Thursday, February 9, 2012



Isu kredibiliti pemimpin politik di Kota Belud tidak boleh disimpan dalam 'almari' lagi seperti dulu. Di kunci rapat-rapat bersama longgokan 'wang ringgit'. Kini 'kredibiliti' pemimpin lebih senang di simpan dalam "pen drive" atau paling kurangpun dalam "external hard disk" yang di sambung dengan komputer riba ataupun PC di rumah. Bedanya 'kredibiliti' itu bolhe di akses oleh sesiapa juga melalui internet yang mempunyai rangkaian di seluruh dunia. "kredibiliti' pemimpin sabah hari dilihat, dibahas, dicerna, dikupas, diteliti dan di baca oleh jutaan rakyat bawahan yang mula celik dengan ICT ini.

Isu kredibiliti pemimpin politik di Kota Belud, banyak mendapat perhatian dari blogger dan penggemar laman sosial fcb. Pelbagai isu dipapar dan dibahaskan.

Jika sebelum ini Musli Oli, seoramg blogger dan penulis politik nasional dalam laman FCB 'MENCABAR' MP Kota Belud, Rahman Dahlan untuk berdebat membincangkan isu-isu 'ketuanan' Sabah dalam Malaysia bersangkutan isu 20 perkara ( cabaran tidak dipedulikan oleh Datuk Rahman), kini Sdr Musli Oli melalui blog Sayaready.Blogspot.com ketika memberikan response tentang isu dialog Telupid yang dirasmikan oleh  Datuk Salleh, sdr Musli Oli sekali lagi mengulangi cabarannya mengadakan 'debat' secara terbuka mengenai isu USBO dan hala tuju bangsa rumpun Bajau di Sabah. Cabaran debatnya kali ini ditujukan kepada datuk salleh Tun said selaku Presiden USBO yang suatu ketika dulu mengetuai NGO politik itu memberi 'tekanan' kepada Musa Aman dan kepimpinan pusat setelah berlaku pengguguran sebagai calon PRU 12 ke atas 3 orang pemimpin yang kononnya dari rumpun USBO . Mereka ialah Datuk salleh, Tan Sri Pandikar dan Datuk Amir Kahar Tun Mustapha.

Kenyataan Musli Oli :



Dalam isu Datuk Salleh Said, saya rasa dialog paling sesuai ialah soal kepimpinan bangsa yang diketuainya. Sebelum ini Salleh dianggap pemimpin bangsa Bajau. 

Tetapi setelah disingkirkan pada 2008, SSK dgn sokongan Tan Sri Pandikar dan Datuk Seri Shafie Apdal memperluaskan kepimpinan itu meliputi masyarakat dalam rumpun Bajau iaitu dipanggilnya rumpun USBO!

Apakah agenda Salleh dengan USBO? saya adalah AMT pertubuhan itu sewaktu SSK tiada jawatan dalam kerajaan. Tapi selepas dia jadi Penasihat Sains dan kemudiannya sebagai Speaker, SSK tidak lagi perlu khidmat kami termasuk sdra Kibin Hj Samad. dia memilih dikalangan YES MAN.

Saya ingin cabar SSK berdialog soal halatuju rumpun USBO. Kemana kaum ini di bawa atau dijualnya?

28 ulasan :

getah lastik said...

BARU BERAPA HARI JOIN PKR DAH PERANGAI MACAM NUAR.KELENTONG SANA SINI.ANGKUH DAN SOMBONG.ITU BELUM LAGI ADA JAWATAN.KALAU ADA JAWATAN TAK TAU LA MACAMANA

skinnerezel said...

"Dirty" politic , agreed?

Green Sabah said...

With the advanced ICT, voters can have all the information about a leader at their fingertips. The voters nowadays are more well informed and knowledgeable therefore it is difficult to try to win their trust.

Green Sabah said...

Hopefully Salleh's agenda with USBO will be revealed, I'm interested to know what is he trying to achieve.

Carnation said...

Datuk Salleh , is he still creditable in the eye of the Rakyat ? Lets the people decide though there are so many write up in the blog and in the media, at times we do not know who to believe??

Paquin said...

Saya rasa kan, KB lah kawasan yang paling popular setakat ni oo.. hahaha

Paquin said...

Politik ni kan memang bikin hairan. Saya sendiri pun curiga apa sudah jadi dengan para pemimpin sekarang yang telampau mahu cari populariti..

Paquin said...

Bagus juga buat dialog ba, tapi kalau tak dibuat pun takpa. Pastikan saja tindakan dapat diambil, barulah best sebab tak payah buang masa berdebat/dialog:)

Paquin said...

S/ada Salleh ni credible di mata rakyat atau sebaliknya, sendiri mahu ingatlah. hehehe

Paquin said...

Apapun, terpulanglah pada rakyat untuk membuat penilaian seterusnya membuat pilihan tepat.

Jason said...

Popularity alone will not help you win the election.

Jason said...

The people are only interested to know what and how the leaders contributed help to them.

Jason said...

Salleh should accept the challenge.

ferlo said...

rajin betul Musli Oli nak bawa orang berdebat. dari berdebat baik buat dialog.

TuhauBam said...

Satu2 pemimpin dari Umno/BN dicabarnya pasti ada motif. Sebelum menyertai PKR tiada pun ajak debat mana2 pemimpin pembangkang.

ferlo said...

apaun, kita tgklah adakah cabaran Musli akan diterima oleh pemimpin KB.

TuhauBam said...

Macam juga ketua PKR Anuar, sibuk mahu debat2. macam banyak masa lapang saja.

Hinamori said...

Ni MUSLI OLI mahu cari populariti. mahu tunjukkan di mata penduduk KB dia paling top dan pintar.

Hinamori said...

Buang masa saja mahu debat. Buat kerja lagi bagus. Mulut saja bekerja tiada faedah juga tu. Tindakan yang penting

me gusta said...

Dalam 'resume' PKR, bolehlah letak berdebat sebagai hobi ;p

me gusta said...

Tipikal betul..bila masih dalam satu pasukan, sunyi sepi saja. Sudah bawa haluan masing2, makin lantang bersuara.

Hanroizin said...

Nampaknya Datuk Musli cuba untuk membuat publisiti dengan mencabar pemimpin dikawasan tersebut.

Hanroizin said...

Mungkin dia ada rancangan sendiri dengan cabaran diberikan ini. Kita tunggu saja adakah diterima atau tidak cabaran yang diberikannya itu.

nickko said...

dia patut adakan debat dengan pemimpin2 yang dia sebutkan diatas semasa beliau masih berada dalam umno..

samm said...

macam jadi trend pula, sikit-sikit mau buat debat.

samm said...

kalau berdebat pun, belum tentu ada sesuatu hasil atau penyelesaian akan diperoleh.

samm said...

masin-masing perlu fokus ke depan dan jalankan peranan dengan sebaiknya.

Saya Ready said...

Tabik spring dgn bro musli.. Org2 BN mmang x suka debat, sbb bukan budaya mreka.. Tp, debat dlm pisbok, sehari semlm x akun kalah.. Hahaha