Monday, February 13, 2012



Beberapa kes/skandal penyalahgunaan wang rakyat yang dilaporkan media sejak akhir-akhir ini 'menggoncang' kepercxayaan rakyat kepada kerajaan yang diterajui oleh UMNO.Skandal NFC oleh keluarga Shahrizat sehingga beberapa pembelian aset hartanah oleh keluarga menteri pembangunan Wanita itu terbongkar.Isu wang zakat yang dikaitkan dengan menteri di JPM, datuk seri Jamil Khir Baharom menjadi liabiliti kepada UMNO disaat PRU 13 semakin dekat.


Rupanya kes penyalahgunaan wang zakat Amil kehormat Jamil Khir bukanlah merupakan kes ulung, ada lagi kes penyalahgunaan wang zakat dengan jumlah yang jauh lebih besar - RM 13.85 juta, untuk menyelamatkan pembinaan sebuah kompleks pejabat.

Tindakan pihak berwajib menggunakan duit zakat untuk membina kompleks Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) yang berharga RM13.85 juta amat dikesalkan. Fakta ini dilaporkan dalam Laporan Tahunan Ketua Audit Negara 2010 bagi negeri Melaka.

Lebih malang apabila isu ini dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mereka menyatakan tiada unsur rasuah dan penyalahgunaan kuasa. SPRM memberikan jawapan bahawa wang RM13.85 juta yang digunakan untuk membina Bangunan MAIM tersebut adalah wang lebihan Zakat.

Sejak bila diturunkan dalil dan nas yang mengharuskan wang zakat digunakan untuk membina bangunan MAIM?

Maka tidak hairanlah jika duit KWSP disalahguna, duit Tabung Haji dikelepet, duit simpanan rakyat dalam PNB juga jadi mangsa untuk bail-out konglomerat yang di ambang bankrupsi. Semua ini tidak diherankan dan tidak pelik kerana di negara Islam ini, duit zakat untuk fakir miskin pun tergamak dikorbankan untuk kos guaman.

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

8 ulasan :

Mohd Ishak said...

Mereka yang terlibat dalam penyalahgunaan wang Zakat ini wajar dikenakan tindakan yang tegas. Wang Zakat perlulah digunakan dengan cara yang betul.

Mohd Ishak said...

Wang rakyat perlulah diurus dan dibelanjakan dengan cara yang betul untuk tujuan yang betul. Harap sesiapa yang terlibat dalam pengurusan wang orang ramai akan melaksanakan tanggungjawab ini dengan telus dan penuh integriti.

Anonymous said...

wang rakyat harus dijaga dgn baik, jgnlah salah gunakannya.

Anonymous said...

wang zakat mahupun KWSP tidak boleh digunakan sesuka hati untuk tujuan2 tertentu. harap mereka yang terlibat dalam penyalahgunaan wang dapat disiasat dan dikenakan tindakan yang sewajarnya.

Hamdan Hadillah said...

Wang Zakat seharusnya diberikan dan digunakan kepada perkara yang perlu dan yang berhak menerimany.

TuhauBam said...

Pasti berita ini akan meragukan rakyat. Mereka yang telah menyalah guna wang tu harus dihukum sewajarnya.

Anonymous said...

Diharap semua badan dan agensi di negara ini mengamalkan ketelusan dan integriti yang tinggi dalam menjalankan tugas mereka.

Anonymous said...

skandal pasir di selangor?? takkan isu itu tidak mampu mengoncangkan kepercayaan rakyat terhadap Pakatan?? itu baru projek diperingkat negeri.. entah bagaimana pula jika mereka mempunyai kuasa menguruskan projek mega.. pergh..