Thursday, February 16, 2012





Kewujudan parti STAR bersama USNO yang belum diluluskan pendaftarannya di Sabah akan membawa banyak pilihan kepada rakyat Sabah selepas ini.Dengan slogan ala-ala PKR di semenajung, STAR membawa sloga "reformasi Sabah" dalam kempen jelajahnya di seluruh Sabah  selain tagline "INI KALI LAH". Namun bagi pemuda UMNO Bahagian Keningau, slogan itu ternyata sempit dan tidak mempunyai hala tuju yang jelas.


KOTA KINABALU: Pemuda Umno Bahagian Keningau, Azman Ruslan, tidak perlu risau dengan slogan ‘reformasi Sabah’ kerana itulah tongkat sakti Parti Reformasi Negeri (Star) dalam kempennya menerusi pakatan Perikatan Borneo Bersatu.

Hari ini, Azman menyelar Star Sabah kerana menyifatkan slogan itu akan menyempitkan ruang dan peluang rakyat Malaysia di Sabah untuk bersaing dengan masyarakat lain di negara ini ke arah mencapai kemajuan.
Selain itu, bekas Ketua Pemuda Umno Sabah itu juga mempertikaikan slogan perjuangan pakatan Perikatan Borneo Bersatu itu yang dianggapnya tidak menunjukkan hala tuju yang jelas, terutama bagaimana untuk membangunkan dan meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia di Sabah.
Azman, membuat kenyataan itu menerusi Berita Nasional Malaysia (Bernama) hari ini, sambil berkata saranan Star itu tidak realistik, memandangkan Sabah sudah menikmati kemajuan setelah mencapai kemerdekaan selama lebih 50 tahun melalui pembentukan Malaysia.



Seorang Blogger menyimpulkan, bahawa kenyataan Azman itu menggambarkan beliau tidak matang dalam politik dan takut kepada bayangan sendiri, lihatlah Umno bahagian Keningau yang dalam keadaan bercelaru.
Mengenai cabaran Azman supaya Star mengumumkan agenda pembangunan, Blogger itu dengan sinis berkata, biasanya pembangunan hanya dapat dilihat apabila berjaya membentuk kerajaan, tunggulah keputusan PRU-13 nanti.


Blogger itu menambah, Azman boleh berkata apa sahaja selagi kerajaan Barisan Nasional berkuasa tetapi ingat, tiada kerajaan kekal di dunia. Mungkin PRU-13 adalah yang terakhir bagi BN dan kerajaan baru akan muncul iaitu kerajaan pakatan Perikatan Borneo Bersatu.


“Star lebih responsif dan proaktif, terutama dalam memelihara dan mempertahankan semangat Malaysia,” kata Blogger itu mengulas kenyataan Azman hari ini. 


Blogger itu bertanya kepada Azman, adakah bangsa Malaysia benar-benar bersatu?. Lihatlah Sabah dan Semenanjung, rakyatnya berpecah belah di bawah naungan kerajaan BN.


“Banyak pihak protes dasar kerajaan kuku besi BN, kerana dasar BN itulah maka timbullah banyak parti politik yang berjuang untuk membawa perpaduan, kestabilan ekonomi, politik dan perubahan di Sabah,” jelas Blogger itu lagi.-sidang rakyat.

2 ulasan :

Anonymous said...

KAMU INI CAKAP SAJA LEBIH...BILA SUDAH MENANG LOMPAT JUGA MASUK BARISAN BALIK,...MACAM SAJA ORG SABAH NI BODOH BETUL.

Anonymous said...

Kaulah yang bodoh kau pikir kau pintar?
Pandai cakap orang bodoh sendiri pun bodoh.

Ceh....