RAKYAT Sabah perlu sadar dari mimpi yang panjang, bahawa hanya BN dan sekutunya sahaja yang mampu membela nasib rakyat di negeri ini.Janji Pakatan Rakyat bahawa akan memberikan royalti 20% kepada Sabah dan sarawak bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan. Jika Acheh boleh mendapatkan sehingga 70% royalti minyak dari Kerajaan Pusat Indonesia, maka apakah mustahilnya Pakatan Rakyat memberikan 20% kepada Sabah kerana sedari awal lagi rakyat Sabah sudah lama mengidamkannya. Jika diharapkan kepada sumber balak Sabah, ianya sudah lama berlalu, peralihan zaman pemerintahan politik di Sabah dari zaman USNO ke BERJAYA dan seterusnya ke zaman PBS telah meranapkan sumber hutan yang dimiliki sepenuhnya oleh Rakyat Sabah itu.
Kemudian hasrat Pakatan Rakyat ingin mengembalikan otonomi kepada Sabah dan sarawak adalah juga janji yang nyata. Otonomi yang diberikan bukanlah seperti yang digambarkan oleh pemimpin BN, bahawa Sabah akan keluar dari Malaysia sepertimana Singapura yang sama ada 'dikeluarkan' atau 'keluar' dari Malaysia, itupun Sabah dan sarawak sebagai "rakan kongsi' dalam Malaysia tidak pernah Di'maklumkan' mengenai kes tersebut. berdasarkan kepada perjanjian 20 perkara, Sabah dan sarawak sepatutnya dari awal lagi diberikan 'otonomi' kepada beberapa perkara seperti perjawatan dan soal kewangan dan cukai serta bidang pendidikan yang harus berada dalam kawalan kerajaan negeri. maka apakah jika jika PR menjanjikan akan mengembalikan OTONOMI kepada Sabah sesuatu yang mustahil?
Janji-janji Yang dibuat oleh pemimpin PR di sabah begitu menarik dan munasabah. Pembentukan suruhanjaya Diraja mengenai pendatang Tanpa izin juga adalah satu-satunya langkah berkesan untuk menyelamatkan Sabah dan pribuminya daripada menjadi 'pelarian' di tempat sendiri. kebanjiran pendatang tanpa izin terutama dari Filipina dan Indonesia bukan sahaja mengancam kedudukan pribumi Sabah tetapi juga telah menambahkan krisis sosial dan menguasai sektor ekonomi di negeri ini. Pelbagai langkah telah diambil oleh BN dan kerajaan seperti meletakkan pos-pos kawalan di sempadan negara baik di laut dan darat tetapi semuanya 'gagal' mengekang kemasukan PATI ini kerana gejala 'rasuah' berleluasa. Sogokan berlaku sehingga PATI boleh keluar masuk tanpa ada tindakan pembenterasan yang berkesan. Penubuhan Suruhanjaya Diraja ini akan menjadi 'pendesak' kepada kerajaan untuk terus membenteras masalah ini. Maka apakah jika sekali lagi PR menunjukkan komitmen dalam penubuhan Suruhanjaya Diraja ini, dikatakan sebagai janji-janji kosong?
Janji Pakatan Rakyat bahawa akan menumpukan pembangunan infrastruktur di sabah dan Sarawak juga seharusnya bukan dilihat sebagai omong kosong oleh rakyat Sabah. Ini boleh ditunaikan kerana kerajaan BN telah membuktikan lebih awal bahawa pembangunan yang berlaku pesat di semenanjung telah lama dilakukan. Namun yang malangnya Sabah dan Sarawak tercicir dari perhatian kerajaan BN. sama ada sengaja "dicicirkan' ataupun 'tercicir' dengan beragenda.Jika lebuhraya boleh dibina merentasi negeri-negeri melayu dari utara ke Selatan di tanah besar semenanjung, maka akan musathilkah jika PR membina laluan lebuhraya merentasi kepulauan borneo ini? supaya pembangunan bertambah rancak. Pembangunan apa yang dimaksudkan oleh kerajaan BN di Sabah dengan 'menawarkan' bajet lebih 4 billion sedangkan hutang kerajaan negeri bertambah kepada lebih 80 billion kepada kerajaan Pusat. rakyat Sabah harus segera memikirkannya?
Justeru apakah janji-janji pemimpin BN di Sabah? mereka hanya mengulang tayang filem-filem lama untuk membunuh janji-janji Pakatan Rakyat ini. Tidak ada asas kukuh, malahan kerajaan BN tidak pula menawarkan janji yang lebih baik dari apa yang diberikan oleh Pakatan Rakyat yang boleh menjadi 'pilihan' kepada generasi anak-anak muda di Sabah.
