Wednesday, February 22, 2012



Kalau rakyat diberikan bantuan BR1M bernilai RM500, maka tidak ada sebab Skim Baru Gaji Kakitangan awam atau SBPA tidak mendukung gagasan kerajaan itu yakni 'membantu' kakitangan awam menikmati gaji dan kehidupan yang lebih baik terutama dalam situasi negara menuju ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020. Justeru itu gesaan CEUPACS yang menuntut kenaikan gaji dalam SSM sebelum berpindah ke skim baru adalah sangat-sangat munasabah.


PUTRAJAYA:Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menuntut kerajaan memberi kenaikan gaji antara RM700 hingga RM2,500 untuk Gred 1 hingga Gred 54. Presidennya Datuk Omar Osman berkata kenaikan itu perlu dilaksanakan terlebih dahulu menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum sebarang pembaharuan dibuat menerusi Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Beliau berkata tuntutan yang dikemukakan ialah untuk Gred 1 hingga 16 kenaikan sebanyak RM700, Gred 17 hingga Gred 26 (RM1,000), Gred 27 hingga Gred 40 (RM1,500), Gred 41 hingga Gred 48 (RM1,800) dan Gred 52 hingga Gred 54 
(RM2,500). 

"Misalnya bagi mereka yang berada di Gred 17, gaji semasa dalam SSM ialah RM820 perlu dinaikkan sebanyak RM1,000 kepada RM1,800," katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas cadangan Cuepacs pada mesyuarat pasukan petugas semakan semula SBPA di sini hari ini. 

Omar turut mencadangkan agar mereka yang berada di tangga gaji tahap maksimum atau pada tangga gaji mati perlu dibayar tunggakan kenaikan tahunan  selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikan selain perlu dinaikkan  gred. 

"Misalnya bagi mereka yang sudah terhenti kenaikan gaji sejak lima tahun  lepas, sekiranya kenaikan setahun mereka ialah RM100 jadi perlu dibayar  tunggakan sebanyak RM500," katanya. 

Selain itu, Cuepacs turut menuntut mereka yang lulus Penilaian Tahap  Kecekapan pada Aras 4 sebelum Disember 2011 perlu diberi kenaikan gaji.  "Banyak aduan yang diterima apabila SBPA diperkenalkan mereka yang sudah  lulus Aras 4 tidak diberi kenaikan gaji. 

"Ini tidak adil kerana bukan mudah untuk mendapat lulus Aras 4, terpaksa  berkorban baca buku siang malam tapi bila dah lulus tidak dinaikkan gaji,  sia-sia sahajalah usaha mereka," katanya. 

Omar berkata tuntutan Cuepacs itu dirasakan sesuai memandangkan mereka yang  di kedudukan atas daripada Gred 54 telahpun menikmati kenaikan tinggi dalam  SBPA. 

"Kalau betul kerajaan berhasrat untuk merapatkan jurang antara pegawai  rendah dengan atasan maka tuntutan itu adalah dirasakan wajar, apa yang Cuepacs  lakukan ialah untuk menuntut kesaksamaan," katanya. 

Beliau berkata terpulang kepada pasukan petugas SBPA untuk menilainya dan  jika merasakan tuntutan itu melibatkan kos yang tinggi, Cuepacs mencadangkan  gaji kumpulan yang menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA dikurangkan dan  disalurkan kepada gred bawahan. 

"Jika tidak boleh juga...apa yang terkandung dalam SPBA sekarang perlu  ditukar keseluruhannya dan digantikan dengan terma-terma yang baru," katanya.-- BERNAMA

7 ulasan :

Anonymous said...

jika kakitangan awam mendapt kenaikan sebegitu tinggi, bagaimana pula dgn pekerja swasta? masih ramai lagi yang mendapat gaji yang rendah.

Anonymous said...

pekerja swasta juga kena diberi perhatian. nasib mereka jgua harus dibela.

Anonymous said...

takkan penajwat awam sahaja yang kena bantu?? bagaimana dengan pekerja sektor swasta??

TuhauBam said...

walaupun sentiasa mendapat kelebihan bekerja di sektor awam tapi pekerja2 sektor awam masih tidak berpuas hati lagi.

Kris Jr said...

tuntutan CUEPACS kena juga dipertimbangkan.

Hamdan Hadillah said...

Apa yang kerajaan akan lakukan mengenai tuntutan daripada Cuepacs ini.

Hamdan Hadillah said...

Kalau dilihat pun sudah semestinya ada munasabah dengan cadangan ini. Tambahan lagi SBPA akan dilaksanakan.