Wednesday, February 22, 2012






Pendahuluan..

Lim Guan Eng: 

Pertama sekali saya ingin mengucap terima kasih kepada penganjur kerana melangsungkan debat televisyen ini. Debat televisyen mencipta satu bab yang baru dalam politik demokrasi Malaysia kerana ia merupakan satu sifat penting dalam kemajuan demokrasi. 


Saya berharap mulai hari ini, debat televisyen akan menjadi satu fenomena umum yang lumrah dalam sistem demokrasi Malaysia seperti di Eropah dan Amerika Syarikat. 

Oleh itu saya berpendapat bahawa, apa yang warga Malaysia benar-benar ingin saksikan, adalah debat antara Perdana Menteri Najib dengan Anwar, untuk melihat siapa yang sebenarnya lebih layak menjadi Perdana Menteri. Siapa tidak berani berdebat, jangan harap nak jadi Perdana Menteri! 

Chua ada menimbulkan dakwaan bahawa DAP diperalatkan oleh PAS, tetapi jikalau tuan-tuan dan puan-puan perhatikan, di kalangan orang Melayu, UMNO mengatakan bahawa PAS diperalatkan oleh DAP. Oleh itu, hujah yang bercanggah sesama sendiri ini saya percaya merupakan taktik kotor BN. 


Saya ingin tekankan di sini, parti komponen dalam Pakatan Rakyat, biarpun PAS, PKR atau DAP, kami tidak memperalatkan sesama sendiri, kami hanya bersiap sedia untuk ‘diperalatkan’ oleh rakyat! Pada masa yang sama, kami bukan anti-Melayu, ataupun anti-bukan Melayu, kami cuma anti-kerajaan yang bergelumang dengan rasuah! 


Tema hari ini ‘Adakah Sistem Dua Parti akan menjadi Sistem Dua Kaum’, sebenarnya saya berasa pelik. Kerana, sekarang sudah wujud Sistem Dua Kaum, kami nak menjadikannya Sistem Dua Parti. 


Sistem Dua Kaum ini sememangnya ideologi BN selama ini, sejak kemerdekaan sehingga kini, BN telah membezakan rakyat sebagai Melayu dan Bukan Melayu, ini adalah taktik pecah dan perintah. 


Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pernah berkata, saya utamakan Melayu dahulu, barulah rakyat Malaysia. Adakah ini Satu Malaysia? Ataupun ini Tipu Malaysia? Inilah Sistem Dua Kaum! 

Sebaliknya, Sistem Dua Parti itu berasaskan ideologi, idealisma dan prinsip, tanpa membezakan kaum kerana kita semua adalah rakyat Malaysia. 

Dalam BN, UMNO hanya menjaga orang Melayu, MCA hanya menjaga orang Cina, MIC hanya menjaga orang India, Gerakan itu… tak tahulah dia menjaga siapa.. Itulah BN yang ‘kamu jaga kaum kamu, saya jaga kaum saya’, ini adalah sistem Dua Kaum! 

Sebaliknya, di dalam Sistem Dua Parti, kita semua sanak saudara perjuangan, kita menjaga kebaikan antara satu sama lain; setiap warga Malaysia adalah seperti ahli sekeluarga! 

UMNO selalu melaung-laungkan ‘Ketuanan Melayu’. Adakah MCA tidak terlihat, tidak terdengar dan tidak terasa, sebab itulah tidak berani untuk menghalangnya? Justeru itu, kita masih mendengar bahawa orang Cina adalah pendatang, tidak berhak menuntut hak yang saksama di Malaysia. 

PR berlainan dengan BN. Apa yang kita mahu bukan ‘Ketuanan Melayu’, apa yang kita mahu ialah ‘Ketuanan Rakyat’! Anwar bukan sahaja bercakap tentang ‘Ketuanan Rakyat’ di depan orang bukan melayu, tetapi dengan orang Melayu juga beliau cakap yang sama. Saya tidak pasti sama ada pemimpin UMNO berani berhenti melaungkan ‘Ketuanan Melayu’ tetapi menyokong ‘Ketuanan Rakyat’. 

Apabila rakyat ataupun pemimpin PR membongkar penyalahgunaan kuasa atau rasuah dan menyoalkan integriti Polis atau Suruhanjaya Pencegah Rasuah, kami dituduh mencabar institusi Melayu – ini adalah sistem Dua Kaum! 


Rasuah itu tidak mengenali perbezaan warna kulit. Allayarhan Ahmad Sarbaini, pegawai kastam yang terkorban, bukankan beliau seorang manusia? 

Pakatan Rakyat mahu hapuskan rasuah, 
BN mahukan rasuah! PR akan memastikan pemimpin yang jujur dan kerajaan yang bersih, termasuk mengisytiharkan aset, tender terbuka, ini barulah sistem dua parti! Yang paling penting sekali, menangkap pegawai yang benar-benar rasuah, bukan memfitnah Teoh Beng Hock yang tidak bersalah. 

Pihak lawan saya selalu berkata: ‘Kaum lain menjadi kerajaan, Kaum Cina menjadi pembangkang’. Ini salah sama sekali. Sebenarnya, ‘BN MCA menjadi pembangkang, PR DAP menjadi kerajaan’ barulah yang resahkan MCA. 


Bukan sahaja orang Cina yang menyokong PR untuk berubah, orang Melayu pun sama, jika kami tidak dapat sokongan 40% orang Melayu, tsunami politik tidak mungkin akan berlaku. 


Saya percaya, saya pun tidak akan berpeluang berdiri di sini sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Chua pun mungkin tidak berpeluang menjadi Presiden MCA. 

Dalam sistem yang demokratik, sistem Dua Parti perlu peralihan parti pemerintah secara alternatif. Biar BN tumbang jadi pembangkang, biar PR bangkit jadi kerajaan! Jikalau PR tidak memerintah dengan baik, rakyat berhak bertukar lagi selepas lima tahun. 


Ini barulah sistem Dua Parti, peralihan parti pemerintah secara alternatif, barulah rakyat akan ada kehidupan yang baik. 

Soalan daripada moderator:
Moderator: Masyarakat Cina sudah mulai mengalu-alukan sistem dua parti sejak 1980. Jikalau kita menggunakan keputusan 2008 sebagai satu rujukan, undi yang diberi kepada BN dan PR adalah lebih kurang separuh masing-masing. 


Ini menunjukkan separuh rakyat berpuas hati dengan pemerintahan BN, separuh rakyat mempunyai harapan kepada PR. Adakah ini bermaksud sekarang kedua-dua pihak telah mencapai tahap perjuangan dua parti? Macam manakah parti anda memenangi undi yang separuh lagi?

Jawapan daripada LGE: 
Kalau PR berpeluang menjadi kerajaan, dasar kami adalah untuk memberi manfaat kepada rakyat. Sekarang semua harga barang naik, duit tak cukup menampung hidup rakyat, kami hendak meringankan beban rakyat. 


Kalau jadi kerajaan, kami akan memansuhkan toll Utara-Selatan dan Jambatan Pulau Pinang. Kami juga akan meningkatkan royalti minyak daripada 5% kepada 20% bagi Sabah dan Sarawak. 


Lagi, warga emas. Saya tahu, sejak Pulau Pinang memberi warga emas RM100 setiap tahun, BN ciplak, bukan sahaja BN yang ciplak, MCA pun meniru. Jadi, selain daripada berterima kasih kepada Chua, mereka (ahli MCA) harus berterima kasih kepada kerajaan Pulau Pinang jugalah. 


Jika kami boleh mengambil kuasa di peringkat pusat, kami ingin maklumkan warga emas seramai 2.1 juta di seluruh negara bahawa kami janji akan memberi RM1,000 setiap tahun. 


Ini adalah kebaikan peralihan kerajaan secara alternatif. Kebaikannya adalah bahawa parti dinilai berdasarkan dasar atau polisi mereka, kami hendak jadi 'negeri polisi' dan bukan negeri polis. Sekian. 

Jawapan bagi sesi soal jawab:

LGE: Tadi itu Exco Perak Mah Hang Soon kan? Saya rasa kita semua tahu waktu PR menjadi kerajaan di Perak, PR lah yang mulakan inisiatif memberi tanah kepada sekolah, dan juga memberi pajakan tanah kekal kepada penduduk kampung baru dan penduduk miskin. 


Tetapi sejak BN menjadi kerajaan, ini sudah dimansuhkan. Sebab itu, saya berasa anda tidak layak untuk mempersoalkan sesiapa.

Tentang soalan bahawa kerajaan Pulau Pinang memberi janji kosong, saya nak menekankan bahawa kami sudah menunaikan semua janji pilihan raya. 


