak telus dan tidak adil. Desakan BERSIH 2.0 untuk mereformasikan sistem pilihanraya juga adalah benar dan sewajarnya dilakukan sejak dulu lagi. Namun kerana kepentingan dan kelangsungan kuasa politik parti tertentu, perkara ini sengaja dibiarkan berlalu.Mujurlah adalah kesedaran dikalangan NGO di negara ini dan juga keaktifan pihak pembangkang yang mahukan SPR lebih adil dan telus.

Kadir Sheikh Fadzil dalam satu kenyataannya dipetik sebagai berkata,bahawa kerajaan BN memang menggunakan wang antara RM200 hingga RM 2000 untuk diberikan semasa pilihanraya yang bertujuan untuk sogokan mendapatkan undi. Malahan dengan berani,Kadir mendakwa beliau turut terlibat dan menerima peruntukan kewangan yang besar untukdiagihkan kepada rakyat,walaupun mendakwa secara peribadi tidak terlibat melakukan perbuatan keji itu. Sambil menyatakan bahawa beliau berbuat demikian adalah bertujuan menegur kerajaan supaya tidak lagi melakukan perkara itu, kenyataan mantan menteri pelancongan itu dipersendakan oleh para pemimpin UMNO dan BN serta para blogger pro-kerajaan. Kadir dicap sebagai besi buruk yang tersisih dalam parti kerajaan,sebab itulahberbuat demikian. Hasrat dan niat Kadir Sheikh Fadzil itu dipersendakan dan tidak dilihat sebagai kenyataan berani untuk merubah sistem sedia ada yang zalim dan tidak telus.

Ahli Parlimen Seremban, dari parti DAP, John Fernandez pula mendesak supaya satu bentuk siasatan oleh SPRM dapat dibuat keatas Kadir ekoran kenyataannya yang memperlihatkan pemimpin UMNO itu turut terlibat dalam politik wang dan menyalahgunakan sistem kebabasan demokrasi perlembagaan di negara ini.John turut mendesak supaya siasatan juga dijalankan kepada pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang lain.

Jika desakan ahli parlimen Seremban ini dijadikan asas dan kemudiannya satu bentuk siasatan dijalankan, maka rakyat akan menyaksikan bukan sahaja Kadir Sheikh Fadzil di heret ke Mahkamah, bahkan hampir 99% pemimpin UMNO/BN juga akan turut dibawa sama. Rakyat yang menerima sogokan berupa wang pada setiap PRU akan menjadi saksi kepada kebenaran itu. Itulah budaya politik di negara kita,lambat laun akan ramai lagi pemimpin UMNO/BN yang akan membongkar kesalahan dan keaiban amalan parti itu kepada Umum kerana pemimpin ini sudah lama menahan diri melakukan perbuatan terkutuk itu, walaupunhati kata tidak tapi perbuatan tetap mengiyakannya demi kelangsungan dan arahan pihak tertentu. Hidup dalam dosa politik sebegini tidak akan mententeramkan naluri politikseseorang pemimpin yang benar-benar ingin berbakti kepada rakyat. Dan sedikit masa lagi akan lebih ramai yang membuka 'pekung ' di dada, kerana itulah ketentuan ilahi yang bathil akan terbongkar dan sirna, yang hak dan kebenaran akan timbul dan terbukti.

kita tunggu siapa pulapemimpin UMNO dan BN yang akan membuat pendedahan selepas ini?