ADUN Luyang yang juga ketua wanita SAPP Melanie Chia menempelak MP Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan berkaitan kenyataan Setiausaha Bn Sabah itu mengenai isu kenaikan royalti minyak kepada Sabah. Kenyataan Rahman Dahlan sebelum ini meragui janji PKR di Sabah akan menaikkan royalti minyak sehingga 20% selian Dr Jeffry Kitingan yang menawarkan kenaikan sehingga 50%.
"...Kebimbangan saya ialah, walaupun Anwar mahu menaikkan royalti minyak, tiada jaminan peruntukan Sabah tidak akan dikurangkan, baik menerusi Belanjawan 2013 mahu pun RMKe-11 nanti..." kata Rahman dalam blognya.
Melanie Chia dalam satu kenyataannya menyifatkan kenyataan Rahman itu sebagai tidak berasas sama sekali.
Katanya, para pemimpin BN Sabah tidak seharusnya mengelirukan rakyat dengan andaian tambahan kepada sesuatu itu akan membawa kepada pengurangan kepada tabung lain.
"Kita berhak dan layak untuk menerima kedua-duanya, " tegas beliau.
Chia, yang juga Adun Luyang berkata, tabung pembangunan daripada kerajaan Persekutuan untuk pembangunan di Sabah sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Sabah, katanya, harus menerima bahagian seadilnya daripada tabung pembangunan ini sejak penubuhan Malaysia pada 1963.
KOTA KINABALU: Parti Maju Sabah (SAPP) pada Selasa berkata, agak melucukan apabila Barisan Nasional (BN) Sabah gagal memahami apa itu royalti minyak.
Ketua Wanitanya, Melanie Chia berkata, BN Sabah sepatutnya menyokong gesaan supaya royalti minyak bagi Sabah dinaikkan tetapi sebaliknya ia terus mengelirukan rakyat dengan membandingkan royalti minyak itu dengan tabung pembangunan daripada Kerajaan persekutuan.
Katanya, Sabah berhak untuk mendapat lebih banyak daripada apa yang diambil dari Sabah maka meminta kenaikan royalti minyak itu bukanlah sesuatu yang luar biasa.
Malah, katanya, langkah itu sepatutnya diambil oleh kerajaan negeri sendiri.
"Apa gunanya menjadi negeri deposit tetap sekiranya kamu tidak tahu bagaimana hendak memperkukuhkan lagi deposit tetap itu?
"Lagipun sudah lebih 35 tahun sejak Sabah menandatangani perjanjian minyak itu," katanya dalam satu kenyataan.
Dalam soal itu, katanya, kenyataan setiausaha Barisan Nasional yang juga MP Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang Sabah akan mengalami nasib lebih buruk sekiranya kenaikan kepada royalti minyak itu akan membawa kepada pengurangan dalam peruntukan Persekutuan untuk pembangunan adalah tidak berasas sama sekali.
Katanya, para pemimpin BN Sabah tidak seharusnya mengelirukan rakyat dengan andaian tambahan kepada sesuatu itu akan membawa kepada pengurangan kepada tabung lain.
"Kita berhak dan layak untuk menerima kedua-duanya, " tegas beliau.
Chia, yang juga Adun Luyang berkata, tabung pembangunan daripada kerajaan Persekutuan untuk pembangunan di Sabah sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Sabah, katanya, harus menerima bahagian seadilnya daripada tabung pembangunan ini sejak penubuhan Malaysia pada 1963.
Beliau berkata, hanya sejak bebetapa tahun kebelakangan ini Sabah mendapat lebih perhatian dan bahagian peruntukan yang lebih daripada kerajaan Persekutuan untuk pembangunan.
Sabah, katanya, hanya menerima lima peratus royalti minyak daripada perjanjian yang ditandatangani dengan Petronas pada 1976.
Syarikat minyak nasional yang ditubuhkan pada 1974 itu, katanya, diberikan pemilikan dan kawalan keseluruhan sumber keseluruhan di Malaysia.
“Setelah diberi keseluruhan sumber minyak dan gas itu, Petronas membayar royalti lima peratus kepada kerajaan Negeri Sabah dan begitu juga Kerajaan Persekutuan turut menerima royalti minyak lima peratus selain semua cukai lain yang dikutipnya daripada industri minyak dan gas," katanya.
