Tuesday, February 14, 2012



Isu NFC yang mendapat pinjaman mudah dari kerajaan bernilai RM250 juta yang akhirnya dilaporkan sebagai tidak berjaya dan dana awam itu di dakwa diselewengkan oleh keluarga Menteri Pembangunan Wanita Datuk Seri Shahrizat Abd.Jalil terus menjadi kritikan pembngkang keatas ketelusan BN dan kerajaan menangani masalah ini. Beberapa hari lepas bekas Perdana Menteri Tun Mahathir menggesa supaya Datuk Seri Shahrizat meletakkan jawatan dalam kerajaan ekoran terbongkarnya skandal memalukan itu. Sebelum inipun sudah ramai pemimpin dalam kerajaan mendesak Ketua Wanita UMNO itu meletakkan jawatan tetapi tidak diendahkan oleh Shahrizat.Skandal itu kini dalam penyiasatan SPRM dan Shahrizat pula mengambil cuti selama penyiasatan itu dijalankan.Tun Mahathir dalam satu kenyataan dipetik sebagai berkata"


"(Beliau) mesti fikirkan kesan kepada parti. Jangan terlalu sayangkan jawatan terlalu banyak,” kata bekas presiden Umno Tun Dr Mahathir kepada pemberita pada sidang media selepas ucapan sulungnya sebagai Canselor Universiti Perdana di Serdang hari ini.

Seorang pemimpin, kata Mahathir, perlu tahu apabila sudah tiba waktunya untuk berundur, sambil memberi contoh, dirinya sendiri yang rela berundur secara sukarela selepas 22 tahun berkuasa.

"Malah saya, apabila sudah terlalu lama (berkuasa) dan rakyat mulai bosan, saya pergi," sindirnya.

"Terpulanglah kepada beliau," katanya lagi.

Mahathir mengulas komennya sebelum ini yang mahu Shahrizat, yang juga Ketua Wanita Umno, supaya berundur.

10 ulasan :

Mohd Ishak said...

Harap Sharizat akan mengambil tindakan yang terbaik dalam kes ini supaya tidak menjejaskan parti beliau.

Mohd Ishak said...

Sesiapa sahaja yang boleh memberikan nasihat, tapi bagaimana Sharizat mengulas nasihat tersebut terpulang kepada beliau.

DorianG said...

Hopefully Sharizat will take heed on Mahathir's advice.

TuhauBam said...

Mungkin Shahrizat belum cukup lama jadi menteri, sebab tu belum lagi rasanya tiba untuk mengundurkan diri.

Anonymous said...

Lebih baik berundur dengan terhormat daripada "diundurkan' secara paksa.

Anonymous said...

karier Sharizat dah tercemar, jadi terpulang padnya nak buat tindakan apa selepas ini.

Anonymous said...

semoga Sharizat mempertimbangkan saranan yang telah diberikan oleh Mahathir. Shahrizat perlu memikirkan soal imej parti secara keseluruhannya bukan jawatan yang dipegang.

Anonymous said...

mungkin ini menjadi pengajaran kepada menteri2 lain agar perkara2 seperti ini dapat dihindari di masa akan datang.

Unknown said...

Siasatan masih dalam siasatan..Maka kita tunggu apa laporan seterusnya selepas ini.

nickko said...

kalau beliau tidak mahu berundur pun biar kan sajalah.. biar rakyat saja yang buat keputusan samada perlu beliau dimengundurkan beliau atau tidak..