Datuk Seri Musa Aman dipetik sebagai berkata , kerajaan Sabah sekarang sedang membahagi-bahagikan tanah kepada rakyat Sabah secara berkelompok untuk diperturunkan kepada anak-anak cucu mereka.Asalkan tidak dijual kepada warga asing.
Teringat kelapa Mawar dengan kes yang melanda Sabah sekarang.ini .iaitu dari Pensaingan ke Kalabakan, Tawau, Semporna, Lahad Datu, Kunak ,Telupid, Sandakan, Tongod, Pitas , Kota Marudu dan Kota Belud, semuanya 'panas' dengan isu rampasan tanah adat atau NCR. Mungkin kerajaan Datuk Musa Aman tidak tahu perkara ini, walaupun kes rampasan Tanah Adat di Kg Rampayan , Kota Belud yang kononnya di dakwa untuk dimajukan sebagai pusat pelancongan dikatakan sudah dalam peringkat pengetahuan Musa Aman.
Kemudian itu kelapa mawar juga ingat mengenai penjualan 3 buah pulau di sabah yang suatau ketika hangat di dalam internet. Pulau-pulau berkenaan ialah pulau Mengalum yang terletak diluar pantai Kota Kinabalu, berkeluasan 101 hektar dan dijual pada harga US$ 18 juta. Pulau kedua ialah pulau Pandanan dekat Semporna berkeluasan empat hektar dan dijual pada harga US$ 2 juta , manakala pulau Montukod di luar Kinarut dijual pada harga US$11.266 juta.
Lihatlah kenyataan Mus Aman ini seperti yang dilaporkan oleh BERNAM:
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata beliau yakin rakyat negeri itu akan menolak Pakatan Rakyat (PR) yang bercita-cita mahu merampas negeri tersebut daripada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.
Katanya, rakyat Sabah sudah matang dan tahu membezakan apa yang baik untuk mereka dan tidak mudah mempercayai pembangkang yang selalu berbohong untuk mendapatkan sokongan rakyat.
“Kita sudah ingatkan rakyat supaya jangan mudah terpedaya dengan pembangkang yang cuba untuk mendapat tempat di Sabah.
“Rakyat Sabah lebih yakin kepada BN yang ditunjangi UMNO,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Muar di Dewan Jubli Intan di sini.
Musa berkata, kerajaan negeri sedar ada usaha pembangkang untuk mendapat tempat di Sabah pada pilihan raya umum akan datang tetapi beliau yakin pengundi-pengundi Sabah tidak mudah terpedaya dengan janji kosong mereka.
Beliau berkata BN Sabah sendiri sentiasa bekerja keras selepas pilihan raya umum lalu dengan lebih banyak mendekati rakyat dan membantu mengatasi masalah mereka menerusi pendekatan.
Pendekatan tersebut akan dapat membantu BN mengekalkan kuasa di negeri itu pada pilihan raya umum akan datang seperti kini kerajaan Sabah membahagi-bahagikan tanah kepada rakyat secara berkelompok agar dapat diperturunkan kepada anak cucu mereka asalkan ia tidak dijual kepada orang lain.- BERNAMA
46 ulasan :
Kelapa Mawar salam.
Saya setuju dengan isu pendedahan tanah adat rakyat Sabah dirampas itu. Saya sendiri pun telah banyak kali post kan dalam blog Suara Bebas Tuaran, termasuk klip video sekali.
Anehnya menapa baru kali ini Musa beria2 membahagi-bahagikan tanah kepada rakyat Sabah, wal hal hampir2 semua tanah2 tersebut sudah habis dirampas; termasuk 30 ekar tanah mentua saya di Ranau?
Untuk tujuan memancing undi barangkali?
Bila kah penagihan tanah ini akan dilakukan? Bulan ini atau pun selepas PRU13 (kalau BN menang)?
Sama-sama kita nantikan hari yang bersejarah itu dengan penuh debaran.
Semuga sukses
Hanya laungan dalam media,
hanya sekadar teriakan,
Hanya igauan di siang hari,
Pembahagian tinggal kenangan.
Istilah bilakah masanya?,
Kita tunggu bulan jatuh ke riba.
Kita tunggu kucing bertanduk.
Kita tunggu kuda makan tembaga.
I heard the Sabah State Government is distributing communal land titles to natives.
Depending on how the people look at this, hope that they will be able to vote wisely during the next GE.
Baguslah kalau tanah sudah dibahagi-bahagikan. Kesian mereka yang sudah menunggu sekian lama untuk milki tanah sendiri.
Tidak kira pemberian tanah sebagai untuk memancing pengundi ataupun tidak. Lebih baik pemohon dapat tanah tu.
hopefully the distribution of these land tittles are for the people who are entitled to it, and not to some random TOM, Dick and Harry
Hopefully there will be more measures in the future( apart from the matter that has been mentioned in this article as well as the setting up of a tribunal) being introduced pertaining to the issue of communal land titles.
