Wednesday, February 22, 2012



Isu kemeruduman nilai Saham Amanah Sabah (SAS) selama 14 tahun sejak krisis kewangan Asia sehingga ke paras 32 sen dijangka akan menjadi isu parti pembangkang tempatan di Sabah menjelang PRU 13. Walaupun dikhabarkan kerajaan negeri telah menambah modal sehingga RM200 juta pada tahun 2007.

Parti Maju Sabah (SAPP) pada Sabtu berkata, Kerajaan Negeri Barisan Nasional (BN) diketuai Umno harus beri penjelasan kenapa Saham Amanah Sabah (SAS) kekal lembap pada 32 Sen seunit.

Exco pemudanya, Clement Lee berkata, setakat 17 Februari, tahun ini, harga setiap unit SAS tidak berubah selepas 14 tahun sejak krisis kewangan Asia antara 1997 dan 1998.

Katanya, kerajaan negeri bercakap mengenai rizab kewangannya sebanyak RM3 bilion.

“( Timbalan Ketua Menteri) Datuk Dr Yee Moh Chai tidak henti-henti menuduh seorang bekas Ketua Menteri sebagai penyebab kepada kejatuhan SAS dari 1997-1998.

“Tetapi kenapa Ketua Menteri sekarang tidak dapat menaikkan semula harga SAS itu kepada nilai asalnya selepas ekonomi pasaran pulih beberapa tahun lalu?" tanya beliau.

Semasa Krisis Kewangan Asia dari 1997-1998 (rujuk www.bursamalaysia.com), katanya, hampir semua harga unit amanah dan saham di Bursa Malaysia (sebelum ini Bursa Saham Kuala Lumpur atau BSKL) telah jatuh secara drastik dan tidak ada satupun yang terlepas dari kesan krisis tersebut.

Krisis itu, katanya, menyebabkan banyak kesulitan dan pengalaman yang mengerikan kepada 50,000 pelabur SAS di Sabah, membuatkan mereka mengalami kerugian atau malah muflis kerana sebahagian daripada mereka membuat pinjaman dengan bank dan yang lain daripada simpanan mereka.

"Jadi soalan saya kepada kerajaan BN Sabah yang diketuai Umno, kenapa semua harga unit amanah seperti Amanah Saham Selangor (Asas). Amanah Saham Johor (ASJ), Dana Johor, Amanah Saham Kedah, Amanah Saham Darul Iman (Asdi) dan saham-saham seumpamanya di dalam Bursa telah pulih kepada nilai asalnya selepas krisis kewangan Asia itu pada 1997 tetapi harga SAS kekal lembap?" soal beliau.

Dengan itu, katanya, SAPP komited untuk menyelesaikan masalah itu yang kerajaan pimpinan BN tidak mampu lakukan, walaupun selepas 14 tahun.

Lee berkata, SAPP akan mengeluarkan Kertas Putih untuk mencari punca kejatuhan SAS dan mendedahkan kebenarannya kepada orang ramai apabila ia membentuk kerajaan negeri akan datang.

"Kami juga akan membantu menaikkan SAS kepada nilai asalnya, atau malah lebih tinggi lagi, kepada nilai yang sepatutnya, " kata beliau.

13 ulasan :

Anonymous said...

walaupun kekal lembab, namun SAS tetap dpt survive. ia pasti dpt bangkit suatu masa nnti.

Anonymous said...

SAPP juga harus ingat, semasa YTL jadi KM lah SAS jatuh teruk.

Anonymous said...

itu tandanya terlalu besar impaknya kejatuhan nilai saham SAS disebabkan oleh kegagalan Sapp yang hanya mentadbir negeri ini selama 2 tahun..

drako drakonius said...

At least the value still manage to retain at 32 sen rather than it plunge to zero.

drako drakonius said...

It's no easy task to maintain it's presents value given the current state of the global economy state at the moment

Anonymous said...

Semoga SAS akan semakin bertambah baik selepas kemajuan ekonomi.

Kris Jr said...

Selepas kejatuhan teruk pada era pemerintahan YTL, memang cukup bernasib baik SAS masih bernafas lagi.

TuhauBam said...

SAPP mulai kitar semula / ungkit2 pasal hal lama sebab yang baru tidak isu apa lagi yang mahu dibangkitkan. sudah tu pandai pula kasi pulang balik tu kesalahan pada orang lain.

Hamdan Hadillah said...

Ini bagi mengelak kerugian berulang kembali.

Hamdan Hadillah said...

Kerugian seperti apa yang YONG TECK LEE buat dulu. Maka kita tidak mahu perkara sama berulang lagi.

Hamdan Hadillah said...

Tambahan lagi dengan ekonomi yang tidak stabil sekarang SAS tidak mahu memberikan risiko yang tinggi kepada pelabur. Maka pengawalan dibuat dengan kadar yang ditetapkan.

Hamdan Hadillah said...

Maka pihak pengurusan tahu mana yang baik dan mana yang tidak mengenai perkara ini.

RahimYusuf80 said...

asb lagi best.