Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad mendakwa wujud budaya mempolitikkan isu rasuah semata-mata untuk mencapai matlamat di negara ini. Dakwa beliau, budaya itu sampai ke tahap menawarkan undi mereka untuk dijual kepada pembida tertinggi dalam menunaikan hasrat peribadi tanpa memikirkan kesan jangka panjang.
“Oleh itu semua pihak perlu menyokong segala usaha membanteras rasuah dan tidak mempergunakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk kepentingan agenda masing-masing,” dakwanya.
Beliau membuat dakwaan itu pada syarahan perdana bertajuk Integrity, You Know It, But Do You Have It? di Universiti Tenaga Nasional, Bangi semalam. Dakwaan itu disiarkan melalui satu kenyataan yang dikeluarkan SPRM hari ini.
Justeru, Tun Hamid (gambar) dilapor mengingatkan masyarakat supaya tidak memperdagangkan undi masing-masing serta tidak mempolitikkan isu rasuah.
Menurut beliau, isu rasuah memerlukan keazaman politik bukan sahaja di pihak memerintah sebaliknya semua pihak yang berkecimpung dalam politik di negara ini.
Dalam pada itu, katanya, beliau yang pernah menjadi Pengerusi Lembaga Penasihat Dan Pencegahan Rasuah (LPPR) pernah melihat kekecewaan pegawai SPRM yang menjalankan tugas dengan tekun dan amanah.
Jelas beliau, pegawai SPRM sepatutnya mendapat sokongan penuh dan masyarakat perlu sedar pegawai pegawai SPRM melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan integriti tanpa memilih bulu dalam tugasan mereka.
Sahabat Buraidah r.a. berkata bahwa Rasulullah s.a.w. telah bersabda,
"Hakim ada tiga macam. Dua masuk neraka dan yang satu masuk surga. Hakim yang masuk surga adalah hakim yang mengetahui hukum (peraturan) yang haq (benar) kemudian memberi keputusan dengan hukum tersebut. Sedangkan hakim yang masuk neraka adalah : 1) Hakim yang mengetahui hukum yang benar tetapi curang dalam membuat keputusan; 2) Hakim yang tidak mengetahui hukum yang benar, kemudian membuat keputusan dengan kebodohannya."
(Hadis Riwayat Abu Dawud dan Tirmidzi)
12 ulasan :
Rasuah sepatutnya tidak diamalkan. kecil atau besar sesuatu rasuah tetap salah juga
Setiap pemimpin2 harus sentiasa sedaya upaya berbuat baik
Harap rasuah dapat dibanteras dari negara ini, ia tidak seharusnya dijadikan budaya kita.
Untuk mencapai Sifar Rasuah perlulah bermula dari diri kita sendiri. Jangan memberi dan jangan menerima.
isu rasuah telah wujud sejak dahulu lagi, ia boleh berlaku di mana dan bila2 masa. gejala rasuah harus kita bendung kerana ia boleh meruntuhkan sesebuah negara.
kita semua harus berkerjasama dalam membendung rasuah. tanpa rasuah negarak kita akan makmur.
Corruption is a very subjective matter
undi tak boleh ditawarkan atau dijual beli. harap rasuah politik ini dapat dielakkan oleh semua pemimpin.
Di mana ada politik, di situ ada rasuah.
Rasuah mencerminkan ketiadaan integriti dan pecah amanah.
Rasuah inilah yang akan menjatuhkan ekonomi negara kita. Walaupun kecil rasuah namun bila sudah kerap berlaku pasti akan menjejaskan ekonomi juga.
maknanya pengundi sendiri yang 'menjual' undi mereka?? kalau begitu, jangan salahkan kerajaan atau mana2 pihak jika parti yang memerintah kelak tidak melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik..
Post a Comment