Monday, February 13, 2012



Setelah mengalami pelbagai asakan dalam laman blog dan Fcb, mengenai kenyataannya berkaitan isu Borneosasi yang dikatakan oleh Mp Kota belud ini sebagai SUDAH SELESAI, akhirnya setiausaha BN Sabah ini membuat beberapa kenyataan dalam Fcb Kelapamawar, mempertahankan kenyataannya sebelum ini. Malahan beberapa isu berbangkit yang dikemukakan dalam forum tersebut turut di jawab oleh Datuk Rahman Dahlan.Justeru sebagai langkah keadilan kepada pembaca setia blog ini, saya perturunkan kembali ulasan dan hujah Datuk Rahman di laman fcb kelapamawar.



1. Kalau Pengarah orang Sabah tidak ada kuasa, maknanya semasa pengarah dipegang orang Semenanjung juga tidak ada kuasa. Jawatan berpindah tangan ke orang Sabah tidak melibatkan perubahan dari segi kuasa jawatan itu. Kalau betullah jawatan pengarah yang dipegang oleh orang Sabah itu tiba-tiba hilang kuasa, saya kira pengarah dari Sabah itu tidak layak pegang jawatan itu.


2.Pengarah SKM akan berpindah kpd anak tempatan dalam beberapa minggu ini kerana pengarah sekarang akan berpindah balik ke semenanjung. .Saya sendiri yang menalipon menteri dan beliau bersetuju.


3. Dulu kita minta pengarah jabatan persekutuan di Sabahkan. Sekarang kita dapat, kita masih mengeluh.


4. Mengenai kuasa pengarah jabatan pelajaran negeri, saya mahu berkongsi cerita. Dulu kuasa untuk menentukan projek diberi kepada jawatankuasa tender di Sabah. Kontraktor ramai yang dari Sabah dapat kerja dalam JPN. Lepas itu kontraktor-kontraktoryang gagal dapat kerja, pakat-pakat buat satu surat aduan kepada Menteri Pelajaran menuduh banyak kronisma yang berlaku oleh pegawai-pegawai JPN yang rata-ratanya orang Sabah. Mereka memberi amaran akan lapur kepada BPR (pada waktu itu sebelum SPRM). Kontraktor-kontraktor tersebut minta supaya keputusan dibuat di KL kerana pegawai-pegawai Sabah kononnya salah guna kuasa dan pilih kasih. Kata mereka kalau dibuat di KL, sekurang-kurangnya mereka tidak terhalang oleh sistem kronisma di JPN. Kementerian buat siasatan dan mendapati ada elemen tersebut berlaku. Lepas itu kementerian ikut cadangan kotraktor-kontraktor Sabah yang buat aduan tersebut. Maka kuasa dikembalikan ke KL. Jadi dalam hali ini siapa yang nak dipersalahkan?? Yang dapat orang sabah, yang komplain orang sabah..


5. Yang menangkan UMNO di sabah ini adalah rakyat bukannya segelintir pemimpin yang dicerca dan dihina itu. Berjuta yang sokong UMNO. Mereka bukan bodoh. UMNO ada 500 ribu ahli, takkan semua bodoh.


6. KErajaan persekutuan bukan kerajaan Malaya! Sabah ada 4 menteri dan 5 Timbalan menteri dalam cabinet yang turut membuat keputusan dasar dan menjalankan dasar itu. Keputusan 9 orang itu mempunyai kesan kepada 28juta rakyat Malaysia. Kerajaan persekutan adalah milik semua rakyat Malaysia.

24 ulasan :

Mohd Ishak said...

Walaupun beberapa ulasan Rahman Dahlan ini berasas, tapi masih ada lagi syarat dalam Borneonisasi yang belum lagi dicapai, oleh itu, usaha untuk meneruskannya adalah penting.

Mohd Ishak said...

Diharapkan kerajaan Pusat akan mengambil tindakan untuk teruskan Borneonisasi di Sabah.

Unknown said...

Benar kata sdra Mohd Ishak...itu sekelumit ja. klu mau 100% borneoisasi kan elok beri sabah 100% autonomi dalam segala aspek tanpa campurtangan Malaya.komen dan penjelasan mp kb tu pun berasas juga. klu ada yg masih kurang kita desak mp mp sabah supaya 'memaksa' kl mengembalikan hak-hak sabah yg 'dirampas kl'.

Anonymous said...

borneasasi telah dilaksanakan cuma ia belum lagi sepenuhnya dicapai.

Anonymous said...

ia pasti akan tercapai sepenuhnya nnti.

