Monday, February 13, 2012



Blogger  Merah Tinta (MSO) dalam blognya melaporkan di negeri siti wan kembang, Kelantan sudah 'heboh' beberapa ketua UMNO bahagian UMNO 'tidak' atau 'digugurkan' pada PRU 13 akan datang. Antara yang dilaporkan oleh penulis nasional itu melibatkan Abdullah Yassin ( Rantau Panjang), Ramzi Abd. Rahman ( kuala Krai),Che Alwi (pasir puteh), Annuar Musa (ketereh), Tengku Razaleigh Hamzah ( Gua Musang).Nama-nama ini menurut Mohd. Sayuti Omar tidak disandarkan oleh UMNO Kelantan pada PRU akan datang sama ada bertanding di peringkat Parlimen ataupun DUN.

Di Sabah, isu yang serupa telah mula berdendang sejak 2 bulan yang lepas dan hatta sebelum itu, . Terdapat dua situasi di Sabah berkaitan isu ini. Pertama ada pemimpin dan ketua UMNO Bahagian yang memangnya tidak mendapat 'restu' dari Ketua Menteri Sabah. Sebabnya sama ada kerana faktor 'prestasi' ataupun sebab faktor ingin memberi laluan kepada muka-muka baru yang di dakwa mempunyai kaitan rapat dengan Datuk Musa Aman termasuk apa yang di dakwa oleh media yang menjadi punca Datuk seri Lajim Ukin 'ingin'meninggalkan UMNO kerana tidak berpuas hati apabila 'digugurkan' sebagai MP Beaufor tuntuk memberi laluan kepada anak Ketua Menteri Sabah itu.

Kemudian khabar itu dikuatkan lagi apabila, Datuk Halik Zaman dalam wal Fcbnya beberapa minggu lepas mendakwa mendapat berita rahsia dari Putrajaya bahawa beberapa pemimpin Bahagian digugurkan. Antara yang di dakwa oleh datuk Halik Zaman termasuk juga Datuk seri Lajim Ukin, Datuk Hajiji, dan Datuk Bung Moktar.

Isu kedua ialah kerana tidak mendapat 'kepercayaan' dari rakyat di bahagian tersebut. Di Parlimen Kimanis,misalnya ada desakan dari akar umbi supaya Datuk Anifah Aman tidak lagi 'disambung' kontraknya selaku MP di kawasan itu apabila di dakwa sebagai 'import' dan rakyat di kawasan berkenaan mahu orang dari kawasan berkenaan menjadi wakil rakyat mereka. Khabarnya ada sudah demontrasi secara aman diadakan.

Di Kota Belud, isunya hampir serupa, ketua UMNO Bahagian, Datuk Salleh Tun Said, dijangka akan 'dicalonkan' semula sama ada di Usukan atau di Parlimen. Namun jika Najib berpandukan kepada "prestasi' dan percaturan politik masa lampau Datuk Salleh, iaitu pernah tidak mencalonkan Najib di kerusi Naib Presiden UMNO. Maka ada kemungkinan Besar Salleh juga turut digugurkan meskipun Musa Aman berpendapat yang sebaliknya kerana kuasa pemutus adalah ditangan Najib. Hanya bezanya di Sabah, mungkin Najib akan 'memaafkan' musuh politiknya hanya kerana mahukan 'fixed depositnya' tidak terguggat.

Setakat ini di Kota Belud belum ada protes akar umbi yang mahukan calon lain daripada Ketua UMNO KB itu. Melainkan di laman sosial FCB sudah ada protes keatas pengambilan pemimpin import.Beberapa pandangan netural mendapati jikapun Datuk Salleh dicalonkan, peratus sokongan dijangka akan mengalami penurunan.

28 ulasan :

Unknown said...

Nampak gayanya ada kebenaran desas desus itu. lajim dan bung moktar nyata tercicir dlam senarai calon pru13 tapi, belum muktamad. masalahnya sekarang dlm umno, ada umno a, umno b maka berlaku persaingan dan pertembungan. baik di semenanjung mahupun di sabah gelombang lobi melobi jadi calon pru13 mula melantun tinggi. dikhabarkan juga terdapat pemimpin tertenu berjinak dengan parti pembangkang.Klu ikut pandangan kasar ghapuar salleh, abdul rahim ismail,karim bujang dan beberapa orng lagi terutama mereka yg rapat dgn shafie afdal cuba diketepikan. apa pun kita tunggu dan lihat.

