Perusahaan Otomobil Nasional Sdn.bhd. atau PROTON yang ditubuhkan pada tahun 1983 atas gagasan Tun Mahathir ketika itu selaku Perdana Malaysia dilaporkan mengalami kerugian dalam bentuk simpana tunai sejumlah RM3.4 billion.Ini mengejutkan ramai pihak kerana sejak PROTON ditubuhkan, pelbagai masalah berkait dengan dana dan keupayaan modal sentiasa menjadi masalah besar.Selain itu pada tahun 2005, negara juga dikejutkan dengan penamatan kontrak Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Arif selaku pengarah urusan proton.Enam bulan selepas itu kedengaran PROTON bakal ditutup.
KUALA LUMPUR, 8 FEB: DAP mahu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dibentuk untuk menyiasat salah urus Proton dan kerugiannya, terutama kerugian RM3.4 bilion dalam bentuk simpanan tunai.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, ia adalah satu perkara serius memandangkan Proton adalah pembuat kereta nasional.
Katanya, siasatan haruslah menentukan sama ada kerajaan boleh mengurangkan kerugian dengan menggulung syarikat Proton secepat mungkin, atau mengambil risiko kerugian yang lebih besar seperti yang terjadi dalam perjanjian MV Augusta.
“Ini adalah satu keputusan yang sangat penting yang mesti dikaji dalam siasatan tersebut kerana rakyat Malaysia pastinya tidak mahu Proton terus kerugian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Akhbar kawalan kerajaan New Straits Times telah melaporkan semalam bahwa mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Proton Holdings telah kehilangan sejumlah besar simpanan tunainya.
Dalam dakwaannya, Mahathir mengatakan Proton telah mengumpul RM4 bilion sepanjang tempoh khidmat Tengku Tan Sri Mahaleel Ariff sebagai CEO, tetapi jumlah tersebut telah menyusut ke paras RM600 juta sewaktu perkhidmatan penggantinya Datuk Mohammed Azlan Hashim.
Mahathir juga menuduh kerugian yang dialami disebabkan oleh penjualan MV Augusta kepada sebuah syarikat yang tidak dikenali bernama Gevi SpA pada tahun 2006 dengan harga 1 Euro, sungguh pun Proton telah membelanjakan lebih RM300 juta untuk pegangan sebanyak 57 peratus.
Berikutan penjualan MV Augusta oleh Proton, BMW telah membayar 93 juta Euro atau RM446 juta pada waktu yang sama untuk pegangan satu pertiga dari MV Augusta.
Harley Davidson pula membeli baki pegangan MV Augusta untuk USD109 juta atau RM 360 juta pada waktu itu.
Dalam kata lain, syarikat yang dijual oleh Proton pada harga 1 Euro atau RM4.80 telah dijual semula kepada BMW dan Harley Davidson pada harga berjumlah RM800 juta.
Menurut Guan Eng, penubuhan RCI bukan sahaja boleh menyiasat tuduhan Mahathir, malah perlu mencadangkan langkah-langkah yang perlu diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab untuk kerugian yang begitu besar.
Katanya, ia juga mesti mencadangkan langkah-langkah untuk membendung kerugian pada masa akan datang, terutamanya apabila membabitkan dana awam. – Roketkini.com
11 ulasan :
Proton perlulah meningkatkan pengurusan syarikat mereka dan juga kualiti produk mereka.
Proton sudah beberapa puluh tahun terlibat dalam pemprosesan kereta, mereka patut ada kemajuan.
This is really pathetic to see nour national pride in such a state.
The company needs to be restructured from in terms of management as well as creating a better product that suits the contemporary needs and demands
Nampaknya kerugian Proton dijadikan isu oleh pembangkang untuk panskan arena politik.
Ini merupakan satu tamparan yang hebat kepada sistem pentadbiran dan pengurusan Proton. Mereka sepatutnya mampu membawa keuntungan dan kualiti kereta ditingkatkan dari masa ke masa.
jika Proton berterusan rugi, lama kelamaan industri ini akan lenyap, pengurusan PROTON perlu dtingkatkan lagi.
semakin banyak salah urus yang dilakukan oleh pihak2 tertentu telah didedahkan dekat2 PRU ni. harap perkara ni dapat disiasat dan diselesaikan dengan segera. kita ingin melihat ketelusan dalam urus tadbir syarikat2 yang berhubung dengan kerajaan.
nilai ini lebih besar dari pinjaman yang diberikan oleh kerajaan kepada NFC. syarikat Proton ini harus diurus dengan baik agar tidak menjadi lingkup dan muflis.
Kerugian ini semestinya disebabkan oleh pengurusan kewangan yang tidak diurus sebaiknya. Menyebabkan kerugian ini terjadi.
kerugian ini sudah lama berlaku atau baru sahaja?? kalau sudah lama berlaku, kenapa tidak bangkitkan isu itu ketika Tun M masih menduduki kerusi PM..
Post a Comment