Saturday, February 11, 2012



Oleh; Ismai Mohd.Rosli

JAWATAN-JAWATAN teras yang penting di Jabatan Persekutuan di negeri Sabah telahpun dipegang oleh rakyat Sabah yang berkelayakan dan berpengalaman, kata Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan.

Menurutnya, tuduhan pihak pembangkang mendakwa bahawa Kerajaan Persekutuan tidak memperdulikan proses ’Isu Borneosasi‘ adalah satu perkara yang tidak benar.

Katanya, dakwaan pembangkang itu hanya untuk mengelirukan pemikiran rakyat yang bertujuan menanam rasa kebencian terhadap Kerajaan Persekutuaan semata-mata.

“Jawatan-jawatan yang paling teras, asas dan penting telahpun dipegang oleh rakyat Sabah yang berkelayakan serta berpengalaman antaranya seperti jawatan Pengarah di Jabatan Imigresen Sabah; Jabatan Pendaftaran Negeri Sabah; Jabatan Pendidikan Negeri Sabah; Jabatan Kesihatan Negeri Sabah; Universiti Malaysia Sabah (UMS); Jawatan Pegawai Kewangan Persekutuan (FFO); Pengarah Jabatan Pembangunan Negeri Sabah (JPNS).

“Begitu juga dengan jawatan di Petronas di wakili oleh orang Sabah, SESB dan jawatan Pengarah di Jabatan Koperasi dan Jabatan Kastam dalam masa yang terdekat ini turut akan dipegang oleh rakyat Sabah.”

Beliau menjelaskan demikian ketika berucap merasmikan majlis Ramah Mesra Ahli Parlimen Kota Belud dan ADUN Kadamaian serta pelancaran Persatuan Belia dan Sukan Kadamaian yang telah diadakan di Dewan Sorob Kg. Tambulion, Kota Belud baru-baru ini.

Terdahulu di majlis yang sama, Abdul Rahman yang juga Setiausaha Barisan Nasional Sabah mengingatkan para belia di daerah ini agar tidak mudah terpedaya dengan pelbagai tomahan pembangkang terutama yang dibaca menerusi laman internet.

Beliau berkata, golongan belia perlu meneliti kebenaran setiap tomahan pembangkang yang mereka baca menerusi pelbagai laman sosial dalam internet berfikir secara rasional dan bijaksana.

“Ledakan maklumat yang datang bertubi-tubi diterima melalui blog, facebook, twitter seharusnya tidak diterima dan ditelan bulat-bulat sebaliknya sebelum mempercayai sesuatu isu golongan belia perlu menganalisa kebenaran setiap maklumat yang diterima,” tambahnya.

Majlis tersebut yang dianjurkan oleh Persatuan Belia dan Sukan Kadamaian diserikan dengan pelbagai aktivit antaranya Pertandingan Futsal, Pertandingan Bola Tampar, Nyanyian Karaoke, cabutan tiket bertuah dan persembahan nyanyian dari penyayi tempatan.

Hadir sama pada majlis itu ialah Wakil Rakyat DUN Kadamaian, Datuk Herbert Timbun Lagadan yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah; Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Kota Belud, Madli Nelson; Setiausaha Pemuda PBS Negeri Sabah, Melon Yaming yang juga Pengerusi Penganjur serta para pemimpin setempat yang lain.

23 ulasan :

Ajin b. Gagah said...

Salam kelapa Mawar

Rasa nya DARD belum faham makna sepenuhnya istillah 'Borneosasi'. Justeru walau pun pada beliau kes ini sudah selesai, namun disana sini ia nya masih lagi menjadi teras perbincangan aktivis politik.

Secara keseluruhan nya, bukan hanya pehak pembangkang yang sengaja membesarkan isu ini sekadar untuk memancing undi. Tetapi isu borneosasi ini, kini mendapat perhatian serius dan pandangan simpati dari pehak pro kerajaan (parti-parti bukan UMNO, NGO dan warga atas pagar).

Apa yang DARD sentuhkan disini ada lah sebahagian dari isi kandungan penting yang perlu dinikmati oleh warga 'Malaysian Borneo( Sabah dan Sarawak)' selama ini.

Banyak lagi perkara yang perlu direalisikan oleh kerajaan BN agar suara-suara sumbang mengenai isu borneosasi ini dapat dihentikan sama sekali. Kalau tidak? pejuangan kearah itu pasti nya akan berlanjutan sepanjang zaman.