Mohd Ishak said...

Jika seorang digugurkan daripada calon PRU-13, mungkin parti tersebut hendak meletakkan calon yang lebih sesuai untuk mewakili parti tersebut. Perlulah berikan peluang untuk orang baru.

Mohd Ishak said...

Rakyat pun mahukan calon yang terbaik untuk menjadi pemimpin mereka, mana tahu orang baru ini mampu melakukan tugas mereka dengan lebih baik daripada yang dahulu?

Paquin said...

Kita nantikan sajalah... Susah juga mahu komen awal. Politik ni setiap masa pun berubah.

Paquin said...

Gugur atau tak, yang pasti hanya calon terbaik akan dipilih oleh rakyat. hehhe

Anonymous said...

ini hanyalah khabar angin dan belum tentu benar. bagaimanapun, jika ada yang digugurkan, ia hendaklah terima dgn hati terbuka.

Anonymous said...

apaun, pemilihan calon kenalah yang terbaik.

Anonymous said...

belum lagi diumumkan, ada sudah yang membocorkan rahsia dari Putrajaya?baik tunggu saja pengumuman dari PM nanti. tak perlu membuat pelbagai andaian dan spekulasi.

Anonymous said...

pasti ramai pemimpin2 yang berdebar2 sekarang, samada takut digugurkan atau gembira kerana terus kekal. apa saja keputusan yang diumumkan nanti biarlah terima dengan hati terbuka. bersikap profesional.

TuhauBam said...

Semua bergantung pada pucuk pimpinan CM Datuk Musa.

kamilla said...

Harap calon yang di pilih nanti dapat menjalankan tugas dengan baik dan mementingkan rakyat.

kamilla said...

INi hanya khabar angin sahaja, kita tunggu keputusan dari PM kita, itu lagi bagus,.

kamilla said...

Tidak perlu dengar khabar angin,apapun kita harap semua akan berjalan dengan lancar.

Hamdan Hadillah said...

Tidak perlu risau keduduk seseorang itu bergantung dengan perlaksanaan tanggungjwab mereka.

Hamdan Hadillah said...

Ramai?? Siapakah yang dimaksudkan oleh artikel ini. Rasanya tidak pasti lagi siapa yang dimaksudkan itu. Yang penting sekarang ini semua pemimpin melakukan kerja dengan sebaiknya.

Anonymous said...

Kedudukan politik seseorang pemimpin itu pun ada pasang surutnya. Jika beliau dirasakan kurang sesuai untuk memegang sebuah jawatan itu, maka ia perlulah diberi kepada muka baru yang mungkin boleh membawa lebih banyak perubahan positif.

Anonymous said...

Beri peluang kepada muka baru yang berbakat, mereka harus mengambil alih.

Anonymous said...

Lets wait for the official announcement.

Anonymous said...

New generation will take over the old, nothing to surprise about. Just hoping the new candidate can do more for the people.

Anonymous said...

Ada juga sebab kenapa mereka ini digugurkan, harus juga terima dengan hati yang terbuka.

Anonymous said...

Adakah mereka yang dilucutkan dari senarai akan menyertai parti pembangkang?

Anonymous said...

kalau ada pun yang tidak mendapat restu dari ketua menteri Sabah, mahu tidak mahu, mereka terpaksa akur juga dengan keputusan itu..

jsiput said...

those with poor performance ought to be drop out as a candidate for this coming election.

jsiput said...

the party is right to drop out some of them. Its important for BN/UMNO to put a candidate that is competent. Moreover, others should be given the chance to lead.

jsiput said...

but we shall see how it goes. Hopefully the chosen candidates are worth voting.

samm said...

digugurkan atau tidak itu terserah kepada pimpinan parti.

samm said...

siapa pun yang dipilih, perlu menjalankan tanggungjwab dengan baik.

samm said...

dalam politik semua kemungkinan boleh berlaku..apa pun, yang penting khidmat kepada rakyat perlu terus dilaksanakan.