Tentang kenapa tol Sungai Nyior tidak dimansuhkan, para hadirin harus ingat bahawa itu di bawah bidang kuasa kerajaan pusat.Kami belum mengambil kuasa kerajaan pusat, jadi sabarlah… Bila kami mengambil kuasa kerajaan pusat, sudah tentu kami akan memansuhkannya, termasuk Lebuhraya Utara-Selatan dan Jambatan Pulau Pinang. 


Tetapi, walaupun belum dimansuh, kami sudah membina satu jalan untuk memintas tol Sungai Nyior itu, jadi samalah, tidak perlu membayar tol tak munasabah ini.

Kejayaan Pulau Pinang, saya percaya ia boleh dibuktikan. Selepas Mac 2008, semua orang boleh lihat, sentuh dan rasa perubahan yang berlaku. Di Semenanjung Malaysia, papan tanda dwibahasa dengan Bahasa Cina yang pertama didirikan. 


Papan tanda berbahasa Tamil yang pertama di Malaysia juga terletak di Pulau Pinang. Pulau Pinang pertama kali mendirikan papan tanda berbahasa Arab, juga kerana kejayaan kerajaan PR. 


Kejayaan Pulau Pinang dalam membanteras rasuah pun yang paling terserlah, sehingga kami dapat pujian Transparency International. 


Kalau ada orang yang bersalah, kami tidak akan melepaskannya sebegitu sahaja, tetapi Pulau Pinang yang mempunyai rasuah sifar adalah satu hakikat yang diakui oleh organisasi dunia. Kami tidak makan duit itu memang tidak makan duit. Terima kasih. 

Soal jawab sesama lain:

CSL: Kita dengar polisi yang populis, beri RM100, mansuh ini mansuh itu, adakan anda boleh memberitahu atas persada ini apakah model pembangunan masyarakat dan ekonomi Pakatan Rakyat supaya Malaysia boleh keluar daripada situasi berpendapatan rendah dan mencapai pendapatan tinggi, termasuk menunaikan janji-janji dalam Buku Jingga?

LGE: Saya rasa ini perbezaan antara saya dengan Presiden Chua. Beliau tidak risau kepada isu rasuah, saya pula risau sangat tentang isu rasuah. Kita perlu ada satu kerangka untuk mengurus hal ehwal negara. 


Apakah rancangan untuk membawa pembangunan ekonomi? Saya ingin mengambil model Pulau Pinang sebagai contoh. Ini semua adalah hasil daripada amalan sistem pemerintahan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang mempraktikkan sistem 'wang gandakan wang'. 


Sistem ini menekankan 4 aspek utama iaitu yang pertama, wang kumpulkan wang melalui inisiatif kerjasama antara pihak awam dan swasta dalam menjalankan projek pembangunan. 


Kedua ialah wang untungkan wang. 
Melalui amalan sistem tender terbuka, Kerajaan Negeri berjaya mengurangkan kos pembiayaan. 


Ketiga ialah wang hasilkan wang menerusi pendekatan kreatif dan inovatif. Dan yang terakhir ialah wang jimatkan wang. Sekiranya kita tidak makan wang, sudah tentu wang akan sentiasa ada. 

Oleh itu, dalam 4 tahun berturut-turut ini, Kerajaan Pulau Pinang mendapat keuntungan tiap-tiap tahun dan mampu beri balik duit kepada rakyat melalui Program Warga Emas RM100 setiap tahun, pewaris kepada warga emas yang meninggal dunia akan menerima RM1000 sekali sahaja, malah lahir bayi pun dapat RM200 di bawah Program Anak Emas. 


Semasa Barisan Nasional memerintah Pulau Pinang, satu sen pun tidak beri, tetapi dengan prinsip ‘wang gandakan wang’ ini, kami memberi manfaat kepada rakyat Pulau Pinang, dan ini sebenarnya dividen anti-rasuah! 


Di samping itu, di Malaysia, saya percaya jika kita boleh membanteras rasuah, dan bukan makin banteras makin rasuah, kita boleh menjimatkan banyak wang dan memberi balik kepada rakyat jelata. 


Inilah janji kami, Pulau Pinang adalah bukti yang terbaik! Jikalau kita berani membanteras rasuah, kita tentu akan perolehi wang. Terima kasih. 


Jawapan bagi sesi soal jawab & penutup, LGE: 
Pertama sekali saya ingin membalas sesetengah tuduhan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak memberi tanah kepada sekolah Cina, saya rasa ini bukan sahaja hendak menipu diri sendiri tetapi juga hendak menipu orang lain.


Ini kerana kami mempunyai bukti, sekolah pun boleh mengesahkan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat telah memberi tanah. 


Jangan lupa, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat sekarang memberi peruntukan yang diinstitusikan kepada semua aliran sekolah, selain daripada sekolah Cina, ada lagi sekolah Tamil, sekolah agama rakyat dan sekolah swasta cina. Dulu tidak ada langsung, kini tiap-tiap tahun dapat peruntukan. 

Di sini, saya ingin menyeru semua rakyat Malaysia, beranilah untuk berubah, kita tidak harus serah diri kepada nasib. Kita berhak menikmati peluang yang saksama. Kita tidak harus melutut untuk minta, kita harus bangkit dengan berani dan bermaruah untuk berubah! 


Kita tidak mahu ditipu lagi, berubah sekarang juga! Tengok, presiden MCA juga sudah berubah, pertama kali berdebat dengan Roket. Tetapi berdebat itu tidak penting, yang penting itu, beranikah MCA cakap ‘Tak Nak’ kepada UMNO? 

Kenapa harus cakap ‘Tak Nak’ kepada UMNO? Kerana UMNO menggunakan sentimen perkauman dan agama, termasuk menyokong PERKASA untuk menghasut dan memecah-belahkan rakyat! 


Kedua, UMNO menyalahgunakan undang-undang yang menyalahi hak asasi manusia. UMNO rasuah, isu Kak Shahrizat dengan Lembu itu hanya ‘tip of the iceberg’. Yang lagi serius itu, dalam 10 tahun yang lalu, sejumlah RM1 trillion wang haram (rasuah) telah dibawa keluar dari negara ini secara curi-curi. Yang ini (RM1 trillion) macam mana kira? 

Seperti apa yang diakui oleh mantan presiden MCA Ong Tee Keat tentang MCA bekerjasama dengan UMNO, dulu MCA sekurang-kurangnya boleh makan semeja baki hidangan UMNO. Sekarang paling baik pun dapat cebis dan sisa roti sahaja. 

Ramai Melayu tidak dapat menikmati pembangunan negara, tidak ada RM250 juta untuk menternak lembu, kerana terlalu banyak “buah-buah yang baik dimakan oleh kroni BN”, rakyat hanya boleh tertunggu-tunggu, makan sisa buah! 

Masalah yang dihadapi masyarakat Cina, saya percaya para hadirin pun tahu, berlonggok-longgok, kita semua tahu apa masalahnya. Selain daripada masalah sijil sekolah swasta (UEC) tidak diakui, sekolah Cina tidak mendapat peruntukan yang mencukupi, guru-guru yang tidak arif berbahasa Cina dihantar ke sekolah Cina, ada juga masalah guru sandaran yang belum diselesaikan. 


Oleh itu kesemua isu peluang yang tak saksama dalam ekonomi dan pekerjaan ini, saya percaya bukan sahaja orang Cina tetapi kaum lain juga menghadapinya. Oleh sebab itu kita harus mengambil peluang ini untuk berusaha dengan kaum lain untuk membawa perubahan. 

Apa yang kita menitikberat sekarang adalah masa hadapan anak-anak kita. Masa depan generasi saya sudah dirompak BN selama 50 tahun ini, jangan biar masa depan anak-anak kita dirompak juga. Oleh itu, kita sedang menunggu peluang untuk berubah. 

Pagi ini sebelum saya datang, saya beritahu anak perempuan saya, kalau ada peluang, saya hendak menjadi suara generasi muda kamu. Saya harap kita ada polisi yang terbuka untuk membolehkan kamu tinggal di sini, jangan berhijrah keluar lagi. Kita hendak menitikberatkan bakat. Ingat, hanya dengan menitikberat, menghargai dan memilih bakat, barulah masa depan Malaysia akan cerah dan makmur. 

Kita lihat Korea Selatan, pada tahun 1970, pendapatan purata mereka hanya USD260 seorang, pada tahun 1970 Malaysia lebih baik, ada USD380. Tetapi sekarang Korea Selatan sudah melangkaui Malaysia, sekarang Malaysia mempunyai pendapatan purata USD7760, manakala Korea Selatan sudah mengecapi USD20,000! 

Kenapa Korea Selatan boleh menjadi negara berpendapatan tinggi, tetapi Malaysia masih terkandas? Faktor terutama ialah Korea Selatan adalah negara demokrasi, ada sistem Dua Parti, ada peralihan parti pemerintah secara alternatif. 


