Bila membicarakan tentang survival politik Iranun di Kota Belud, kita tidak lari dari menyentuh dua tokoh yang paling banyak menyumbang kepada kelangsungan politik minoriti di pekan koboi itu.Tentunya tanpa ragu-ragu lagi tokoh yang kita maksudkan ialah Pinjaman Hassin dan juga Tan Sri Pandikar Amin Mulia.Keduanya punya idealisme kepimpinan yang berbeda dan juga punya kredibiliti yang memukau. Apa yang nyata kedua tokoh ini mula 'hilang' dalam arus politik anak-anak muda Iranun yang mahukan, entah apa! selain dari "perubahan" kepimpinan dan juga perjuangan yang mengikut rentak mereka.
Pinjaman Hassin menubuhkan sebuah parti politik iaitu USAP apabila tidak mendapat 'layanan' sewajarnya dari USNO pada waktu itu. Malahan beliau menganggap bahawa USNO di Kota Belud yang ketika itu 'diamanahkan' kepada Annuar Hj. Arshad tidak sangat memberi kedudukan istimewa kepada beberapa pemimpin politik Iranun. beberapa siri pilihanraya yang disertai oleh USAP, gagal mendapat sebarang kerusi dan juga 'kuasa politik' untuk orang Iranun.USAP dibubarkan kemudiannya dan Pinjaman Hassin dikatakan menyertai PEKEMAS yang juga tidak bertahan lama.
Kemudian dalam era pemerintahan parti BERJAYA, muncul satu lagi tokoh Iranun iaitu Pandikar Amin Mulia.Berkelulusan peguam di luar negara, Pandikar memulakan kerjaya politiknya dengan bertanding di Parlimen P.186 Kota Belud pada tahun 1981 atas tiket USNO tetapi tewas. Kemudiannya bertanding di DUN USUKAN dan menang.Pernah menjadi Presiden parti AKAR BERSATU salah satu parti serpihan PBS tetapi kemudiannya dibubarkan untuk memberi laluan dan sokongan padu kepada parti UMNO yang melebarkan sayapnya di Sabah pada tahun 1991.
Namun isu kelangsungan politik Iranun itu kembali 'tergugat' apabila TSP digugurkan pada PRU 12 yang lepas. Walaupun menduduki Jawatan YDP Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar banyak menerima kritikan daripada pelbagai lapisan masyarakat Iranun terutama golongan cerdik pandai dalam suku Iranun. Banyak yang dipertikaikan termasuk rasional kepada pembubaran AKAR dan juta isu pelapis kepimpinan Iranun.
Sejak PRU 2008, masyarakat Iranun mula melihat ke hadapan dalam soal kepimpinan politik mereka. Ada pandangan yang turut menyatakan bahawa keciciran suku itu dalam politik Sabah dan politik Kota Belud adalah atas faktor kerana tidak ada kesinambungan kepimpinan yang terdahulu dengan generasi baru dan berjiwa 'pendesak'. Selepas 30 tahun Iranun berkecimpung dalam dunia politik hanya dua tokoh besar yang saya sebutkan tadi yang mampu dilahirkan oleh suku Iranun ini. Sedangkan desakan dan asakkan untuk melahirkan kepimpinan baru dan besar mendominasi tuntutan politik Iranun di Sabah dan Kota Belud.
Soal siapa yang bersalah? seharusnya tidak timbul kerana perjuangan melahirkan kepimpinan baru bukanlah satu perkara mudah.Sahutan kepimpinan Iranun sewajarnya berbalas.Dan ruang perlu diberikan setuntas mungkin kepada belia yang berminat mengutarakan kepimpinan mereka.Kesediaan dan keikhlasan terus bersambung supaya kepimpinan dan dilema kepimpinan suku ini juga berjaya diselesaikan.
Mungkin cetusan rasa dari saudara Iranun kita ini boleh dijadikan pedoman dalam merangka survival politik Iranun menjelang PRU 13 nanti:
Kalau dikira suku kaum Iranun amat bertua kerana dapat melahirkan Tan Sri Pandikar Amin Mulia seorang politikus ternama dalam arena politik negara dengan kedudukannya sebagai Yang Di-Pertua Dewan Rakyat,
hierarki no. 3 dalam pemerintahan negara selepas Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
Walau bagaimanapun, seorang pemimpin akan jadi tua, sakit dan pergi untuk selama-lamanya. Kerana itu, kepentingan untuk mengasuh dan mendidik pemimpin pelapis untuk meneruskan wadah perjuangan politik suku kaum bangsa Iranun amatlah diperlukan.
Apa yang terjadi di antara Tan Sri Pandikar Amin Mulia dengan golongan terpelajar suku bangsa ini tidak nampak keserasian dan adakalanya ada diantara kaum terpelajar ini ingin menentang beliau secara terbuka atau secara senyap.
Soalnya kenapa ini berlaku? Tan Sri Pandikar Amin Mulia mahukan golongan terpelajar ini supaya pergi merapatkan diri kepadanya. Kerana itu, ada juga beberapa orang yang telah mencuba namun akhirnya gagal kerana apa yang mereka katakan cuma yang diperolehi adalah penat lelah dan kalau juga mahu diteruskan nanti anak isteri kebulur kerana hanya jadi "body guard."
Banyak perkara yang harus dipelajari dari Tan Sri Pandikar Amin Mulia terutama bidang politik yang menjadi darah dagingnya amat berguna kepada kaum terpelajar suku kaum Iranun untuk melibatkan diri dalam persada politik negara.
Untuk tujuan itu, semestinya ada kompromi kedua belah pihak antara Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan kaum terpelajar demi kepentingan perjuangan politik suku kaum bangsa ini. Untuk tujuan itu, kenalah yang tua dan penuh pengelaman itu harus dihormati dan disanjung manakala yang muda harus diasuh supaya menjadi pelapis dan penerus perjuangan bangsa..(Marawan Yassin)
6 ulasan :
pemimpin iranun harus membantu masyarakat iranun agar lebih maju.
moga politik iranun akan terus berkembang.
adakah kesedaran untuk melahirkan pelapis bagi meneruskan kesinambungan politik Iranun ini hanya wujud apabila kaum itu semakin tercirir?? tidak perlulah tunggu saat itu jika ada peluang utnuk memperbaikinya..
Dalam dunia politik biasa dengar perkara seperti tu. kalau macam saya ni rakyat biasa, saya anggap macam biasa saja dengar cerita macam tu. keluar masuk parti, tubuhkan parti baru, bubar, masuk parti lain dan lompat parti.
ada2 muda Iranum harus ada yang menjadi pelapis supaya tokoh politik di KB tidak tenggelam dalam arus politik dan zaman.
Calon tidak kira apa kaum sekalipun yang penting tetap memperjuangkan hak penduduk Sabah.
Post a Comment