Antara Perjuangan dalam konteks Borneosasi yang masih belum ditunai oleh kerajaan perseketuan ada lah;
1. Hal-hak istimewa dan peranan Sabah dan Sarawak dalam kuasa kewarganegaraan, kuasa pendaftaran dan kuasa imigrasi. Pengarah tiada kuasa untuk mengubal dasar ini.
2. Pengagihan hasil yang seimbang dan adil termasuk mengkaji semula peratus hasil daripada minyak mentah dan juga penempatan perwakilan yang lebih dalam parlimen, kabinet perseketuan, perundangan dan perkhidmatan tadbir dan diplomatik
3. Dasar cabotaj, pengangkutan dan perdagangan yang mempunyai impak negatif keatas negeri-negeri Borneo dimansuhkan. Kerana itu, harga di Malaya dan Malaysian Borneo jauh berbeza (Disini harga barangan lebih mahal dari disana).
4. Fokus pembangunan ekonomi dialihkan ke Sabah dan Sarawak ( Saperti pembinaan Lebuhraya Banting- Taiping berharga RM 7.7 Bilion). Di sini cadangan Lebuh raya Trans Borneo; Sipitang-Kucing, sebagai contoh.
5. Mengatasi masalah PTI dan projek IC kerana ia menimbulkan keraguan rakyat dan mengugat integriti persempadanan negeri Sabah dan Sarawak. Disamping itu mengenakan hukuman yang berat keatas mereka yang mengeluar dan yang bersubahat mengeluarkankewarganegaraan kepada PTI.
RCI hanya lah instrument untuk mengenal pasti permasaalahan bukan nya ada kuasa 'executive' untuk bertindak.
6. Kehadiran agensi dari pada pusat di Sabah dan Sarawak ( saperti Felda, Felkra, Risda dan banyak lagi) yang telah menguasi hasil keluaran serta hak milik rakyat tempatan. Sepatutnya dikendali oleh agensi tempatan dengan bantuan kerajaan perseketuan.

Dengan rangkaian senarai diatas, jelas bahawa masih banyak lagi perkara yang belum selesai dan harus diperjuangkan bersama tanpa mengirakan perbezaan ideologi politik.

Pada pandangan saya, sudah tiba masa nya kerajaan perseketuan meluluskan tuntutan hak diatas.
Apa lagi bila memikirkan kita sudah bersama Malaysia selama 49 tahun(lama juga tu).
kalau bukan sekarang, bila lagi?

Semuga sukses.

Unknown said...

KM,

MP Kota Belud sendiri mengakui bahawa KL tidak telus dalam isu Borneonisasi...beliau kata begitu kepada saya semasa menghadiri majlis hari raya rumah datuk japlin akim.

Katanya, tak masuk akal, kuasa imigresen adalah kuasa negeri, tetapi Pusat pulak yang diberi kuasa memberi kerakyataan kepada penduduk Sabah!?

Apa ini? serius kah atau main-main?
Jika kuasa imigresen kuasa negeri, sepatutnya kuasa mestilah diberi sepenuhnya kpd menteri negeri bukan menteri Persekutuan...

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Green Sabah said...

Borneonisation should be a continuous approach to give chances to the local Sabahans in governmental posts, unless all the governmental posts have already been filled with Sabahans, this has not end.

Green Sabah said...

Hopefully the Federal government will continue in the efforts to promote Borneonisation, it is time that Sabahans be given the opportunities to take up higher positions.

Anonymous said...

Diharap DARD lebih sensitif dengan kenyataannya. Silap percaturan, rakyat boleh berpaling tadah terhadap beliau sekaligus menjejaskan parti yang diwakili.

Anonymous said...

Jawatan-jawatan penting di Sabah adalah lebih baik diberi kepada anak tempatan, sejajar dengan kelayakannya. Kalau semua pun dari Malaya, di Malaya pun orang mereka juga..nampak sangatlah ketidakseimbangannya. Sabah patut diber lebih kuasa autonomi.

Hinamori said...

Isu Borneosasi bukan isu baru tapi sehingga kini masih lagi diperjuangkan. selagi ada rakyat yang merasakan lebih ramai orang2 semenanjung yang bekerja dalam sektor awam. maka borneosasi tidak masih belum sepenuhnya lagi.

Anonymous said...

isu borneosasi bukan isu baru, ia telah lama diperjuangkan. seharusnya ia dilaksanakan, beri peluang kepada rakyat tempatan dalam pentadbiran Sabah.

Anonymous said...

ramai rakyat sabah yang berkebolehan, mereka harus diberi keutamaan.

Unknown said...

Mungkin tidak semua jawatan tersebut dipegang oleh rakyat Sabah. Namun ada sedikit jawatan tersebut dipegang oleh penduduk Sabah yang benar-benar berkebolehan,.

Nemia said...

So there is nothing happen.

unknown said...

Borneonisation issue is no longer something in Sabah.

Ezef said...

The opposition loves to use such kind of thing to threat people.

nickko said...

rakyat yang lebih berhak menilai samada kerajaan persekutuan telah melaksanakan proses borneonisasi atau tidak di negeri ini..

samm said...

jangan pernah berhenti untuk melaksanakan apa yang diinginkan oleh rakyat..

samm said...

perlu pastikan anak-anak Sabah yang berkelayakan diberikan peluang yang sewajarnya.

drako drakonius said...

Last year the PM has expressed his support for the Federal Positions in Sabah to be filled by Sabahan. This is a positive move in addressing the 'borneonisation' issue in Sabah.

drako drakonius said...

At present there are a lot of Sabahans with higher tertiary education qualifications to man these positions.

drako drakonius said...

But In my opinion, these posts are to be man by a Sabahan who exemplifies integrity and honor.

drako drakonius said...

That way, the task of day to day of bureaucracy will be efficient and in compliant to the department's charter.

drako drakonius said...

In the past decades we have seen and heard there are many incompetent personnel within the civil service that are not only unaware of their job, but also their function within their respective department.

drako drakonius said...

Hopefully these positions will be filled by Sabahan who are truly dedicated in serving not only the nation, but also the people in their day to day dealings with the respective department.