Oleh itu, sekiranya kita mahu berubah, kita mahu Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi, kita perlu ada keberanian untuk bangkit dan berubah, ada keberanian untuk merealisasikan sistem dua parti. 


Jalan ini sememangnya tidak mudah, tetapi saya mahu mengingati semua, kerjasama kami dengan PAS, PKR adalah satu manifesto deklarasi yang bertulis, Ini sudah diumumkan kepada semua, PAS ada ideologi PAS, DAP ada ideologi DAP, tetapi jangan lupa, PAS tidak pernah membunuh walau seorang pun orang Cina. 


Ini realiti, biarlah kita bertabah hati, bertekad untuk berubah, walaupun susah, tetapi demi generasi muda, kita harus sempurnakan jalan perubahan ini! Sekian.

Tuesday, February 21, 2012



Sama ada RCI satu keperluan atau sebaliknya di Sabah guna membenteras kebanjiran PATI di negeri di bawah bayu itu bukanlah satu-satunya kaedah paling berkesan untuk 'mencegah','mengatasi' ataupun 'membenteras' kehadiran PATi itu, kerana banyak cara dan kaedah yang boleh dibuat termasuk mengadakan pendaftaran secara terbuka dan 'status' yang diragui melalui beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Imigresen dan Jabatan pendaftaran. Selain kerajaan dengan bantuan agensi-agensi berkenaan membuat pendaftaran secara berkala dan berjadual di seluruh pelusuk negeri Sabah.

Ertinya penubuhan RCI bukanlah titik point kepada penyelasaian masalah PATI di Sabah. Dari sudut politik, isu RCI ini banyak dibangkitkan oleh pemimpin politik dari suku KDM. Dari awal-awal lagi pemimpin UMNO seperti Bung Mokthar mempunyai persepsi berlainan,yakni RCI tidak perlu!.Apa rasional dari sudut politik situasi yang melanda BN Sabah ini?

Sebelum persempadanan semula kawasan pilihanraya di sabah, kawasan-kawasan berpenduduk KDM adalah sama dengan kawasan pilihanraya di mana bumiputera Islam menjadi penduduk mejoriti.Sebelum 2004 kawasan DUN di Sabah adalah sebanyak 48 DUN. Kawasan KDM sebanyak 20 sama dengan kawasan DUN bumiputera Islam. Manakala 8 kawasan lagi adalah majoriti dari kaum Cina.

Isu merry gendering ini adalah satu kelebihan kepada pemerintah. Kerana di Sabah bila proses Merry-gendering ini dilakukan, pertambahan kawasan berlaku di kawasan bumiputera Islam menjadikan keseluruhan DUN di Sabah bertambah kepada 60 kawasan.Menjadikan DUN di kawasan bumiputera Islam menjadi 32 manakala KDM masih kekal bersama dengan kawasan Cina.

Ini menjadi isu besar bagi KDM kerana, walasu bagaimanapun mereka bersatu, hatta menguasai 8 kawasan Cina, pemimpin KDM ini tidak akan mampu mengetuai kerajaan Sabah, selagi UMNO dan Bumiputera Islam menguasai 32 kawasan DUN.Pemimpin KDM sedar kemsukan UMNO di Sabah 'melenyapkan' sekaligus impian terbesar mereka untuk kembali berkuasa seperti era PBS. Apatah lagi penamapatan sistem penggiliran KM Sabah.

Ada pemimpin KDM merasakan tindakan PBS menyertai BN dilihat sebagai faktor menyebabkan KDM semakin jauh dari kerusi KM Sabah.Sebab itu berlaku ugutan politik akan berlaku parti asas KDM akan meninggalkan BN Sabah sekali lagi baik dari parti UPKO atau PBS.Justeru jika berlaku desakan penubuhan RCI, bukan menyelesaikan isu PATI sebenarnya tetapi sebagai pembuktian bahawa pertambahan kawasan DUN bumiputera Islam disebabkan oleh kehadiran PATI dan kepentingan politik UMNO. Najib sadar mengenainya?

Monday, February 20, 2012


Pendedahan oleh aktivitis politik Sabah, sdr Jabar Khan Nafi bahawa UMNO dan BN di Sabah terlibat dalam pengrekrutan PATI sebagai pengundi di Sabah bukanlah satu perkara baru, malahan sudah ada memorundum diserahkan kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Hishamuddin  mengenai perkara tersebut ,namun tidaka ada tindakan yang diambil .

Baru-baru ini kedatangan Najib di Sabah dalam lawatan dua harinya diharapkan dapat mengumumkan penubuhan RCI berkaitan dengan PATI ,namun sehingga pulang ke KL,Perdana Menteri itu langsung tidak menyentuh isu RCI.Lawatannya disifatkan oleh beliau sendiri mungkin tidak ada lawatan lagi selepas ini atau mungkin ada lawatan susulan memberi gambaran, seolah-olah PRU 13 tersangat dekat. Ertinya RCI tidaka akn ditubuhkan sebelum PRU 13.

Jabar Khan-merupakan bekas tahanan ISA mendedahkan bahawa terdapat Pasukan Petugas Khas UMNO sabah yang dibentuk pada 1991 dan pemegang tugas dari 1991-1993 adalah seperti,

Pengarah:Datuk Musa Aman,(sekarang Ketua Menteri Sabah)
Timbalan Pengarah:Datuk Yahya Hussin(sekarang Timbalan Ketua Menteri Sabah)
Setiausaha:Jabar Khan sendiri.
Bendahari:Mendiang Datuk Malik Chua.

Tugas mereka adalah untuk merekrut pendatang asing yang akan diberikan KP MALAYSIA dan didaftarkan sebagai ahli UMNO dan didaftarkan dalam Daftar Pemilih Sabah.Sasaranya adalah 30 kawasan pilihanraya(daripada 48)untuk memastikan pada pilihanraya umum negeri yang seterusnya,PBS akan kehilangan kuasa dengan pertolongan pengundi-pengundi hantu ini....
Sumber:buku Lest We Forget m/s 74
(by:Dr Chong Eng Leong)

Saturday, February 18, 2012


Sdr Marawan Yassin


Seorang rakan fcb kelapamawar mengutarakan pandangan mengenai kehadiran PATI di Sabah juga keperluannya menubuhkan RCI seperti yang diwar-warkan oleh media politik di Sabah.Lebih-lebih lagi bila melibatkan pemimpin politik yang memberikan pandangan. Jarang ada dikalangan anak-anak Sabah yang cesara terus terang membincangkan isu ini mengikut persepsi mereka sendiri. Justeru itu  melalui blog ini Kelapamawar memaparkan pandangan seorang anak Sabah yang melihat isu PATI dan keperluan RCI di Sabah mengikut kaca mata beliau. Seorang bekas pelajar university of Toledo dan bekerja sebagai Senior manager,operations and logistics PETRONAS di Kuala Lumpur,beliau mengutarakan pandangan berikut:

Pagariku Kelapa Mawar, saya mempunyai pendapat yang lain mengenai pendatang dan pendatang haram dari Filipina dan Indonesia. Kebanyakan mereka ini beragama Islam. Manakala, penduduk tulen di Sabah yang beragama Islam mungkin hanya lebih kurang 50% saja. Katakanlah kalau Sabahpun dikuasai oleh pihak pembangkang seperti dizaman PBS dulu, kita orang Islam tidak akan dapat berkuasa penuh.

Sekiranya PTI ini beransur-ansur mendapat kerakyatan melalui project "Rahasia." maka akan terjadi kelebihan dari golongan Islam untuk jadi majoriti namun "Bajau" dari Filipina akan berkuasa pula. Pada masa yang sama pihak pembangkang akan tiada peluang untuk mengambil alih tampuk pemerintahan kerana warga yang baru mendapat kerakyatan pasti akan mengundi pemerintah yang sedia ada kerana termakan budi.

Dari segi ekonomi, kehadiran PTI banyak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri kerana tanpa pendatang ini orang Sabah sendiri memilih kerja menyebabkan banyak projek yang tidak dapat dilaksnakan terutama dalam sektor binaan.

Satu hal yang perlu diberi perhatian ialah pendatang dari negeri China kita begitu beri perhatian kerana pihak berkuasa banyak fokus kepada PTI dari Filipina dan Indonesia kerana senang kenal mereka dari percakapan dan penampilan manakala PTI dari China kita biarkan. Bila kita sibuk-sibuk dengan PTI dari Filipina dan Indonesia, orang China tambah orangnya begitu juga orang India kalau di semanjung. Sekarang inipun kita ada temui orang-orang China dari Indonesia kerja di Sabah. Pada masa yang sama golongan dari Nasrani banyak mengambil orang Timur Nasrani berkerja di Sabah. Jadi ini untuk apa?