Dengan itu, Chia berkata, Sabah harus berhenti daripada menghambakan dirinya dengan harapan untuk mendapatkan peruntukan Persekutuan, yang sudah sememangnya diperoleh seperti yang temaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
19 ulasan :
Royalti minyak dan peruntukan kerajaan sama-sama penting dan Sabah berhak mendapat kedua-duanya.
Datuk Rahman menujukan persoalannya kepada Datuk Anwar Ibrahim, kenapa orang lain pula yang menjawab pula?
Penambahan royalti minyak drp 5% kpd 20% oleh pihak PKR dan Anwar itu merupakan suatu kerja atau perjanjian yg belum lagi direalsasikan. Ini juga hanyalah janji semata-mata yg mungkin dapat ditunaikan atau disebaliknya. Begitulah juga dengan andaian atau ramalan yang telah dibuat oleh YB Abdul Rahman Dahlan tentang tidak mustahil bagi pihak PKR atau Anwar untuk mengurangkan peruntukan persekutuan yang kini dianggap memadai dan amat mencukupi untuk dilaksanakan oleh BN untuk negeri Sabah. Tambahan royalti minyak adalah retorik parti pembangkang khususnya Anwar, manakala isu yang ditimbulkan oleh MP Kota Belud itupun merupakan suatu ramalan atau visi seorang pemimpin terhadap janji-janji PKR dan Anwar yang kita belum pasti lagi sama benar-benar akan direalisasikan atau hanya janji kosong digunakan untuk memancing undi rakyat Sabah. Rakyat Sabah tidak akan terpedaya dengan janji-janji kosong PKR dan Anwar sebagai mana parti SAPP kini amat mengharapkan dan sudah terpedaya dengan PKR dan Anwar untuk melaksanakan impian royalti minyak ini. SAPP itu anti BN, begitulah juga dengan konco-konconya dari PR.
U R All Nothing To BN & Also Nothing 2 All Rakyat Sabah.
Tak kisahlah berapa peratus pun royalti dinaikkan; yang penting pastikan peratusan itu dicapai.
Jadi daripada asyik tembak menembak sesama pemimpin, bukankah lebih baik jika masa yang ada digunakan utk cari jalan merealisasikan harapan rakyat:P)
Tapi saya setuju dengan Anak Sabah, "Datuk Rahman menujukan persoalannya kepada Datuk Anwar Ibrahim, kenapa orang lain pula yang menjawab pula?"
Itu maksudnya mahu tumpang glamour:P hahhaa
Soal jaminan itu, saya harap rakyat tepuk dada tanya selera dulu sebelum mempercayai sepenuhnya harapan yang diberi.
Apapun, kita nantikan sajalah perkembangannya nanti.
apa yang dipersoalkan oleh Rahman dahlan harus dijawab. ia ada asas.
Adun Luyang dah jadi wakil Anwar rupanya..
Memang kita layak dan sepatutnya dapat kedua-duanya, pertambahan royalti minyak dan peruntukan kerajaan pusat. Tetapi persoalan yang ditimbulkan oleh DARD ada asasnya juga.1806- anyb
Bila tibanya musim p/raya, banyak parti yang akan menjanjikan itu ini. Semua tu indah khabar dari rupa saja. Tukarlah kerajaan berapa banyak kali pun tetapi jika mentaliti dan sikap mereka sama saja, tiada apa yang akan berubah. Mereka saja yang makin kaya.
Pastikah akan tidak ada pengurangan berlaku selepas royalti dinaikan. Mungkin cakap boleh tapi laksananya mungkin terfikir semula.
ADUN Luyang yang juga ketua wanita SAPP Melanie Chia menyokong Anwar nampaknya. Ada apa-apakah dengan Anwar?? Kita tunggu saja nanti adakah rakyat menerima semua itu atau tidak.
pelik juga.. kenapa SAPP yang buat kenyataan balas? kenapa bukan Anwar?
kadar royalti yang dituntut oleh pembangkang hanya dapat dibuat jika mereka sudah mengambil alih Putrajaya. namun, perlu difikir adakah janji yang mereka buat ini dapat direalisasikan dengan keupayaan yang mereka ada? jangan berjanji bulan dan bintang jika tidak dapat menunaikannya.
SAPP dan PKR merupakan 'sahabat'. jadi, tidak hairan kalau Melanie yang membuat kenyataan balas bagi pihak Anwar.
sudah menjadi kebiasaan, pembangkang hanya tahu berjanji saja.
lebih baik selesaikan masalah oil royalti ini dengan win2 situation.
Post a Comment