Apakah kerajaan BN di sabah tidak boleh ditumbangkan? Pemimpin-pemimpin BN lupa bahawa rakyat Sabah telah beberapa kali menumbangkan kerajaan yang tidak selairan dengan naluri mereka.Berjaya telah menumbangkan USno dan PBS berjaya menumbangkan BERJAYA. Ia boleh berlaku lagi. Tsunami 2008 yang berlaku di semenanjung telah mula menyapa rakyat Sabah.Bagaimana lagi mahu menahan Tsunami yang meranapkan bandar Acheh di Sumatera itu? Tiada yang sedar! malahan tidak sempat pun menyelamatkan diri. waspada !
Bukankah rakyat Sabah juga telah mengalami dan mendengar janji-janji BN yang tidak pernah ditunaikan? Apa bedanya jika kerajaan BN di sabah pun 'gagal' menunaikan janji itu.Misalnya melaksanakan SABAH BARU pada tahun 1994? kini sudah 2012, mana SABAH BARU nya?.sepanjang 2010 dan 2011 kini menjenguk 2012, janji kerajaan BN membasmi kemiskinan, memberikan kesaksamaan, membasmi rasuah, menyelesaikan masalah PATI ,mengatasi pengangguran, memberi 'kemerdekaan' kepada badan-badan kehakiman, 'merakyatkan' pemimpin dan banyak lagi termasuk membina Jambatan Bum-Bum di Semporna dan Jambatan sungai Damit di Tuaran, semuanya adalah penipuan atas janji pilihanraya.
Rakyat sabah sewajarnya sedar kerana kegagalan kerajaan BN di sabah menunaikan janji-janji mereka adalah atas sebab mereka berada di bawah telunjuk kerajaan Pusat. banyak 'dasar' besar yang diputuskan mengenapikan pandangan dan kehendak rakyat sabah!. Bukan kerana soal keupayaan dan kemampuan pemimpin BN sabah tetapi kerana itulah sebabnya. maka bagaimana mahu rakyat sabah mahu terus menerima gelombang perubahan. Jawapannya ialah mengubah kerajaan sedia ada yang 'menjanjikan' lebih baik dari apa yang ada di depan mata rakyat sabah. percayalah jika pimpinan BN negeri berjaya ditumbangkan tetapi kerajaan pusat masih kekal maka yang berlaku ialah Sabah tetap begitu juga sepertimana di zaman pemerintahan PBS.Kerana itu parti-parti pembangkang tempatan 'harus' memberikan laluan istimewa kepada PR supaya mod dan kemahuan rakyat Sabah bisa tertunai.
Yakin dan percayalah bahawa PR di sabah bukanlah sahaja sebagai "pembangkang' tetapi sebagai agen baru perubahan.PR adalah satu kuasa baru menyambut ketibaan masa depan untuk mengubah landskap ekonomi yang semakin teruk kepada berdaya maju, bersih, adil dan berorientasikan pertumbuhan ke arah masyarakat yang berpendapatan tinggi.
PR adalah harapan rakyat, pembawa bendera kebangkitan permulaan bagi negeri ini. PR adalah masa depan dan harapan baru bagi Sabah, sarawak dan Malaysia.
43 ulasan :
setiap pemimpin Sabah harus memperjuangkan 20 Perkara dan mempertahankannya
Semuanya dari rakyat parti mana yang lebih dipercayai
Rakyat tahu janji-janji PR memang susah dicapai, tapi jani-janji kerajaan lagi menyusahkan rakyat.
Harap semua akan undi dengan hati yang tidak dipengaruhi pihak lain.
jANJI JANJI PR BUKAN MUSTAHIL UNTUK DITUNAIKAN. LAGIPUN KITA KENA INGAT BAHAWA NEGERI SABAH MEMANG KAYA DENGAN SUMBER ALAMNYA.TETAPI MENJADI NEGERI TERMISKIN. RAKYAT PERLU BANGKIT,MENENTANG KEZALIMAN,KERAKUSAN DAN TIDAK MUDAH DIPERBODOHKAN.
jANJI JANJI PR BUKAN MUSTAHIL UNTUK DITUNAIKAN. LAGIPUN KITA KENA INGAT BAHAWA NEGERI SABAH MEMANG KAYA DENGAN SUMBER ALAMNYA.TETAPI MENJADI NEGERI TERMISKIN. RAKYAT PERLU BANGKIT,MENENTANG KEZALIMAN,KERAKUSAN DAN TIDAK MUDAH DIPERBODOHKAN.
DEPAN ORG INDIA CAKAP LAIN,DEPAN ORG CINA CAKAP LAIN,DEPAN ORG MELAYU CAKAP LAIN,DEPAN ORG SABAH BUKAN MAIN LAGI JANJINYA,SATU DUNIA PUN DIA BOLEH JANJI.PANDAI BERMUKA MUKA, ITU LAH DIA...Parti Kelentong Rakyat.JANGAN LUPA 16 SEPTEMBER NI KITA RAI KAN HARI MALAYSIA DAN HARI PEMBOHONGAN SIPEMBOHONG YG KONONNYA MAU BENTUK KERAJAAN TANPA PILIHANRAYA.ORG SABAH JANGAN JADI MANGSA PEMBOHONGAN.