Tidak lama lagi kita juga akan dibanjiri migran dari Semanjung kerana buat bisnes. Projek-projek Persekutuan di Sabah banyak yang dapat dari Semanjung. Berbanding dengan Sarawak, kita sudah tiada kawalan kerana Sabah sudah jadi UMNO. Di Sarawak, mereka hanya bagi 3-5 tahun untuk orang Semanjung berkerja di Sarawak kerana harus diganti oleh orang tempatan.

Dari sudut lain, bumi ini adalah milik Allah, hambanya semestinya bebas untuk mencari rezeki di bumi yang luas ini seperti bebasnya ikan-kan di lautan dan burung-burung di daratan untuk mencari rezeki namun kerana manusia membuat sempadan tersendiri maka perkara ini sudah tidak dapat dilaksanakan.

Sabah dulunya adalah milik kesultanan Sulu sebelum British North Borneo memajaknya. Manakala Sabah masih memberi sewa pajakan kepada waris sultan sulu " Jamalul Kiram." Kalau itu yang jadi landasan orang Bajasu, Sulu dan juga Bagau ah Iranun juga boleh datang ke Sabah untuk berkerja dan jadi rakyat Sabah.

Ini adalah pandangan saya pagari Kelapa Mawar. Saya mengharapkan hujah-hujah dari pagari untuk membetulkan fikiran saya jika tersasar dari hakikat yang sebenar.
Ceramah umum Anwar Ibrahim di Pahang seperti yang dilaporkan oleh blog PKR Pahang sangat mendapat sambutan. Sekatan jalan raya oleh PDRM dikatakan tidak mematikan ribuan rakyat di negeri itu turun mendengar ceramah DSAI. Akibat kesesakan `jalanraya Anwar terpaksa membonceg motosikal untuk ke tempat ceramah. Inilah gambar-gambar yang menyaksikan lautan manusia menyambut DSAI. Apakah rakyat dan orang Melayu sudah bersedia mengubah kerajaan?








Pentas ceramah digunakan secara maksimum oleh Anwar dan pakatan rakyat untuk beri penjelasan, beri maklumat berkenaan isu semasa, dan menjawab tuduhan, tapi ia tidak pernah selalu mudah, seperti apa yang terjadi di kubu kuat najib ( pekan, Pahang) selang beberapa malam lepas, jelas menggetarkan Najib dan Rosmah Mansor.

Anggota Polis diperkudakan "tangan ghaib" untuk mengadakan sekatan jalan raya di jalan utama menuju ke ibupejabat PAS di Pekan, tempat ceramah Anwar Ibrahim akan diadakan, namun tindakan itu tidak mampu menghalang atau menggagalkan ceramah Anwar pada malam itu .

Anggota Polis yang "diperkudakan" tanpa rela itu mengadakan sekatan jalanraya yang mengakibatkan kesesakan hampir 5 kilometer serta menyebabkan Anwar Ibrahim dan rombongan terperangkap lebih 40 minit sebelum diselamatkan oleh sekumpulan penduduk kampung yang mahu pergi ke ceramah berkenaan dengan menaiki motosikal.


Begitulah semangat Anwar Ibrahim, seorang negarawan yang menghadapi berbagai ujian dan dugaan. walau apa cara sekalipun, dia takkan mudah dilemahkan, dia tidak akan mudah menyerah kalah, walaupun terpaksa membonceng motosikal sejauh 3 kilometer meredah kesesakan jalanraya menuju ke kampung mengkasar. ceramah akan terus diadakan.

Namun sekatan itu jelas satu "SABOTAJ" apabilasekatan jalanraya atas arahan "tangan ghaib" itu dihentikan sebaik Anwar sampai ke lokasi ceramah.

Namun sekali lagi kerja-kerja jahat menghentikan ceramah itu dilakukan, pihak polis datang dan minta ceramah itu dihentikan atas alasan melebihi masa.


Menurut Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad kira-kira 3,000 orang menghadiri program tersebut, "kebanyakannya penduduk tempatan", yang disifatkannya sebagai "luar biasa bagi Pekan"


Halangan sedemikian bukan sesuatu yang menghairankan kerana kawasan itu adalah kubu kuat Umno dan terletak dalam kawasan Parlimen Pekan disandang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ini membuktikan, ada kerja jahat untuk menghalang Anwar menyampaikan ceramahnya, menghalang anwar menjawab isu-isu dan serangan kepadanya, dan jelas, menunjukkan najib sedang ketakutan, sehingga "demam sebelum berdebat"



Iranun tidak dapat dipisahkan dari nama hebat Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Seorang politikus yang berjaya mengukir nama di persada politik tanah air sehingga menduduki jawatan YDP Dewan Rakyat yang pada hearaki sebuah negara demokrasi berparlimen, jawatan itu ketiga tertinggi.Namun sebagai politikus yang banyak merasai manis pahit ,sepak terjang,dan keluh kesah dunia politik, TSP dikatakan masih lagi relevan dalam politik Sabah. Malahan suatu ketika dikhabarkan TSP adalah bakal TYT Sabah, namun kerana jawatan YDP Dewan Rakyat belum sampai ke penghujungnya pada waktu itu,maka Tun Juhar Mahiruddin yang juga kawan rapat TSP ketika dalam AKAR BERSATU 'dicadangkan' menduduki jawatan 'pencen' tersebut.

Biarpun hebatnya perjalanan politik TSP, namun ramai cendikawan dan pemikir dalam suku Iranun 'melontarkan' kritikan kepada tokoh politik Iranun ini lantaran kerana pengkritik ini mahukan yang lebih baik dan tersusun dalam kerangka politik suku minoriti di Sabah itu. TSP yang dijadikan ikon,seharusnya mempersiapkan prosedur kepimpinan muda dalam suku tersebut. Ini antara kritrikan pedas yang dibebelkan oleh ramai penggiat politik dan pemikir Iranun di kalangan anak-anak muda yang berpendidikan. TSP pula dituntut supaya lebih terbuka menyediakan pelapis kepimpinan Iranun.Walaupun begitu jasa dan aspirasi pemimpin agung Iranun ini tetap dihargai dan disanjung tinggi.

Disinilah lahirnya polemik kepimpinan Iranun. Tan Sri Pandikar dikatakan merajuk dan tidak mahu dikedepanbkan pada PRU 13 akan datang ekoran kritikan demi kritikan yang di lemparkan kepada beliau. Kenyataan itu sempat saya kutip dalam laman FCB seorang aktiviti politik Iranun di kota Belud dalam komen kepada rakan FCB beliau.:

Laman FCb sdr Mul Marif :" masyarakat irranun dikb khususnya ditempasuk merindui kehadiran tan sri pandikar pada pru!3 ni."

Dan komen sdr Rosmin :"....Dia tidak minat sudah,merajuk kono dia ramai orang iranun komen dia dlm FB,harap2 dia nantilah..."


Kita tidak tahu setakat ini adakah kenyataan itu benar atau sebaliknya ,namun jika TSP memikirkannya yang demikian, beliau harus segera mengadakan sesi dialog dengan pelbagai NGO Iranun yang dianggotai oleh pemikir-pemikir ini, Iranun ada PISBA, PAGISA, PERISA dan ada juga BKI. Sebelum PRU 13 berlangsung,ayuh realsisasikan kesepaduan dalam suku Iranun.Persoalannya siapa yang akan menjadi 'orang tengah' dalam soal ini?

Inilah keadaan sekolah yang dimaksudkan oleh guru terbabit


Kelapamawar tertarik dengan komen seorang guru di Tawau mengenai kenyataan PM Datuk Seri Najib bahawa Sabah bukan negeri miskin. Dalam fcb guru ini yang memakai nama pengenalan Zauhari Hussin mendakwa bahawa kenyataan Najib itu tidak seperti dengan keadaan yang berlaku di Sabah: Keluhan dan pandangan guru terbabit, kelapamawar postkan untuk perkongsian dengan pembaca blog ini.