Better learn to believe and help the government to achieve the objectives. Be positive
kerajaan ada jg membahagikan tanah kepada penduduk seperti pemberian geran tanah komunal di Tenom. tanah ini selamat dan tidak dpt dimiliki oleh oran luar.
bagaimanapun, usaha dalam membahagikan tanah kepada penduduk harus diteruskan, moga isu tanah dapat diselesaikan.
ada saya baca, kira2 5,000 penduduk kampung di Nabawan dan satu lagi dalam Lalampas daerah Tongod diberi tanah melalui communal title.
Cooperatives in the state must work with the state and federal government to develop or cultivate idle land in Sabah
Bah kalau betul bagus jugalabah. Tapi jangan lupa isu2 rampasan tanah yang berlaku pun harus diselesaikan juga.
Mungkin ada yang anggap pemberian tanah ini sebagai umpan undi rakyat. Tapi, tak kisalah janji rakyat dapat tanah.
Selebihnya tu, bira rakyat yang bilai dan buat keputusan nanti.
Setuju dengan Carnation. Ada baiknya juga kita belajar utk menyakini kerajaan:P
Apapun, kita nnatikan saja perkembangannya. Harap semuanya OK.
many may say that the distribution of these land tittles are merely to fish votes, but at this point, who care if it is to fish vote. As long as the land is distributed to them.
even with the land title being distributed to them, it doesn't mean the people will vote for them. THey have their own mind to think, to vote wisely for their future sake.
the land title must be distributed to those who entitled for it and not to the pati.
Jika kerajaan memberikan tanah, berusahalah membangunkan tanah tersebut, jangan pula menjualkan kepada orang lain dan menyalahkan kerajaan lagi lepas tu.
Perlu ada syarat yang berserta dalam geran tanah yang diberikan kepada rakyat untuk menghalang mereka daripada menjual tanah tersebut ataupun menukarkan nama kepada mereka yang bukan keluarga. Barulah tanah itu tidak akan terjatuh kepada tangan orang luar.
Semoga kerajaan akan teruskan usaha untuk mengagihkan tanah komunal untuk bumiputra.
I don't think such thing could happen.
One of the problem is the Local is willing to give up or sell the land for the little profit and realise the stupidity later.
Datuk Seri Musa Aman dipetik sebagai berkata , kerajaan Sabah sekarang sedang membahagi-bahagikan tanah kepada rakyat Sabah secara berkelompok untuk diperturunkan kepada anak-anak cucu mereka.Asalkan tidak dijual kepada warga asing.
Baguslah kalau kerajaan Negeri cuba memberikan yang terbaik kepada penduduk Sabah.
Musa Aman dan pemimpin yang lain mungkin sedang mencari jalan penyelesaian bagi masa jangka panjang. Maka sebab itulah kenapa baru sekarang cadangan ini diberikan.
Harap apa yang Musa Aman rancang akan ditunaikan sebaiknya. Tambahan lagi harap para penduduk akan memberikan kerjasama supaya tidak menjual tanah yang diberikan kepada pihak luar.
Tiada isu seperti ini.
Native Land Tribunal is deemed important.
If this is true, I think we are all kaya already loh.
bertuah siapa dapat itu tanah.. berkenaan dengan rampasan tanah, YTL sendiri menyatakan bahawa KM Sabah tidak berhak atau tidak mempunyai kuasa berkenaan dengan tanah..
pemberian tanah melalui geran komunal memang baik bagi mengelakkan tanah daripada dijual.
mana-mana yang baik untuk rakyat pasti akan disokong..begitulah juga sebaliknya.
kebajikan rakyat harus sentiasa menjadi keutamaan semua pihak dan harus sentiasa dijaga.
Siapakah yang berkelayakan mendapat tanah?
Harap golongan yang mendapat tanah dapat menggunakan dengan wajar untuk mendapatkan pendapatan yang berterusan.
Apakah perkembangan Tribunal tersebut? Harap permintaan ini menjadi kenyataan.
Pemberian tanpa syarat, tidak masuk akal pun. Harus menunggu pengesahan dan apakah cara dan siapakah yang berkelayakan.
Isu tanah harus cepat diselesaikan termasuk rampasan tanah, tukar milik dll.
Adakah ini benar? Siapakah yang berlayak mendapat tanah?
Pengagihan tanah juga harus dibuat dengan adil dan terbuka.
Semoga tiada pihak mengambil kesempatan.
Kalau boleh, tanah tersebut harus diusahakan dan bukan dijual untuk mendapat keuntungan jangka masa singkat.
Apakah tujuan kerajaan memberi tanah?
Post a Comment