Tuesday, February 7, 2012


Semenjak penubuhan PETRONAS pada tahun 1974 sehingga kewangan berakhir 31 Mac 2007, Syarikat Minyak negera itu telah mencatat keuntungan sebanyak RM 560 billion. PERTONAS yang diletkkan di bawah kuasa penuh PERDANA MENTERI dilaporkan membayar sebanyak RM 357.8 billion kepada Kerajaan Malaysia dalam bentuk cukai,royalti,duti eksport dan dividen. Wang itu kemudiannya disalurkan oleh kerajaan dalam beberapa projek mega seperti penubuhan Universiti Teknologi Petronas, Grand Prix PETRONAS F1 dan pasukan F1 Sauber-BMW PETRONAS dan Galeri PETRONAS dan Kumpulan Seni Persembahan PETRONAS yang kesemuanya bersangkut dengan kepentingan perniagaan kroni dan proksi pemimpin tertentu dalam kerajaan.

Kini dana awam dalam KWSP bernilai 1.5 billion pula dimanipulasikan oleh kerajaan secara rakus apabila di salurkan kepada warga Kuala Lumpur dalam bentuk pinjaman perumahan. Kononnya kepada rakyat yang berpendapatan rendah dan menghadapi masalah mendapatkan pinjaman dari Bank. Tindakan kerajaan ini mendapat kritikan hebat dari seluruh rakyat yang merasakan langkah kerajaan itu sebagai tidak adil dan bertujuan untuk memanipulasikan aset KWSP yang dikatakan sebagai "dana awam" itu.


Setiausaha publisiti DAP, Tony Pua dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dalam kenyataan bersama mereka memberi amaran skim berkenaan akan menjadi punca Malaysia mengalami 'Krisis Kewangan.'

Pua dan Izzah, yang masing-masing merupakan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dan Lembah Pantai, menjelaskan, di bawah keadaan yang biasa diamalkan, setiap program kebajikan membantu golongan miskin akan dibiayai kerajaan menggunakan hasil kutipan cukai.

Tambah mereka, kerajaan seharusnya menaikkan kadar bond bagi membiayai defisit. Oleh itu, kedua-dua mereka menegaskan Putrajaya boleh memberikan KWSP bond berkenaan dan membantu golongan susah bagi pembiayaan perumahan.

Namun begitu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Jumaat lalu menjelaskan dana RM1.5 billion daripada KWSP terhadap pinjaman berkenaan tidak memudaratkan pencarum KWSP.

Bekas setiausaha agung Kesatuan Sekerja Komersial Sabah (SCEU) Rebecca Chin berkata beliau tidak dimaklumkan tentang cadangan skim pinjaman perumahan terbaru semasa menghadiri mesyuarat ahli lembaga KWSP. 

“Malah, sekiranya anda bercerita mengenai dana yang seharusnya digunakan dalam skala nasional, kenapa pinjaman hanya untuk mereka yang berada di Kuala Lumpur? Bagaimana dengan rakyat Sabah? Berapa kadar minimum pendapatan mereka? Kami pun tidak mempunyai duit,” kata Chin.

“Sebagai wakil daripada Sabah, adakah ini adil untuk penduduk Sabah?” tambahnya. sedangkan ramai penduduk Sabah masih menyewa, atas sebab tidak dapat pinjaman bank kerana berbagai masalah seperti muflis, tidak berpendapatan tetap dan sebagainya. Kalau kerajaan adil, perkara ini perlu dijadikan polisi, agar supaya tiada rakyat yang dianak tirikan.





Pada 23 Jun 2011, KWSP telah membentangkan laporan tahunan kepada parlimen, mengisytiharkan dividen 5.8% dan menjelaskan bahawa 27% daripada pelaburan adalah dalam Sekuriti Kerajaan Malaysia (SKM) dan 32% pula adalah pinjaman dan bon kepada agensi-agensi kerajaan. . Dengan dana RM 440,52 bilion, KWSP adalah salah satu daripada dana yang terbesar di dunia dan mewakili wang simpanan 12 juta pekerja sektor swasta.

Persoalannya adalah mengapa lebih 60% daripada dana KWSP adalah dalam bentuk pinjaman kepada Kerajaan dan badan-badan Kerajaan? Adakah Kerajaan Malaysia peminjam yang baik?

14 ulasan :

Green Sabah said...

Hopefully the investments that uses the EPF funds will be risk-free or low-risk so that the retirement funds for workers will be protected.

Green Sabah said...

Better management and planning for the country's developments are needed. Hope that the government will pay more attention on this.

Anonymous said...

Banyak spekulasi tentang dana EPF ini. Sebab itulah penyimpan EPF pun risau jika sesuatu yang tidak diingini berlaku dan siapa yang akan bertanggungjawab.

Anonymous said...

Kerajaan perlu buat tindakan yang betul dan adil. Rakyat adalah kepentingan utama. Bukan kroni atau proksi.

DorianG said...

Hopefully this matter will not have an impact on the funds in the long run

DorianG said...

me gusta said...

Banyak spekulasi tentang dana EPF ini. Sebab itulah penyimpan EPF pun risau jika sesuatu yang tidak diingini berlaku dan siapa yang akan bertanggungjawab.

-Who wouldn't? This is their retirement fund after many years of contributing.

Anonymous said...

kerajaan telah memberi jaminan bahawa wang pekerja akan terjaga. wang tersebut adalah untuk masa depan pekerja.

Anonymous said...

semoga wang pekerja benar2 akan terjamin dan selamat.

Kris Jr said...

Pihak KWSP perlu jelaskan kepada pencarum2 secara terperinci mengenai hal tu. Pencarum2 sudah tentu bimbang mengenai hal tersebut.

Hinamori said...

Lebih baik pihak berkenaan memberikan penjelasan secukupnya untuk menjawab kepada spekulasi2 yang timbul.

Anonymous said...

tidak mungkin kerajaan akan meletakkan kewangan pekerja dalam suatu situasi yang berisiko. kerajaan kenalah buat penjelasan sepert ini.

Bujang Senang said...

Ini tidak patut berlaku. Seharusnya perkara ini memerlukan persetujuan pencarum itu sendiri.

Bujang Senang said...

Simpanan KWSP ini adalah untuk kegunaan masa hadapan para pekerja. Bagaimana jika berlaku risiko yang tinggi dengan pelaburan ini.

Anonymous said...

mula sudah startegi pembangkang menakut2kan rakyat.. apa yang perlu ditakutkan jika skim yang dicadangkan tidak menjejaskan kepentingan KWSP kerana sekiranya pembeli tidak mampu membayar balik atau tidak membayar balik, rumah itu masih boleh dijual di pasaran dengan harga lebih tinggi.