."..Pm umum sabah lebih kaya dari kelantan. betulkah? mana datanya. Sabah memang banyak hasilnya. petroleum, minyak sawit, getah, balak,dan perlancongan, cuma 5 % sahaja balik ke sabah. Hasil kelantan bolehkah dibandingkan dengan sabah? tapi lihat pada kemudahan dan kenikmatan yang diperoleh rakyatnya. Sekolah, saya pernah bertugas disebuah sekolah yang uzur. bangunannya sebahagian dibuat oleh syarikat pembalakan, tiada cermin tingkap dan lantainya beralun serta reput. setelah saya keluar dari sana 2009 barulah ada bangunan pasang siap. Jalan raya. Di KK oklah sebab bandaraya tapi ada juga sesetengah kawasan jalannya tak sempurna seperti jalan pintas penampang ke inanam. jalan dari kk ke tawau. 


pemimpin sabah mana berani bercerita. jalan keningau tawau lagilah. jalan kampung lagi jangan cerita. kalau di tawauni kawasan yang majoririti kawasan melayu dari hiltop ke memerotai. dahlah banyak yang rosak. kesesakan waktu pagi dan petang mengalahkan kota metropolitan KL. tak pernah dengarpun cadangan atau permintaan dari mana-mana wakil rakyat dan MP kawasanni bawa ke parlimen. Sin onn dah selesai sini bila pula. Perkampungan pula kebanyakkanya telah dimonopoli oleh warganegara baru malaysia yang masuk ke daerahni mulai tahun 1970 hingga sekarang. mereka bebas mendirikan kawasan ppenempatan sehinggakan di sebahagian kawasan strategik. Seri Menanti, kampung belunu, kampung tator, kampung hj ghapur hil top, ice box, batu 2 hingga batu 4, batu 6 hingga batu 7.


 malahan sebahagian dari mereka menikmati bekalan air dan elektrik "percuma".terdapat juga sebahagian besar dari kelompok migrasi ini yang memperolehi tanah yang besar di kunak dan lahad datu. Saya tak mempertikaikan nasib mereka tapi kenapa rakyat lokal sukar mendapat kemmudahan yang sama. takkan satu ekar. satu inci pun susah. adakah fenomena ini berlaku di kelantan? Peluang perniagaan, semasa saya melawat kelantan pada tahun 2001. di tepi jalan penuh dengan gerai. di pasar pula penuh dengan peniaga melayu. saya semapat bertanya tentang kemudahan mendapatkan lesen perniagaan. jawapan sebilangan besar dari mereka mudah dan pantas. di negeriku ini kalau takkda 200 atau 250 payahlah banyak betul karenah. pasar besar, pasar ikan, pasar gantung, tolong senaraikan peniaga bumiputra. susah betul nak jumpa. saya teringat arwah nenekku yang tua membawa' akai-akai' untuk dijual. laju betul diberkas penguatkuasa sedangkan penjual rokok dan sayur yang maoriti warga asing tersenyum lebar dengan rokok dan sayur yang terbentang bebas.


kemudahan air bersih. dari aku di lahirkan sehinggalah aku berhijrah dari kampung, bekalan air bersih susah nak kata. tapi penduduk di kampung haram dapat pula bekalan air bersih. sampai hari ni, orang kampungku terpaksa guna pengepam air untuk dapatkan air. bayangkan kos yang perlu ditanggung, elektrik air dan peralatan lain terpaksa diguna kalau tal terpaksalah angkat air sejauh 2 km. pengangkutan awam seperti teksi, bas dan lori pun turut di kuasai golongan migrasi ini. saya rakyat malaysia tak marah mereka mendapat hak ini kerana mereka juga sebangsa dan seagama denganku iaitu Melayu dan Islam tapi janganlahterkikis dan diabaikan. adakah fenomena ini turut berlaku di kelantan? hak anak watan..."

Lawatan Najib ke Sabah dua hari lepas berakhir dengan mod yang tidak menggembirakan bagi seluruh rakyat di negeri bawah bayu ini.Walaupun Najib telah menyempurnakan pecah tanah projek Ammonia Urea Sabah (SAMUR) di Sipitang yang dalam ucapannya melabelkan projek mega itu sebagai projek berskala dunia, dan kemudiannya menghadiri program Projek Mini Estet Sejahtera (MESEJ) di Lahad Datu yang menyaksikan pengumuman bahawa Sabah bukan lagi negeri miskin, namun semua itu tidak sangat menggembirakan rakyat Sabah kerana yang paling utama ialah dan dinanti-nantikan ialah pengumuman penubuhan Suruhanjaya Diraja atau RCI berkaitan dengan masalah Pendatang Tanpa Izin di negeri yang sinonim dengan 'fixed deposit' BN itu.

Sebelum kedatangan Najib dalam lawatan singkat dua harinya di Sabah itu, pemimpin-pemimpin parti komponen BN Sabah telah mewar-warkan kononnya Najib akan mengumumkan penubuhan RCI itu sebagai jalan penyelesaian kepada beberapa tuntutan pemimpin komponen BN Sabah termasuk UPKO dan PBS yang sebelum ini lantang mempersoalkan tentang kewujudan PATI di negeri ini. Adalah amat malang kedatangan Najib ke Sabah tidak membawa apa-apa berita berkait perkara itu, sebaliknya dengan strategi politik yang dirancang lebih awal, Najib dilihat cuba menyakinkan bahawa Sabah bukan lagi negeri Miskin dan masalah PATI bukan menyebabkan kemiskinan. Mungkin itu yang bermain di benak Najib.Biarkan Sabah dilimpahi oleh PATI, kerana PATI itu yang memberikan kemenangan BN di Sabah.

Najib lupa bahawa isu PATI bukanlah tuntutan politik semata-mata tetapi ia telah menjadi masalah sosial selama hampir 3 dekad di bumi Sabah ini. Najib bukannya tidak hendak menyelesaikan masalah itu, tetapi desakan mahukan kemenangan membuatkan Najib melupakan hak-hak rakyat Sabah yang ingin mengecapi kehidupan tanpa kehadiran PATI yang menimbulkan banyak masalah politik, ekonomi dan sosial di Sabah.

Lim Kit Siang pemimpin DAP dalam blognya juga mempersoalkan tindakan Najib tidak mengumumkan penubuhan RCI semasa lawatannya ke Sabah tempoh hari ;


Sabahans entitled to a clear and unequivocal answer why Najib has not announced the formation of RCI on illegal immigrants in Sabah

I am most disappointed that the Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak has ended his two-day visit to Sabah without making the widely-touted announcement on the formation of a Royal Commission of Inquiry (RCI) on illegal immigrants in Sabah.

Sabahans and Malaysians have been given to understand that the Cabinet had approved the establishment of a RCI on illegal immigrants in Sabah and that Najib would be making the announcement during his Sabah visit this week.

Sabahans and Malaysians are entitled to know why Najib has failed “deliver” on this issue during his Sabah trip and whether the claim of certain Sabah Ministers that the Cabinet had made a final decision on the establishment of a RCI on illegal immigrants in Sabah is mere “hot air” without any basis grounded on facts or whether this is another example of the Cabinet being subordinate and subservient to the dictates of UMNO hegemony?

For more than three decades, I have personally been raising the issue of illegal immigrants in Sabah, creating political, economic, social and security problems for Sabahans and making them feel that they have become foreigners in their own homeland because they have been outnumbered by the unchecked influx of illegal immigrants.

Immediately after the 2008 general elections, I had sought to move a motion in the first meeting of the new Parliament to fulfil the three-decade dream of Sabahans for a RCI on illegal immigrants but this effort was thwarted by the refusal of Sabah Barisan Nasional MPs to support the RCI motion.

I had thought that at last there would be a RCI into illegal immigrants both in Sabah and throughout Malaysia but this has proved to be premature.

Sabahans are entitled to a clear and unequivocal answer from Najib whether there is going to be a RCI on illegal immigrants in Sabah and Malaysia, its full term of reference, the composition and most important of all, the time line particularly on whether there would be time for the RCI not only to submit its report and recommendations but also for their implementation before the next general elections.


Kenyataan Najib bahawa Sabah bukan lagi negeri miskin dianggap sangat-sangat mengelirukan. Bagi pembangkang di Sabah terutamanya PAS menyifatkan  kenyataan yang dibuat oleh Najib di Lahad Datu itu adalah satu 'pembohongan' berunsur untuk meraih undi. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan Pemuda PAS sabah, sdr Mohd.Julpikar Mijan yang diterbitkan dalam Harakah Daily menyebut Najib juga dikatakan akan mengumumkan penubuhan RCI di Sabah dalam lawatannya itu tetapi ia hanyalah satu penipuan kepada rakyat Sabah kerana sehingga Najib pulang ke Kuala Lumpur, pengumuman yang dinanti oleh rakyat Sabah itu tidak berlaku.

“Sejak sebelum kedatangan Najib ke Sabah, kita difahamkan beliau akan membuat pengumuman mengenai RCI. Kecoh sana-sini, terpampang menteri-menteri Umno bagi tau Najib nak umum RCI. Rakyat tunggu. Sampai dah balik ke Kuala Lumpur, langsung tak ada disebut pasal RCI. Ini penipu,” ujarnya.


Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah : Sdr Julpikar Abd Mijan




KOTA KINABALU, 18 Feb: Rakyat Sabah diperingatkan agar tidak termakan dengan pujian menggunung Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd. Razak berkenaan negeri Sabah yang tidak lagi merupakan negeri yang miskin.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah, Mohd Julpikar Abd. Mijan (gambar) dalam kenyataannya turut mengakui bahawa Sabah merupakan negeri yang terkaya dengan hasil bumi yang banyak.