Terpulanglah kepada rakyat Sabah untuk membuat penilaian dan juga pemilihan mereka dalam PRU-13.
Sudah pasti rakyat rambang mata untuk membuat pemilihan antara parti parti yang ada sekarang. Tapi undilah dengan bijak untuk masa depan Sabah.
mmg apa yang dijanjikan oleh pakatan kepada Sabah amat menarik. namun, jgn mudah terpedaya dgn janji2 manis Pakatan. berjanji mmg mudah, nak menunaikan bukanlah mudah.
rakyat kenalah pandai menilai mana yang terbaik untuk mereka. jgn silap dalam membuat pilihan.
hoped the people of Sabah would not be easily duped by the opposition’s promises. Opposition good at talking and making empty promises but not in following up and acting on those promises
Each to their opinion...the decision is in the hand of the people
adakah janji yang dibuat oleh Pakatan adalah mengikut kemampuan mereka atau sekadar satu janji yang hanya ingin meyakinkan rakyat supaya membantu mereka menawan Putrajaya?
apapun, saya cuma berharap agar rakyat Sabah akan mengundi dengan bijak pada PRU-13 nanti. undi kepada siapa yang rakyat lebih percayai dan yakini dapat memperjuangkan hak dan kepentingan orang2 Sabah.
Pelik juga dengan kewarasan Anwar tentang isu 16 Sept yang dulu. Haha.
Bagilah janji ke bulan bintang, keihklasannya tetap tidak 100%.
PR hanya tau berjanji saja..untuk menunaikannya belum tau lagi.
Namun semua terletak di tangan rakyat untuk memilih.
Tidak perlu kita mempercayai apa yang PR katakan. Pasti ada perkara yang mereka inginkan mengenai mendapat sokongan dari penduduk Sabah.
mana janji yang lebih mendapat perhatian rakyat? pembangkang atau kerajaan?
tapi di negeri2 bawah pembangkang pun janji2 yang diberikan pada pru12 lalu masih belum ditunaikan...
apa2 pun ianya adalah pilihan rakyat sebagai pemilih...mana2 yang belum daftar tu, daftarlah sekarang..
jangan dulu buat janji2 yang lebih besar jika janji2 yang kecil terutamanya janji2 di negeri2 Pakatan masih banyak yang belum ditunaikan..
agaknya,bolehkah rakyat Sabah memberikan undi mereka kepada Pakatan?? bagaimana dengan STAR dan SAPP?? jika parti2 pembangkang di negeri ini tidak mampu bersatu membentuk satu pasukan, jangan harap mereka berpeluang melaksanakan janji2 mereka selepas PRU nanti..
biar rakyat yang tentukan siapa pilihan mereka nanti.
di Sabah ni sudah terlalu banyak parti politk. mungkin persaingan sengit akan berlaku nanti.
aa pun, serahakan saja kepada rakyat untuk menilai dan memilih..
Jika PR boleh memperjuangkan yang terbaik brbanding BN, apa salahnya?
Belum tahu lagi adakah pembangkang lebih baik berbanding BN. Jangan pula nanti pembangkang menang, lagi teruk keadaannya.
Rakyat juga harus pandai menilai supaya tidak terjatuh kedalam janji manis yang tidak dapat ditunaikan.
I think PR can do a great job too if be given chance. Just how far the PR can co-operate.
Kalau betul janji PR dapat ditunaikan, pasti memanfaatkan lebih banyak golongan.
Masing-masing harus pandai menilai, jangan jatuh ke perangkap semata-mata untuk memancing undi.
Harap janji yang dibuat betul dapat ditunaikan. Jangan mengambil kesempatan supaya mencapi menang dan lupakan tanggung jawab.
I support any that can bring the best to the people.
Banyak lagi masih tidak beryakin dengan PR. Harus juga PR membuktikan kebolehan untuk memperjuangkan yang terbaik kepada orang di Sabah.
BN tetap kuat di Sabah. Adakah diantara penyokong BN akan melompat parti sebab banyak perjuangan tidak dapat ditunaika?
tidak kira kerajaan atau pembangkang, yang penting pemimpin Sabah yang diberi mandat untuk memerintah harus berusaha memajukan pembangunan di negeri ini dan bukannya hanya sekadar janji-janji manis
jika rakyat telah memberikan mandat kepada parti yang menang, maka wajiblah kerajaan yang terbentuk itu menunaikan janji-janji yang telah dibuat
semua pemimpin Sabah perlu bersatu demi generasi masa depan kita ..
kerajaan negeri/pusat harus buktikan kepada rakyat bahawa mereka benar-benar prihatin terhadap isu projek IC dan PATI di Sabah dan mencari penyelesaiannya
dan juga masalah 'phantom voters' harus ditangani secepat mungkin sebelum tibanya PRU-13
Post a Comment