Thursday, February 2, 2012


Kalau sebelum ini Datuk Seri Anwar Ibrahim secara berseloroh mengucapkan 'terima kasih' kepada pembaca berita TV 3, Jamalia yang tersasul menyebut Ketua Pembangkang itu sebagai Perdana Menteri Malaysia" ketika membaca berita di stesen TV swasta milik UMNO itu, kali ini Kelapa Mawar merasakan jika Anwar Ibrahim membaca komen MP Kota Belud dalam wall FCB Sdr Musli Oli, tentunya beliau akan lebih gembira kerana MP Kota Belud yang sebelum ini disifatkannya sebagai "pemimpin muda yang angkuh dan  sombong' dalam ceramah Umum PKR di Kota Belud tempoh hari, akhirnya membuat pengakuan jujur dengan mengiktiraf kemampuan dan kredibiliti Anwar sebagai Calon paling layak bagi Jawatan Perdana Menteri Malaysia menggantikan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Isu kenyataan Anwar mengenai Isreal mendapat perhatian penulis politik tanah air sdr Musli Oli apabila dalam wall fcbnya menuntut pengunjung laman sosial berkenaan membahaskan isu seperti berikut :

Anwar menyokong formula penyelesaian 2 negara..menjamin keselamatan Israel dgn "SYARAT" di ulang, dgn SYARAT hak Palestin terbela!

Isu ini dipredebatkan secara terbuka dan antara yang mengambil bahagian ialah blogger kelapa Mawar sendiri. Kemudian dari itu Mp Kota Belud, Datuk Rahman dalam komennya mengungkapkan beberapa kenyataan berikut:

1. Statement Anwar itu sepatutnya datang dari seorang level diplomat atau Duta malaysia atau Menteri Luar. Pemimpin kelas Perdana Menteri, sepatutnya terang dan jelas melindungi hak Palestin dulu, baru berunding dengan Israel laknatullah itu. Anwar seakan-akan tidak memahami naluri rakyat Malaysia terutamanya yang muslim. Dia patut minta maaf dan kita akan maafkan "kesilapannya" itu


2. Pak Faisal Ks: Salam. Persoalannya bukan begiotu. Kenyataan seseorang bertaraf "Perdana Menteri" dari negara majoriti Islam seperti Malaysia tidak sepatutnya begitu. Anwar kena hati-hati apatah lagi soal Israel dan Palestine yang begitu sensitif di malaysia ini. Sejarah dunia penuh dengan sengketa hanya kerana kesilapan membuat kenyataan.



13 ulasan :

Anak Sabah said...

Kenyataan Rahman Dahlan tersebut hanya pandangan sendiri dan tidak mewakili semua rakyat.

Anak Sabah said...

Bagi pendapat saya, jika PR mampu menawan Putrajaya, tidak semestinya Anwar sahaja yang layak menjadi PM. Ada pemimpin PR yang lain juga berkemampuan. Parti komponen PR mana yang menang besar, pemimpin parti tersebut patut menjadi PM. Jika DAP menang, maka LGE menjadi PM, jika PAS, maka Nik Aziz.

Anonymous said...

nampaknya pandangan Rahman Dahlan telah di salah ertikan.

Anonymous said...

LGE takkan dpt menjadi PM kerana hanya bumiputera Sahaja yang boleh menjadi PM, jadi TPM mgkin boleh. tapi peluang untuk PR menawan Putrajaya masih jauh lagi.

Kris Jr said...

semuanya tu hanya boleh menjadi reality sekiranya PR menang.

Kris Jr said...

Anwar menyaman Perkasa yang menyiarkan satement Anwar dalm sesi temu ramah tu tapi Anwar tidak menyaman wall street

Anonymous said...

ada lagilah isu lepas ni. 'MP Kota Belud akui Anwar bertaraf PM'. ataupun perkara ni juga hanya putar belit pihak media?

DorianG said...

This is a matter of personnel opinion

Anonymous said...

Jika PR menang, mereka tetap akan jadikan Anwar PM. Sama ada Anwar benar2 ingin lakukan perubahan atau beliau masih dalam politik sebab hasrat lalu tidak kesampaian?

Anonymous said...

Masing2 ada hak untuk nyatakan pandangan mereka dan terpulang kepada penerimaan yang membacanya.

Bujang Senang said...

Bertaraf PM itu mungkin ada tapi bukan dibawah PM masih dan tidak layak memegang jawatan ini sebenarnya.

Anonymous said...

dikalangan parti pembangkang cuma dia sahaja yang layak.. hanya beliau sahaja yang faham dengan selok belok pentadbiran kerajaan kerana beliau pernah berada dalam kerajaan..

Anonymous said...

itupun kalau Pakatan berjaya mengambil alih kerajaan la.. kalau tidak, dia cuma layak memegang jawatan sebagai ketua umum pakatan..