Tuesday, February 14, 2012






Kenyataan Mursyidul Am PAS yang juga MB kelantan supaya ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf atas kenyataannya yang disiarkan oleh The Wall Street Journal sebagai melambangkan sokongan kepada Isreal seharusnya tidak dipolitikkan oleh politukus di negara ini. Kerana rentetan daripada kenyataan Tok Guru Nik Aziz itu laha sekiranya kenyataan DSAI itu dimanipulasikan oleh Wall Street,maka disarankan DSAI menyaman media antarabangsa itu.Ini membuktikan bahawa dalam PR, sikap tegur-menegur itu diamalkan.Dan gesaan itu harus dilihat sebagai bukan 'hukuman' tetapi teguran yang membina.

Isu Palestin dan kewujudan kerajaan haram Isreal puluhan tahun di bumi Anbia itu bukan lagi menjadi isu politik tetapi menjadi isu kemanusiaan abad ini. Keganasan Isreal melepasi sempadan kemanusiaan apabila langsung tidak membenarkan bantuan kemanusiaan antarabangsa menyentuh bumi palestin.

Maka di Malaysia, Ketua Pembangkang datuk Seri Anwar Ibrahim 'gagal' melihat isu itu sebagai norma kemanusiaan. Sebaliknya tidak sedar bahawa pemihakan kepada Israel akan menjadi isu besar terutama disaat PRU 13 ini semakin dekat.

Sama ada kenyataan DSAI itu benar atau tidak bukan menjadi isu pokok kerana yang lebih utama, Anwar harus menyahut saranan Menteri Besar Kelantan itu. Sama ada menarik balik kenyataanya dan memohon maaf atau mengambil tindakan undang-undang.Namun adalah molek jika MP Permatang Pauh itu memohon maaf secara terbuka.I su ini akan berhenti di situ.



BANGKOK: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan pilihan raya umum ke-13 PRU-13) akan diadakan lebih awal dari yang dijangkakan, sama ada pada Mei atau Jun ini.

Beliau berkata pemimpin parti campuran pembangkang dalam Pakatan Rakyat semasa mesyuarat mereka baru-baru ini, menjangkakan pilihan raya umum akan diadakan pada bulan itu.

Katanya, mereka membuat jangkaan itu berdasarkan kepada pelbagai bantuan yang akan diberikan kerajaan kepada rakyat bulan depan.

“Tetapi saya fikir ia akan diadakan lebih awal. Kenapa kerana saya boleh baca fikiran mereka kerana saya juga pernah antara salah seorang daripada mereka,” katanya pada majlis “Sepetang dengan Anwar Ibrahim” di Kelab Koresponden Asing Thailand (FCCT), di sini, malam tadi.

Penggal lima tahun kerajaan sekarang akan tamat pada Mac tahun depan.

Dalam perkembangan yang mengejutkan, Anwar mempertahankan langkah kerajaan tidak membenarkan aktiviti keganasan di Malaysia.

Menjawab soalan daripada hadirin mengenai dakwaan bahawa Malaysia dikaitkan dengan aktiviti keganasan termasuk tempat pertemuan,

latihan dan menempatkan pengganas, beliau berkata: “Saya tidak ada bukti bahawa kerajaan Malaysia terbabit dalam aktiviti seperti itu.

Tidak ada sebab kerajaan Malaysia mempunyai hubungan dengan pengganas.”

Anwar dijemput oleh FCCT untuk berkongsi pandangan dengan beliau mengenai perkembangan terkini di Malaysia.

Beliau menyentuh antara lain perkara-perkara mengenai demokrasi, tadbir urus, pilihan raya, rasuah, media dan keadaan ekonomi di Malaysia serta isu-isu antarabangsa lain.

Anwar juga mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa beliau menarik balik kenyataan yang dilaporkan menyokong semua tindakan untuk menjaga keselamatan Israel yang disiarkan oleh Wall Street Journal atau menyaman akhbar itu jika laporan tersebut tidak tepat.

Ketua pembangkang itu berkata beliau akan menemui pemimpin PAS itu untuk menerangkan perkara berkenaan apabila pulang nanti.

- Bernama

11 ulasan :

Mohd Ishak said...

DSAI perlulah membuat penjelasan yang lanjut mengenai kenyataan beliau berkaitan dengan penyokongan terhadap Israel.

Mohd Ishak said...

Setelah pertemuan bersama PAS, pastikan penjelasan akan diberikan kepada rakyat dan penyokong.

DorianG said...

DSAI has made his justification regarding this matter.

DorianG said...

But still this matter is still being politicized by all fronts.

TuhauBam said...

Teguran membina? ok la tu. Sekiranya teguran membina haruslah dilaksanakan.

Like A Boss said...

Kenyataan DSAI ini mengundang kontroversi kerana lain orang, lain pengertiannya. Adakah DSAI terlalu bodoh untuk meletakkan dirinya di dalam situasi yang bahaya di saat-saat PRu13 semakin menghampiri?

ferlo said...

sebaiknya beri penjelasan akan hal tersebut

shiro said...

kenyataan kontroversi Anwar tidak mewakili pendirian negara keseluruhannya. hairan kenapa Anwar menyatakan sokongan beliau kepada perjuangan Israel sedangkan beliau tahu pendirian Malaysia dalam hal ini.

shiro said...

harap Anwar memberi penjelasan dan memohon kemaafan secara terbuka dalam perkara ni.

Batresiah said...

Mungkin impian Anwar hanya mimpi selepas ini. Setelah pelbagai kenyataan diberikan Anwar mengenai isu hangat di Malaysia.

nickko said...

banyak sangat kenyataan Anwar yang menimbukan kontroversi.. bermula dengan isu hubungan sejenis sehingga la isu Israel dan yang terkini berkenaan dengan kenyataan beliau yang mahu menaikkan royalti minyak..