Anonymous said...

JAWATAN-JAWATAN teras yang penting di Jabatan Persekutuan di negeri Sabah telahpun dipegang oleh rakyat Sabah yang berkelayakan dan berpengalaman, kata Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan. Menurutnya, tuduhan pihak pembangkang mendakwa bahawa Kerajaan Persekutuan tidak memperdulikan proses ’Isu Borneosasi‘ adalah satu perkara yang tidak benar. Katanya, dakwaan pembangkang itu hanya untuk mengelirukan pemikiran rakyat yang bertujuan menanam rasa kebencian terhadap Kerajaan Persekutuaan semata-mata.

“Jawatan-jawatan yang paling teras, asas dan penting telahpun dipegang oleh rakyat Sabah yang berkelayakan serta berpengalaman antaranya seperti jawatan Pengarah di Jabatan Imigresen Sabah; Jabatan Pendaftaran Negeri Sabah; Jabatan Pendidikan Negeri Sabah; Jabatan Kesihatan Negeri Sabah; Universiti Malaysia Sabah (UMS); Jawatan Pegawai Kewangan Persekutuan (FFO); Pengarah Jabatan Pembangunan Negeri Sabah (JPNS).

“Begitu juga dengan jawatan di Petronas di wakili oleh orang Sabah, SESB dan jawatan Pengarah di Jabatan Koperasi dan Jabatan Kastam dalam masa yang terdekat ini turut akan dipegang oleh rakyat Sabah.”

Hamdan Hadillah said...

Mengenai isu ini memang benar sudah ramai penduduk Sabah memegang jawatan tertinggi. Namun masih dalam perlasanaan berperingkat.

Hamdan Hadillah said...

Teruskan usaha memperjuangkan mengenai Borneosasi di Sabah.

Hamdan Hadillah said...

Kerajaan tidak akan membiarkan perkara ini terus menjadi isu pembangkang. Maka sebab itulah kerajaan terus memperjuangkan hak dan penduduk Sabah. Selagi isu itu belum selesai selagi itulah kerajaan akan mencari jalan penyelesaian mengenai perkara ini.

TuhauBam said...

memang ada orang Sabah di sektor seperti yang dinyatakan tapi masih sedikit rakyat Sabah diberi keutamaan. Diharap kerajaan negeri sentiasa mengambil berat terhadap isu tersebut.

TuhauBam said...

Teruskan usaha dalam isu borneosasi. Biar majoriti rakyat Sabah yang memenuhi sektor2 yang ada di Sabah.

kamilla said...

Borneonisasi belum tercapai sepenuhnya,harap usaha berterusan akan di buat untuk mencapai matlamat ini.

kamilla said...

Harap lebih banyak orang Sabah di beri peluang memegang jawatan penting dalam sektor2 yang di sebut itu.

kamilla said...

Harap pembangkang tidak memanaskan isu ini lagi, kerajaan harus berusaha untuk mencapai Borneonisasi ini.

Anonymous said...

Kenyataan DARD ada asasnya juga namun ia tidak menjawab sepenuhnya persoalan2 yang timbul selama ini. Keadaan mendesak untuk rakyat Sabah lebih 'demanding' kerana mereka berhak buat begitu. Semoga pemimpin tempatan lebih berani memperjuangkan hak dan nasib rakyat.

Anonymous said...

kalaupun borneonisasi dilaksanakan 100%, selagi kerajaan pada waktu itu ialah BN, selagi itu saya tidak yakin bahawa isu ini akan tamat.. pasti ada juga pihak yang mempertikaikan isu ini..

Paquin said...

Isu Borneosasi harus diuruskan dengan baik bagi mengurangkan ketegangan yang timbul.

Paquin said...

Hak rakyat harus dipertahankan dan bukannya diperlekehkan kerana ia hanya kana mengundang kemarahan rakyat.

Paquin said...

Teruskan usaha memperjuangkan borneosasi demi masa depan kita dan juga generasi hadapan.

Paquin said...

Namun isu ini haruslah diperjuangkan untuk rakyat dan bukannya dijadikan bahan politik utk kepentingan individu tertentu.

Paquin said...

Apapun, sama-samalah kita mengharapkan yang terbaik mengenai hal ini.

samm said...

apa pun, usaha berterusan perlu dibuat untuk memajukan rakyat negeri ini.

samm said...

teruskan usaha untuk meningkatkan pencapaian sedia ada..

samm said...

semoga Sabah akan terus membangun dan leih ramai rakyat Sabah akan memegang jawatan-jawatan penting.