Sunday, February 12, 2012




Sehingga saat ini belum ada sesiapa ,baik pemerhati politik mahupun penganalisis yang dapat meramalkan secara tepat dan mutlak bila PRU 13 akan diadakan. Namun begitu kerancakkan parti-parti politik sama ada parti pemerintah atau parti pembangkang 'berkempen' secara agresif mula kelihatan. Parti pembangkang misalnya terutama yang berpengkalan di Semenanjung Malaysia sudah lama 'bergerak'di Sabah. PKR,PAS dan DAP yang terangkum dalam PAKATAN RAKYAT begitu menginginkan beberapa kawasan parlimen di Sabah termasuk Parlimen Kota Belud.Dan itu diakui oleh Anwar Ibrahim sendiri dalam beberapa siri ceramahnya di pekan dimana UMNO Sabah itu 'diberanakkan'.

Bagi parti UMNO dan BN, di Kota Belud, mula sudah nampak pelbagai jentera pilihanraya mula bermesyuarat. Tandanya PRU 13 tidak akan sampai ke tahun Depan.Beberapa sekolah yang menjadi pusat pembuangan undi di Daerah Kota Belud, juga khabarnya telah dikunjungi oleh pegawai-pegawai SPR yang dilantik untuk meninjau lokasi dan kemudahan infrastrukturnya.Menguatkan spekulasi bahawa PRU 13 paling tidak bakal diadakan pada suku tahun ini.

DUN N6 TEMPASUK yang diwakili oleh parti UMNO iaitu Datuk Musbah Jamli ,petang tadi dilaporkan mengadakan taklimat Jentera Pilihanraya bagi kawasan DUN berkenaan. Dan sudah menjadi tradisinya, Wakil rakyat di kawasan itu menjadi pengerusi Jentera Pilihanraya di kawasan berkenaan. Taklimat yang diadakan petang tadi  menyaksikan Datuk Musbah Jamli dijangka mengetuai Jentera kempen Pilihanraya pada PRU akan datang. Sama ada YB datuk Musbah terpilih sebagai "calon' atau sebaliknya, sudah menjadi kebiasaan UMNO, YB di kawasan tersebut akan mengendalikan kempen setelah pengalamannya dianggap oleh parti sebagai sangat berharga dan menjadi pandu arah untuk mencapai kemenangan.

Dalam taklimat yang dihadiri oleh beberapa orang pemimpin 'harapan' Datuk Musbah itu, difahamkan juga bahawa tahap kesiapsigaan parti UMNO di DUN berkenaan berada pada tahap yang paling tinggi. Ini sekurang-kurangnya memberi 'gambaran' jelas kepada pembangkang bahawa harapan mereka untuk 'menawan' kawasan yang diduduki oleh suku Bajau, Iranun dan Dusun ini bukannya perkara mudah. Malahan jangkaan bahawa UMNO akan memenangi kerusi ini pada PRU 13 semakin nyata.

Sebagai rekod pada PRU 2008, DUN Tempasuk dimenangi oleh Datuk Musbah apabila meraih undi sebanyak 6541 menewaskan Awang Laiman Hj Ikin dari calon PKR ( sekarang menyertai PAS dan menjawat ketua penerangan PAS negeri) yang memperolehi undi sebanyak 4109. Pengundi berdaftar di kawasan DUN TEMPASUK bersandarkan rekod SPR 2008 adalah seramai 14,291 orang. 

31 ulasan :

Green Sabah said...

Hopefully all parties will be ready to face the elections soon, may the best party gain the most votes.

Green Sabah said...

The next elections is expected to be held soon, all voters and candidates should start their engines.

Ammar Wajidah said...

hahahhahabolehkah Dtk Hj Musbah mpertahankan TEMPASUK..sedangkan PRU 2008 dia hampir kalah....

Anonymous said...

Bah, baguslah kalau sudah siap sedia. Parti-parti yang lain pun tentu sedang giat mantapkan jentera p/raya masing-masing.

Anonymous said...

Tidak sabar mahu tahu bila p/raya akan diadakan. Rasanya pertandingan kali ini lebih menarik, dan bertambah sengit jika satu lawan satu.

TuhauBam said...

Para pengundi, undi la dengan bijaksana. Kita adalah penentu kerajaan lepas PRU13.

Anonymous said...

persedian untuk menghadapi PRU mmg perlu ada sejak awal lagi. semgoa berjaya kepada UMNO.

Anonymous said...

harap bukan sahaja di Tempasuk, dikawasan2 jg perlu bersedia.

Jason said...

Good luck to them~!

Jason said...

all parties must be ready to face the coming election. All the best. May the best man win.

Jason said...

the people play an important role in determine sabah's future. so vote wisely!

Jason said...

don't vote recklessly or you will regret it.

Nemia said...

This is a good news by the way.

Unknown said...

sememangnya menjadi persoalan sekarang ini bila PRU akan diadakan. Namun itu tidak penting buat masa sekarang, yang penting adalah melaksanakan tanggugjawab yang telah diberikan.

noemi said...

Best of luck.

onong said...

Kalau begitu, sedia berperang.

nickko said...

lagi sukar laluan Pakatan merampas negeri ini pada pru akan datang.. sebab jumlah parti pembangkang di negeri ini sudah bertambah.. lihat sahaja PRK batu sapi.. calon PKR dan SAPP boleh kalah dengan calon tidak popular dari BN..

samm said...

semua parti mahu menang pada pru13 nanti..jadi lakukanlah persiapan yang mantap.

samm said...

persaingan mungkin sengit kerana sudah terdapat banyak parti yang ada di Sabah sekarang ini.

samm said...

apa pun, berikanlah khidmat terbaik kepada rakyat kerana rakyat akan menyokong siapa yang mampu berkhidmat dengan baik kepada mereka.

Anonymous said...

rakyat tahu kebanyakan janji yang dibuat oleh pembangkang adalah janji palsu.

Anonymous said...

sudah tentu rakyat Sabah tahu dan faham janji ini adalah janji yang tidak ditepati oleh pembangkang.

Anonymous said...

sudah menjadi lumrah bagi parti pembangkang untuk menabur pelbagai janji kosong apatah lagi menjelang pilihan raya umum.

Anonymous said...

yakin dengan budaya mengenang budi yang ada pada rakyat Sabah akan menjadi teras sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.

Anonymous said...

apa yang penting ialah tanpa janji kerajaan harus terus komited untuk merancang dan melaksanakan pelbagai program untuk menjaga kepentingan seluruh rakyat negara ini.

DorianG said...

Hopefully all quarter will be fully mobilize in order to gear up for the general election.

DorianG said...

The opposition are still at odds end with each other as of this point. They are fighting to be on the spotlight amongst themselves.

DorianG said...

To make matters worse, they are even have many fronts, this will definitely be an advantage for the BN coalition.

drako drakonius said...

Some of the plans that the opposition presented are too unrealistic, if not just another empty hollow shell.

drako drakonius said...

Apart from that, there are too many new parties sprout out in Sabah. This is the definite advantage BN have at present.

drako drakonius said...

Come general election, hopefully all eligible voters will exercise their rights to vote.