Namun begitu, ujarnya rakyat perlu sedar bahawa sekadar negeri kaya tidak membawa apa-apa perubahan sekiranya tidak membawa apa-apa manfaat dan hasil untuk diberikan kepada rakyat.

“Kita (PAS) akui bahawa Sabah ini negeri yang kaya. Itu betul. Najib cakap betul. Jangan tengok negeri. Tengok rakyatnya. Kalau datang sekadar dua tiga hari. Melihat dari udara menggunakan helikopter, sudah cakap negeri ini kaya,” ujarnya.

Najib, yang dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Sabah mendakwa perubahan besar dalam lanskap pembangunan dan ekonomi sejak 1963, menjadikan Sabah bukan lagi negeri termiskin malah berpotensi untuk maju ke hadapan.

Menurut Julpikar lagi, Najib tidak perlu untuk berasa gusar sekiranya berkata dengan kebenaran dan fakta kerana itu telah meyakinkan rakyat Sabah tetapi, amalan berbohong dan mendustakan kebenaran menyebabkan rakyat semakin celaru dan bingung dengan pemimpin Umno.

“Tak payah nak berbohong dengan orang Sabah. Sudah-sudahlah berbohong dan menipu rakyat. Takkan dah jadi Perdana Menteri pun sanggup berdusta dengan kebenaran," jelas Julpikar.

Sebaliknya kata Julpikar, Najib dan rombongan Umno seharusnya menilai dengan baik dan teliti dengan melihat permasalahan yang dialami rakyat Sabah.

Menurutnya, masih wujud di mana rakyat di pinggir bandar Kota Kinabalu diapit dengan bangunan pencakar langit tetapi kehidupan rakyat masih seperti di era penjajahan.

“Parlimen Sepanggar, di sana rakyatnya masih lagi menagih janji-janji wakil rakyatnya yang lamanya lima tahun lalu. Setiap kali masuk kampung, Yang Berhormat janji buat itu buat ini... keluar kampung, hilang semua janji yang ada.

“Ini perangai wakil rakyat Umno yang seperti kebudak-budakkan. Janji lima tahun lalu belum lagi tertunai, masuk tahun ini... berjanji lagi... nak pilihanraya nanti, lagi banyak janjinya," ujar Julpikar dalam nada kecewa.

Katanya, perlu dijelaskan kepada rakyat bahawa, bandingan antara Kelantan dan Sabah adalah terlalu jauh.

Mengikut statistik, hak royalti minyak berjumlah RM2 billion kepada Kelantan turut gagal dipatuhi oleh kerajaan dan Petronas selain meninggalkan hutang berjumlah RM720 juta yang kini terpaksa ditanggung kerajaan PAS sejak tahun 1990.

“Sejak sebelum kedatangan Najib ke Sabah, kita difahamkan beliau akan membuat pengumuman mengenai RCI. Kecoh sana-sini, terpampang menteri-menteri Umno bagi tau Najib nak umum RCI. Rakyat tunggu. Sampai dah balik ke Kuala Lumpur, langsung tak ada disebut pasal RCI. Ini penipu,” ujarnya.

Katanya, rakyat sekarang sudah celik maklumat dan tidak mudah tertipu dengan mainan politik Umno yang songsang.

“Kita (PAS) tahu, rakyat celik dan faham. Rata-rata rakyat dari kecil hingga dewasa sudah mengenali Facebook, blog dan perisian-perisian tertentu,” katanya.

Pemuda PAS, ujarnya turut bersedia untuk berdebat dengan mana-mana pemimpin Umno berkaitan keadaan Sabah dan rakyat Sabah yang dihimpit kemiskinan.

“Kita (PAS) bersedia menyahut cabaran. Mana-mana pemimpin Umno yang pandai cakap besar untuk kita berbahas dan membicarakan isu ini di hadapan rakyat.

“Sama ada pemimpin pusat mahupun pemimpin negeri hatta Perdana Menteri sekalipun. Kalau Najib mengelak untuk berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, berdebatlah dengan Pemuda PAS Sabah,” kata Julpikar.

Friday, February 17, 2012

PM Datuk Seri Najib Razak ketika menyampaikan ucapannya dalam satu majlis di Lahad Datu semalam menfiatkan Sabah bukan lagi sebuah negeri yang miskin. Menurut Najib Sabah telah mengalami pembangunan  hasil usaha  dan perjuangan BN. Kenyataan itu dilihat oleh kebanyakkan pihak sebagai mengelirukan dan beragenda kerana daripada laporan Bank Dunia,menyatakan bahawa Sabah adalah negeri termiskin di Malaysia.


LAHAD DATU: Sabah sudah berganjak daripada status negeri termiskin di Malaysia susulan pelbagai pembangunan dibawa kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri berkata, perangkaan purata pendapatan perkapita mendapati Sabah kini berada di tengah-tengah negeri terkaya dan termiskin, manakala negeri paling miskin ialah Kelantan.


“Ketika Sabah bersama membentuk Malaysia pada 1963, kemiskinan memang wujud di merata tempat dan mungkin ketika itu lebih 70 peratus rakyat negeri ini miskin dan daif. Selepas sekian lama merdeka, Sabah membangun hasil perjuangan BN dan berpotensi besar untuk terus maju.

“Saya beri jaminan kerajaan tidak akan berhenti melaksanakan agenda transformasi pembangunan lebih besar ke negeri ini dan berusaha memastikan miskin tegar dapat disifarkan di Sabah,” katanya berucap melancarkan projek Mini Estet Sejahtera (MESEJ) di Kampung Nala, Tungku, di sini semalam.

Hadir sama Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan. MESEJ Akuakultur Nala dilaksanakan berdasarkan pembangunan insitu dan tanah baru pengkulturan rumpai laut serta penternakan ikan baulu (chanos-chanos).

Projek itu juga membabitkan pembinaan 150 rumah menempatkan kira-kira 70 peserta sejak 17 November tahun lalu.

Najib berkata, bilangan rakyat dikategori miskin di Sabah menurun kepada 7,000 berbanding 30,000 satu ketika dulu dan pencapaian itu hasil usaha berterusan kerajaan negeri serta pelbagai agensi Persekutuan seperti FELDA selain Kementerian Kemajuan Wilayah dan Luar Bandar.

“Walaupun masih ada yang miskin, kejayaan kerajaan BN dalam menangani masalah kemiskinan di Sabah adalah hebat dan besar.

“Cuba tengok Kampung Nala ini, nilai setiap rumah berharga RM45,000 seunit, belum termasuk kos elektrik dan bekalan air. Jika dicampur, ia bermakna kita memberi RM60,000 kepada penduduk Kampung Nala tanpa meminta bayaran satu sen pun. Percayalah, tiada kerajaan di dunia mempunyai program seperti ini melainkan BN,” katanya.

Najib berkata, FELDA memberi sumbangan RM22 juta untuk menjayakan projek MESEJ di Nala dan tiap-tiap tahun agensi itu memperuntukkan RM50 juta kepada kerajaan negeri untuk menjaga nasib rakyat Sabah.

Perdana Menteri berkata, Kementerian Kemajuan Wilayah dan Luar Bandar juga akan menyalurkan elektrik luar bandar membabitkan 15,455 rumah tahun ini, manakala 68,092 rumah bakal menikmati bekalan air, selain 454.8 kilometer jalan akan dibina di Sabah.


ADUN Luyang yang juga ketua wanita SAPP Melanie Chia menempelak MP Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan berkaitan kenyataan Setiausaha Bn Sabah itu mengenai isu kenaikan royalti minyak kepada Sabah. Kenyataan Rahman Dahlan sebelum ini meragui janji PKR di Sabah akan menaikkan royalti minyak sehingga 20% selian Dr Jeffry Kitingan yang menawarkan kenaikan sehingga 50%.

"...Kebimbangan saya ialah, walaupun Anwar mahu menaikkan royalti minyak, tiada jaminan peruntukan Sabah tidak akan dikurangkan, baik menerusi Belanjawan 2013 mahu pun RMKe-11 nanti..." kata Rahman dalam blognya.

Melanie Chia dalam satu kenyataannya menyifatkan kenyataan Rahman itu sebagai tidak berasas sama sekali. 

Katanya, para pemimpin BN Sabah tidak seharusnya mengelirukan rakyat dengan andaian tambahan kepada sesuatu itu akan membawa kepada pengurangan kepada tabung lain.

"Kita berhak dan layak untuk menerima kedua-duanya, " tegas beliau.

Chia, yang juga Adun Luyang berkata, tabung pembangunan daripada kerajaan Persekutuan untuk pembangunan di Sabah sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sabah, katanya, harus menerima bahagian seadilnya daripada tabung pembangunan ini sejak penubuhan Malaysia pada 1963. 



