PM Datuk Seri Najib Razak ketika menyampaikan ucapannya dalam satu majlis di Lahad Datu semalam menfiatkan Sabah bukan lagi sebuah negeri yang miskin. Menurut Najib Sabah telah mengalami pembangunan hasil usaha dan perjuangan BN. Kenyataan itu dilihat oleh kebanyakkan pihak sebagai mengelirukan dan beragenda kerana daripada laporan Bank Dunia,menyatakan bahawa Sabah adalah negeri termiskin di Malaysia.
LAHAD DATU: Sabah sudah berganjak daripada status negeri termiskin di Malaysia susulan pelbagai pembangunan dibawa kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri berkata, perangkaan purata pendapatan perkapita mendapati Sabah kini berada di tengah-tengah negeri terkaya dan termiskin, manakala negeri paling miskin ialah Kelantan.
“Ketika Sabah bersama membentuk Malaysia pada 1963, kemiskinan memang wujud di merata tempat dan mungkin ketika itu lebih 70 peratus rakyat negeri ini miskin dan daif. Selepas sekian lama merdeka, Sabah membangun hasil perjuangan BN dan berpotensi besar untuk terus maju.
“Saya beri jaminan kerajaan tidak akan berhenti melaksanakan agenda transformasi pembangunan lebih besar ke negeri ini dan berusaha memastikan miskin tegar dapat disifarkan di Sabah,” katanya berucap melancarkan projek Mini Estet Sejahtera (MESEJ) di Kampung Nala, Tungku, di sini semalam.
Hadir sama Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan. MESEJ Akuakultur Nala dilaksanakan berdasarkan pembangunan insitu dan tanah baru pengkulturan rumpai laut serta penternakan ikan baulu (chanos-chanos).
Projek itu juga membabitkan pembinaan 150 rumah menempatkan kira-kira 70 peserta sejak 17 November tahun lalu.
Najib berkata, bilangan rakyat dikategori miskin di Sabah menurun kepada 7,000 berbanding 30,000 satu ketika dulu dan pencapaian itu hasil usaha berterusan kerajaan negeri serta pelbagai agensi Persekutuan seperti FELDA selain Kementerian Kemajuan Wilayah dan Luar Bandar.
“Walaupun masih ada yang miskin, kejayaan kerajaan BN dalam menangani masalah kemiskinan di Sabah adalah hebat dan besar.
“Cuba tengok Kampung Nala ini, nilai setiap rumah berharga RM45,000 seunit, belum termasuk kos elektrik dan bekalan air. Jika dicampur, ia bermakna kita memberi RM60,000 kepada penduduk Kampung Nala tanpa meminta bayaran satu sen pun. Percayalah, tiada kerajaan di dunia mempunyai program seperti ini melainkan BN,” katanya.
Najib berkata, FELDA memberi sumbangan RM22 juta untuk menjayakan projek MESEJ di Nala dan tiap-tiap tahun agensi itu memperuntukkan RM50 juta kepada kerajaan negeri untuk menjaga nasib rakyat Sabah.
Perdana Menteri berkata, Kementerian Kemajuan Wilayah dan Luar Bandar juga akan menyalurkan elektrik luar bandar membabitkan 15,455 rumah tahun ini, manakala 68,092 rumah bakal menikmati bekalan air, selain 454.8 kilometer jalan akan dibina di Sabah.
35 ulasan :
Sabah bukan negeri termiskin jika semua PATI di negeri ini berjaya diusir keluar.. tidak mustahil jika semua rakyat yang tergolong dikalangan miskin tegar itu terdiri dari kalangan PATI..
Bukan negeri miskin tapi masih lagi struggling untuk menjadi negeri yang terkaya.
