Isu pertambahan penduduk secara mendadak bukan sahaja berlaku di Sabah tetapi juga berlaku hampir di seluruh negara. Isu ini berkait dengan tarikh pilihanraya yang hanya menunggu masa untuk diumumkan oleh PM Datuk Seri najib. beberapa kawasan pilihanraya di selangor contohnya di dakwa oleh ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai mengalami pertambahan bilangan pengundi secara mendadak.
KETUA Pembangkang itu berkata terdapatnya kecurigaan dalam pertambahan mendadak bilangan pengundi di sesetengah kawasan di negeri ini sejak 2008. Penasihat PKR itu menjelaskan, antara kawasan yang mengalami kadar kenaikan ketara adalah di kawasan Subang, Kota Raja, dan Puchong.
"Berdasarkan kajian analisis terperinci Pakatan Rakyat (PR) terdapatnya pertambahan mendadak bilangan pengundi di sesetengah kawasan yang mencurigakan.
"Pengundi di Subang bertambah sebanyak 35 peratus, daripada sejumlah 84,000 ribu kepada 114,000, Kota Raja mengalami peningkatan 29.5 peratus, dan Puchong mengalami peningkatan sebanyak 25 peratus daripada tahun 2008," katanya, namun tidak mendedahkan butiran lanjut berkenaan peningkatan tersebut.
Sehubungan itu, Anwar turut menuntut SPR melaksanakan penyiasatan terperinci terhadap sejumlah 42,000 senarai nama yang meragukan di dalam senarai daftar pemilih yang tidak mendaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
"Sehingga Oktober 2011, sejumlah 42,000 senarai nama meragukan terdapat dalam senarai daftar pemilih dan kebanyakan mereka ini berumur antara 90 hingga seratus tahun dan tidak berdaftar dengan JPN.
"Sekiranya perkara itu tidak di atasi segera, Pakatan Rakyat mendesak SPR supaya tidak melaksanakan pilihan raya sehinggalah siasatan selesai," jelasnya lagi dan menambah, pembangkang turut mendesak SPR menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat warga asing yang diberi kerakyatan.
"Perkara itu bukan hanya isu di Sabah, bahkan masalah peringkat nasional. Sehubungan itu, PKR mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mewujudkan suruhanjaya dan sahkan status mereka yang layak sebagai warganegara dan pengundi sebelum pilihan raya akan datang," tegasnya.
Menurut beliau, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, tiga pemimpin PR yang berada di dalam Jawatankuasa Khas Parlimen berkenaan penambah baikan pilihan raya (PSC) akan memainkan peranan mendesak SPR menjalankan semakan yang lebih telus dan pendaftaran secara automatik supaya data pengundi dapat disemak dengan lebih teliti.
"Azmin Ali, Anthony Loke, dan Dr Hatta Ramli akan bertanggungjawab mendesak SPR bagi memperbaiki perkara ini sebelum pilihan raya dilaksanakan," katanya lagi.
15 ulasan :
Memang betul PATI yang menjadi pengundi ini bukan hanya berlaku di Sabah sahaja, tapi di seluruh negara. Tidak boleh salahkan Sabah dalam isu pengundi hantu.
Harap masalah senarai pendaftaran pengundi ini akan dibersihkan sebelum PRU-13 diadakan.
Apparently this matter no longer confines within the borders of Sabah.
Hopefully the establishment for a RCI on this matter will be quickly carried out in Sabah as the situation has reach an all time low.
jumlah pengundi meningkat mgkin kerana ramai layak mengundi sebelum ini tidak mendaftar telah mula mendaftar.
apapu, sebaiknya SPR periksa senarai pengundi.
"Sehingga Oktober 2011, sejumlah 42,000 senarai nama meragukan terdapat dalam senarai daftar pemilih dan kebanyakan mereka ini berumur antara 90 hingga seratus tahun dan tidak berdaftar dengan JPN."
Purata jangka hayat untuk lelaki dan perempuan di Malaysia masing-masing 74.7 tahun dan 77 tahun pada 2010. mustahil kebanyakan mereka yang terdaftar sebagi pemilih berumur 90-100 tahun. sangat meragukan.
Sebenarnya Anwar risau sekarang tambahan lagi banyak yang membantah kenyataan yang baru-baru ini memberikan sokongan kepada Isreal. Apa sudah jadi dengan Anwar?
Apa kes Eli Wong dan Helmi..Helmi yang diarah untuk memberikan kerakyatan kepada warga asing. Apa yang Anwar mahu katakan mengenai perkara ini??
Kesian. Isu ini sudah basi baru Anwar kasi panas. Sabah pun tengah menunggu green light untuk RCI. Ketinggalan.
Helmi masih lagi ditahan di Indonesia. Apakah Helmi dalang kepada isu IC projek?
Menyedihkan bila ada yang sanggup jual kedaulatan negara, perjudikan nasib penduduk tempatan semata-mata untuk keepntingan diri sendiri.
PATI sudah wujud ketika Anwar masih menjawat jawatan TPM dan menteri kewangan.. takkan beliau tidak tahu..
macam mana sekalipun, Sabah perlu diberikan keutamaan dari segi penyelesaian memandangkan pemimpin2 Sabah lebih giat, bersungguh2 dan kerap membangkitkan isu ini diperingkat tempatan dan nasional..
ni kali lh
Post a Comment