KOTA KINABALU: Parti Maju Sabah (SAPP) pada Selasa berkata, agak melucukan apabila Barisan Nasional (BN) Sabah gagal memahami apa itu royalti minyak.

Ketua Wanitanya, Melanie Chia berkata, BN Sabah sepatutnya menyokong gesaan supaya royalti minyak bagi Sabah dinaikkan tetapi sebaliknya ia terus mengelirukan rakyat dengan membandingkan royalti minyak itu dengan tabung pembangunan daripada Kerajaan persekutuan.

Katanya, Sabah berhak untuk mendapat lebih banyak daripada apa yang diambil dari Sabah maka meminta kenaikan royalti minyak itu bukanlah sesuatu yang luar biasa.

Malah, katanya, langkah itu sepatutnya diambil oleh kerajaan negeri sendiri.

"Apa gunanya menjadi negeri deposit tetap sekiranya kamu tidak tahu bagaimana hendak memperkukuhkan lagi deposit tetap itu?

"Lagipun sudah lebih 35 tahun sejak Sabah menandatangani perjanjian minyak itu," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam soal itu, katanya, kenyataan setiausaha Barisan Nasional yang juga MP Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang Sabah akan mengalami nasib lebih buruk sekiranya kenaikan kepada royalti minyak itu akan membawa kepada pengurangan dalam peruntukan Persekutuan untuk pembangunan adalah tidak berasas sama sekali.

Katanya, para pemimpin BN Sabah tidak seharusnya mengelirukan rakyat dengan andaian tambahan kepada sesuatu itu akan membawa kepada pengurangan kepada tabung lain.

"Kita berhak dan layak untuk menerima kedua-duanya, " tegas beliau.

Chia, yang juga Adun Luyang berkata, tabung pembangunan daripada kerajaan Persekutuan untuk pembangunan di Sabah sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sabah, katanya, harus menerima bahagian seadilnya daripada tabung pembangunan ini sejak penubuhan Malaysia pada 1963.

Beliau berkata, hanya sejak bebetapa tahun kebelakangan ini Sabah mendapat lebih perhatian dan bahagian peruntukan yang lebih daripada kerajaan Persekutuan untuk pembangunan.

Sabah, katanya, hanya menerima lima peratus royalti minyak daripada perjanjian yang ditandatangani dengan Petronas pada 1976.

Syarikat minyak nasional yang ditubuhkan pada 1974 itu, katanya, diberikan pemilikan dan kawalan keseluruhan sumber keseluruhan di Malaysia. 

“Setelah diberi keseluruhan sumber minyak dan gas itu, Petronas membayar royalti lima peratus kepada kerajaan Negeri Sabah dan begitu juga Kerajaan Persekutuan turut menerima royalti minyak lima peratus selain semua cukai lain yang dikutipnya daripada industri minyak dan gas," katanya.

Dengan itu, Chia berkata, Sabah harus berhenti daripada menghambakan dirinya dengan harapan untuk mendapatkan peruntukan Persekutuan, yang sudah sememangnya diperoleh seperti yang temaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
17 Feb 2012: Kg Nala, Tungku, Lahad Datu: YAB Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak merasmikan Mini Estet Sejahtera (MESEJ) di Tungku pagi tadi, diiringi oleh YAB Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman serta disaksikan 5,000 penduduk Tungku juga warga FELDA Sahabat.


Musa Aman dalam ucapannya mengingatkan rakyat Sabah bahawa kesinambungan kerajaan BN di sabah adalah perlu supaya perancangan pembangunan dapat diteruskan. Semalam media melaporkan Najib mengadakan perjumpaan dengan kesemua pemimpin BN Sabah.DSalam ucapannya Najib mengingatkan betapa petingnya kesetiaan kepada Parti sebagai langkah dan pemangkin kemenangan pada PRU 13 nanti.

MESEJ di Kg Nala ini ialah salah satu lagi projek gabungan di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah.

MESEJ adalah program pembasmian kemiskinan Kerajaan Negeri yg menyediakan tapak dan pengurusan projek, manakala FELDA (sebuah agensi Kerajaan Persekutuan) menyediakan dana.

Seramai 150 keluarga miskin tegar dipilih dengan disediakan unit rumah percuma berharga RM42 ribu sebuah dan dilibatkan dengan projek sosio-ekonomi akuakultur.

Sementara itu timbalan Setiausaha Agung SAPP merangkap Pengerusi CLC Tungku Datu Shuaib Datu Mutalib meminta kerajaan Barisan Nasional supaya Felda dikembalikan kepada tujuan asal penubuhannya iaitu tanah-tanah yang dibangunkan oleh Felda dengan tanaman kelapa sawit di Felda Sahabat, Tungku diberikan hak milik kepada peneroka yang telah menjadi peneroka di Sahabat Tungku.

Perkara ini telah dipersetujui di antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan supaya rakyat di Tungku yang tidak mempunyai tanah dan miskin diberi peluang untuk menjadi peneroka dan diberikan geran selepas 15 tahun atau 20 tahun menjadi peneroka dikawasan tersebut.

Tujuan tersebut tidak menjadi kenyataan seperti mana tujuan asalnya, malah Kerajaan Persekutuan tidak menunaikan perjanjian tersebut, tetapi telah menyerahkan Felda kepada sebuah anak syarikatnya Felda Holdings untuk disenaraikan di papan utama Bursa Saham Malaysia.

“Siapakah yang mendapat keuntungan dalam jual beli saham yang didagangkan?" tanya Datu Shuaib.

“Kalau dilihat kepada keluasan Felda Sahabat di Tungku iaitu 119,000 hektar dan hanya mempunyai 886 peneroka dengan 6.7 hektar setiap peneroka, dimanakah lebih kurang 110,000 hektar itu disalurkan?

“Malah pada Jun 2011, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan menyatakan Felda tidak berhasrat untuk mengambil peneroka yang baru. Oleh ini milik siapakah selebihnya 110,000 hektar, yang tidak diberikan kepada peneroka yang baru?”

Beliau turut mempersoalkan pinjaman yang dibuat oleh Felda sebanyak RM 5 billion daripada EPF, kemudiannya disenaraikan oleh anak Syarikat Felda iaitu Felda Global Venture Holding (FGVH) di Bursa Saham, papan utama Malaysia.

“Parti Maju Sabah (SAPP) dalam dasar Reformasi Tanah yang dilancarkan baru-baru ini, telah menekankan perlunya generasi kedua Felda diberikan keutamaan sebagai peneroka generasi baru dan SAPP membantah sekeras-kerasnya langkah dan dasar yang dilaksanakan oleh Kerajaan BN terhadap Perkara ini.

Thursday, February 16, 2012

Pemimpin muda Sabah dari parti UMNO yang begitu 'lantang' mengkritik dasar-dasar PR di Sabah, termasuk janji-janji yang termaktub di dalam Buku Jingga. Ahli Parlimen Kota Belud, YB Datuk Rahman Dahlan yang sebelum ini mempersoalkan isu Borneosasi yang cuba diperjuangkan oleh segelintir politikus Sabah, kerana menurut mantan setiausaha Pemuda UMNO Malaysia itu, Isu Borneosasi sebenarnya telah selesai apabila beberapa jawatan dalam jabatan kerajaan di sabah telahpun disi oleh orang Sabah yang berkelayakan.

Tidak cukup dengan itu, Rahman Dahlan dalam blognya mempertikaikan hasrat Anwar yang ingin menaikkan royalti minyak dari 5% kepada 20% apabila PR berjaya membentuk kerajaan selepas PRU13 kelak. MP Kota Belud itu berkata bahawa Anwar perlu secara jujur memberikan 'jaminan' bahawa peruntukkan ke atas Sabah tidak aka dikurangkan apabila royalti dinaikkan kepada 20%.

"Saya mengingatkan pembangkang bahawa Sabah menerima peruntukan terbesar Kerajaan Pusat menerusi Rancangan Malaysia dan Belanjawan tahunan secara konsisten. Sebagai contoh, Sabah menerima RM20.3 bilion sepanjang pelaksanaan RMKe-9 daripada peruntukan keseluruhan RM230 bilion, selain mendapat RM10.7 bilion daripada RM98.5 bilion menerusi Pelan Pusingan Pertama RMKe-10. Kedua-duanya adalah peratusan tinggi buat Sabah."

Kebimbangan saya ialah, walaupun Anwar mahu menaikkan royalti minyak, tiada jaminan peruntukan Sabah tidak akan dikurangkan, baik menerusi Belanjawan 2013 mahu pun RMKe-11 nanti.