Kemiskinan dari segi luaran mungkin dapat kita nampak tapi mana tahu mereka mempunyai simpanan wang yang banyak dalam bank.
harap kenyataan yang dilafazkan oleh PM dapat disahkan betul, jikalau tidak, tentu pembangkang akan mencari alasan untuk menjatuhkan imej beliau
tetapi, tidak mungkin ada kesilapan dalam laporan Bank Dunia ini
apa yang penting, skala gaji di seluruh Malaysia harus diselenggarakan dengan adil dan sama rata
Rakyat Sabah akan melihat dan menilai sendiri bagaimana janji kerajaan BN pada kali ini dari aspek kejujurannya kerana semua itu akan diterjemahkan oleh rakyat itu sendiri
apa yang penting ialah tanpa janji kerajaan harus terus komited untuk merancang dan melaksanakan pelbagai program untuk menjaga kepentingan seluruh rakyat negeri Sabah
Selama ini, apa kriteria yang digunapakai untuk menentukan bahawa Sabah negeri termiskin?
Sabah ada banyak hasil semulajadi, rasanya Sabah memang tidak miskin. Tetapi yang miskin adalah rakyatnya. Mereka yang perlu dibawa keluar daripada status miskin tegar.
sabah kini dah makin maju dan keluar dari menjadi negeri termiskin.
teruskan usaha dalam membangunkan lagi Sabah agar menjadi negeri yang kaya.
This is indeed a good news that has rebuked all claims that Sabah is the poorest state.
It is an impressive feat as well that poverty level has been reduced from 30,000 to 7,000.
Hopefully this effort will be carried out in the future for the betterment of the people of Sabah.
With the current transformation programs that is currently being underway, hopefully this will bring more betterment as well as prosperity among the people of Sabah from all different strata of society.
Apart from that, these such programs as well as future development projects should be extended to the people from the rural areas so that they too can enjoy the same benefits as of those in the city.
Baguslah kalau Sabah bukan lagi negeri termiskin... Tapi kenapa saya rasa hidup saya tak juga kaya2. hehhee
Saya setuju dengan aku baini. Kenyataan ini harus dibuktikan sebelum pembangkan membuat serangan ke atas isu ini.
Tapi secara logiknya, memang nampak jugalah perubahan Sabah dengan adanya pembangunan yang berlaku. So mungkin betul lah tu Sabah bukan lagi termiskin.
Apapun, baik Sabah mahupun mana-mana negeri, pastikan kadar kemiskinan dikurangkan:)
Semoga usaha demi usaha terus dilakukan dmei membangunkan Sabah.
Sabah still needs more developments and improvement and poverty eradication should be a continuous effort.
Hopefully we can stop becoming the poorest state and rise up to become the richest state in the country. That would be good news to all Sabahans.
Based on my reading Sabah is on track to wipe out poverty which has fallen from 23% to 16% under the mid-term review of the 9th Malaysia plan. The number of the extremely poor has also fallen to less than 16,000 households from slightly more than 21,000 three years ago.
Sabah do not have a Welfare State system, the way the governments (Federal and State) distribute assistance to the people and develop the country as a whole is probably preferable to the system of a Welfare State as described above.
Teruskan usaha bagi mengeluarkan Sabah dari Negeri kemiskinan.
Semoga apa yang Datuk Najib katakan akan menjadi kenyataan.
I think government work hard to strengthen Sabah economy too.
Semoga kempen mambasmi kemiskinan menghasil.
We have wealth resources, its a big questionmark why Sabah still the poorest.
USaha semua pihak termasuk rakyat & kerajaan amat diperlukan. Rakyat harus berusaha juga dan bukan terlampau bergantung kepada kerajaan.
Perkembangan industri yang berpotensi seperti minyak, gas, pelancongan, perikanan, pembalakan, penanam dll pasti boleh membaiki ekonomi dan rakyat juga dapat membaiki pendapatan.
satu perkembangan yang baik bila mendengar Sabah bukan lagi negeri termiskin di Malaysia. saya pasti kerajaan telah sedaya upaya untuk membawa rakyat Sabah keluar dari kemiskinan yang membelenggu selama ini. apapun, semoga pembangunan akan terus diusahakan terutama di kawasan2 luar bandar yang merangkumi 70% dari kawasan negeri Sabah.
Post a Comment