Sunday, February 26, 2012



Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat Dan hal Ehwal Pengguna , Datuk Herbert Timbun Lagadan yang juga ADUN N 7  KADAMAIAN Kota Belud dibidas atasa kenyataannya mengenai isu NCR dan FMU ( Unit Pengurusan Hutan. Wakil Rakyat PBS itu dalam satu kenyataannya mendakwa kebanyakkan isu NCR yang berlaku di Sabah sekarang ini adalah disebabkan oleh polisi mantan Ketua Menteri sistem penggiliran di Sabah yang juga Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee.

Kenyataan itu mendapat perhatian dari Pemuda SAPP seperti berikut:




KOTA KINABALU: Pemuda SAPP berkata, adalah lebih baik bagi Naib Presiden PBS Datuk Herbert Timbon Lagadan meminta Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman memansuhkan program Unit Pengurusan Hutan (FMU), daripada membuat tuduhan secara membabi-buta.

Ketuanya, Edward Dagul berkata, jika Edward benar-benar percaya FMU itu menjejaskan hak anak negeri untuk memiliki tanah maka beliau seharusnya berani untuk menyatakannya kepada Ketua Menteri, dan bukannya menuduh Datuk Yong Teck Lee (Presiden SAPP) melakukan kesalahan.

"Herbert nampaknya telah lupa yang beliau menjadi sebahagian daripada pentadbiran sekarang yang bukan sahaja mengekalkan program FMU tetapi juga, melihat daripada apa yang telah dilaporkan dalam media, bersikap positif terhadap program tersebut,” katanya, dalam satu kenyataan.

Edward mengulas laporan muka depan akhbar ini yang menyebut Herbert sebagai berkata, banyak isu tanah di Sabah, termasuk Hak Adat Anak Negeri (NCR) yang dihadapi rakyat sekarang ini adalah kesan daripada pewujudan FMU semasa Yong menjadi Ketua Menteri.

Herbert juga berkata, persepsi orang ramai bahawa pewujudan FMU itu merupakan satu bentuk penyalahgunaan tanah mempunyai merit dan kebenaran, sambil menambah Yong tidak boleh menafikan begitu sahaja yang tiada tanah adat dan kampung yang terperangkap di dalam kawasan FMU itu.

Edward berkata, Musa, Ketua Menteri sekarang, juga pernah sebelum ini menekankan yang program FMU itu penting dan untuk rekod “(beliau) memuji kejayaan program FMU di satu majlis rasmi di Sandakan pada Mei tahun lalu."

"(Jadi), jika program itu begitu buruk, kenapa Musa tidak menghapuskan sahaja program tersebut,?" dakwa beliau.

“Nampaknya Herbert cuba mengalihkan pemikiran rakyat daripada fakta yang tidak ada seorangpun daripada PBS yarg mengulas kenyataan Peguam Negeri mengenai status Hak Adat Anak Negeri (NCR), yang telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan rakyat tentang pendirian Herbert terhadap perkara itu? Adakah beliau bersetuju dengan kenyataan Peguam Negeri mengenai kesahihan status NCR itu?"

Edward juga bertanya kepada Herbert sama ada beliau ada membaca dan memahami Perjanjian Pengurusan Lesen Hutan Mapan (SFLMA) di mana dalam klausa 23 dan 24 perlindungan hak dan keistimewaan anak negeri atau "komuniti hutan" jelas dinyatakan.

Program itu berhasil dan punca timbulnya masalah itu adalah 'kegagalan para pemegang lesen sekarang mematuhi terma di bawah SFLMA, katanya.

13 ulasan :

TuhauBam said...

The problem faced by the natives was being compounded by native land under the FMU, formed under YTL leadership.

Kris Jr said...

sudah tentu YTL dan SAPP menafikan hal tu.

drako drakonius said...

I believe that what Herbert is trying to say that the root of this problem has already begun during Yong's tenure as CM.

drako drakonius said...

Coming back to the AG's statement pertaining to the NCR matter, it is still being deliberate by the CM alonmg with those who have authority as well as professional credential pertaining the matter.

drako drakonius said...

A matter as grave as this matter required ore time to take into all pros and cons.

drako drakonius said...

Hopefully there will be a clear conclusion pertaining to this matter.

drako drakonius said...

Perhaps the same can be said regarding the FMU.

drako drakonius said...

Hopefully the outcome of this matter (NCR and FMU) will yield a positive outcome that will be beneficial for the betterment of all Sabaahan, especially the natives.

Anonymous said...

FMU perlu bagi memastikan hutan kita terpelihara.

Anonymous said...

pelaksanaan FMU kena pastikan hak2 NCR penduduk tidak terjejas.

Anonymous said...

"Program itu berhasil dan punca timbulnya masalah itu adalah 'kegagalan para pemegang lesen sekarang mematuhi terma di bawah SFLMA, "

siapa yang lantik pemegang2 lesen itu??

Anonymous said...

ada ura2 mengatakan bahawa YTL memberikan lesen itu kepada kroni2 beliau yang sepatutnya tidak layak mendapat lesen itu..

Unknown said...

Sudah pasti SAPP cuba menafikan perkara ini. Jika ketua mereka diburuk-burukkan pasti mereka akan cuba counter balik dengan pelbagai dakwaan.