Jika itu keadaannya, dana Sabah tidak akan berubah atau berkemungkinan menjadi lebih teruk jika Anwar mengurangkan peruntukan tahunan Kerajaan Pusat kepada Sabah! Sebab itulah saya meminta jaminan tetapi tiada seorang pun Ahli Parlimen pembangkang bangun untuk menjawab persoalan yang saya bangkitkan."


Kenyataan Penuh Rahman Dahlan:

Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor akan menaikkan royalti minyak Sabah daripada 5% kepada 20%.



Enggan mengalah, pemimpin pembangkang lain seperti Datuk Dr Jeffrey Kitingan pula menjanjikan 50%. Bagaimanapun, untuk menzahirkannya, Dr Jeffrey perlu bergantung kepada sokongan Anwar jika dan apabila beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Sebagai Ahli Parlimen dari Sabah, saya tidak mempunyai alasan untuk menolak cadangan itu kerana Anwar mahu memberi lebih banyak dana buat Sabah. Tetapi benarkah begitu?

Malangnya, saya menyedari betapa tidak telusnya Datuk Seri Anwar dengan cadangan menambah royalti minyak untuk Sabah.

Ketika persidangan Dewan Rakyat tahun lalu, saya bertanya jika Anwar menambah royalti minyak Sabah kepada 20%, apakah beliau boleh menjamin untuk tidak mengurangkan peratusan peruntukan kepada Sabah menerusi Belanjawan 2013 atau Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) jika pembangkang menawan Putrajaya?

Saya mengingatkan pembangkang bahawa Sabah menerima peruntukan terbesar Kerajaan Pusat menerusi Rancangan Malaysia dan Belanjawan tahunan secara konsisten. Sebagai contoh, Sabah menerima RM20.3 bilion sepanjang pelaksanaan RMKe-9 daripada peruntukan keseluruhan RM230 bilion, selain mendapat RM10.7 bilion daripada RM98.5 bilion menerusi Pelan Pusingan Pertama RMKe-10. Kedua-duanya adalah peratusan tinggi buat Sabah.

Kebimbangan saya ialah, walaupun Anwar mahu menaikkan royalti minyak, tiada jaminan peruntukan Sabah tidak akan dikurangkan, baik menerusi Belanjawan 2013 mahu pun RMKe-11 nanti.

Jika itu keadaannya, dana Sabah tidak akan berubah atau berkemungkinan menjadi lebih teruk jika Anwar mengurangkan peruntukan tahunan Kerajaan Pusat kepada Sabah! Sebab itulah saya meminta jaminan tetapi tiada seorang pun Ahli Parlimen pembangkang bangun untuk menjawab persoalan yang saya bangkitkan.

Untuk makluman, kenaikan royalti bagi Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan dianggar berjumlah melebihi RM10 bilion setahun (harus diingat Sarawak dan Terengganu menghasilkan lebih banyak minyak berbanding Sabah).

Anwar menyedari hakikat bahawa tambahan lebih RM10 bilion yang akan diberi kepada empat negeri pengeluar minyak ini bermakna RM10 bilion perlu diambil daripada peruntukan kerajaan pusat kepada negeri yang tidak menghasilkan minyak di Semenanjung.

Saya tidak fikir Anwar berani memberitahu rakyat negeri berkenaan: "Maaf, saya terpaksa mengurangkan peruntukan anda kerana perlu memberi lebih RM10 bilion kepada Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah!”. Sudah tentu, rakyat di negeri tersebut akan menolaknya. Saya jangkakan Anwar tidak boleh menerima kenyataan itu kerana beliau sangat memerlukan undi mereka untuk menawan Putrajaya.

Besar kemungkinan Sabah akan menikmati royalti minyak lebih besar tetapi di akhirnya, ia juga mungkin mendapat peruntukan lebih sedikit daripada Kerajaan Pusat di bawah pemerintahan Anwar sebagai Perdana Menteri. Perlu diingat bahawa Anwar sebagai Perdana Menteri mempunyai kuasa mutlak menentukan berapa dan siapa yang akan dapat lebih atau kurang peruntukan Kerajaan Pusat.

Setakat ini, beliau belum memberi jaminan ia tidak akan berlaku ke atas Sabah.

Anda dan saya tahu bahawa setiap ringgit yang diberi kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan mesti ada puncanya kerana duit tidak akan jatuh dari langit.

Untuk itu, beberapa negeri mesti mengorbankan bahagian mereka dalam Belanjawan Pusat. Malah, saya jangkakan sesetengah projek di Semenanjung terpaksa dibatalkan. Soalnya siapa dan apa yang perlu dikorbankan?

Atau ada juga kemungkinan Anwar akan mengurangkan perbelanjaan dalam aspek keselamatan, kesihatan, pendidikan, infrastuktur, kemudahan awal, sosial di seluruh negara berikutan perlu membelanjakan lebih untuk royalti minyak.

Anwar mesti menjawab semua persoalan rumit ini supaya difahami dan dapat meyakinkan rakyat.

Harus juga diingat, Anwar mahu mengekalkan subsidi, enggan menaikkan cukai, menentang peningkatan hutang kerajaan dan sekarang ini bercadang mahu menambah royalti. Jadi bagaimana beliau mahu melakukan semua ini dari segi keupayaan kewangan?

Lagipun, rakyat Sabah masih mengingati bagaimana Anwar tegas menolak permohonan demi permohonan Parti Bersatu Sabah (PBS) untuk menambah royalti minyak ketika menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri. Apakah kini beliau bersedia untuk meminta maaf atas "kesilapan" itu?

Pakatan Rakyat turut menegaskan "penjimatan" atau "kutipan" berjumlah berbilion ringgit hasil usaha pembasmian rasuah dan rundingan semula perjanjian berat sebelah akan digunakan bagi membiayai pertambahan royalti.

Sebagai Ahli Jawatankuasa Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), saya harap mereka berjaya. Sebarang usaha membasmi rasuah mesti disokong dan digalakkan. Saya juga yakin rakyat Sabah berkongsi pandangan itu.

Bagaimanapun, kebimbangan saya bukan berpusat terhadap usaha membasmi rasuah. Ia lebih kepada rasional di sebalik hasrat Anwar untuk menjadikan "penjimatan daripada pembasmian kemiskinan dan rundingan semula perjanjian berat sebelah" sebagai sebahagian daripada unjuran pendapatan kerajaan pimpinannya.

Persoalannya ialah dapatkah Anwar membayangkan jumlah penjimatan tahunan hasil usaha anti-rasuah? Bolehkah beliau membuat anggaran perolehan sedemikian dengan tepat? Apakah wajar untuk menggunakan angka berkenaan bagi merangka Belanjawan Pusat?

Bolehkan Datuk Seri Anwar memaksa syarikat Penjana Tenaga Bebas (IPP) dan pemegang konsesi tol lebuhraya untuk merunding semula perjanjian sedia ada sebaik Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri? Atau mungkinkah beliau berdepan tentangan berpanjangan dan terus-menerus dari syarikat-syarikat berkenaan yang mungkin mengambil masa bertahun-tahun untuk diselesaikan?

Jika ya, apakah anggaran perolehan Belanjawan akan berkurangan, sekali gus menjejaskan rancangan perbelanjaan termasuk menambah peratusan royalti?

Sejujurnya, saya tidak pernah lihat mana-mana kerajaan di dunia ini menggunakan anggaran "penjimatan daripada rasuah" sebagai asas penyediaan Belanjawan. Pendekatan itu sangat tidak bertanggungjawab manakala Belanjawan pula akan menjadi huru-hara.

Sepatutnya sebarang "penjimatan" berkaitan usaha membasmi rasuah perlu dilihat sebagai perolehan "bonus", dan tidak sepatutnya dimasukkan dalam unjuran pendapatan belanjawan kerajaan. Justeru, sudah pasti wujud kebimbangan apabila Datuk Seri Anwar mengatakan akan membiayai pertambahan royalti daripada "penjimatan pembasmian rasuah".

Pada pendapat saya, Anwar mempunyai dua pilihan. Yang pertama, beliau akan mengurangkan peruntukan bagi negeri bukan pengeluar minyak (Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Perlis dan Wilayah Persekutuan).

Pilihan kedua, beliau memotong peruntukan sektor kritikal seperti pendidikan, infrastruktur luar bandar, kesihatan dan keselamatan di seluruh negara.

Apa pun pilihan Anwar, negeri bukan pengeluar minyak dan rakyat Malaysia secara amnya, perlu mdiberitahu oleh beliau mengenai keadaan sebenar. Saya kira, persidangan Dewan Rakyat bulan depan adalah medan terbaik untuk beliau membuat penjelasan kepada seluruh negara. Jika beliau gagal menyentuh perkara itu, saya sendiri akan melontarkan persoalan ini terus kepadanya.

Sesungguhnya, saya tidak mahu orang Sabah terjebak hanya kerana Anwar menjanjikan bulan dan bintang.