Isu NFC yang mendapat pinjaman mudah dari kerajaan bernilai RM250 juta yang akhirnya dilaporkan sebagai tidak berjaya dan dana awam itu di dakwa diselewengkan oleh keluarga Menteri Pembangunan Wanita Datuk Seri Shahrizat Abd.Jalil terus menjadi kritikan pembngkang keatas ketelusan BN dan kerajaan menangani masalah ini. Beberapa hari lepas bekas Perdana Menteri Tun Mahathir menggesa supaya Datuk Seri Shahrizat meletakkan jawatan dalam kerajaan ekoran terbongkarnya skandal memalukan itu. Sebelum inipun sudah ramai pemimpin dalam kerajaan mendesak Ketua Wanita UMNO itu meletakkan jawatan tetapi tidak diendahkan oleh Shahrizat.Skandal itu kini dalam penyiasatan SPRM dan Shahrizat pula mengambil cuti selama penyiasatan itu dijalankan.Tun Mahathir dalam satu kenyataan dipetik sebagai berkata"
"(Beliau) mesti fikirkan kesan kepada parti. Jangan terlalu sayangkan jawatan terlalu banyak,” kata bekas presiden Umno Tun Dr Mahathir kepada pemberita pada sidang media selepas ucapan sulungnya sebagai Canselor Universiti Perdana di Serdang hari ini.
Seorang pemimpin, kata Mahathir, perlu tahu apabila sudah tiba waktunya untuk berundur, sambil memberi contoh, dirinya sendiri yang rela berundur secara sukarela selepas 22 tahun berkuasa.
"Malah saya, apabila sudah terlalu lama (berkuasa) dan rakyat mulai bosan, saya pergi," sindirnya.
"Terpulanglah kepada beliau," katanya lagi.
Mahathir mengulas komennya sebelum ini yang mahu Shahrizat, yang juga Ketua Wanita Umno, supaya berundur.
11:52 PM
kelapa mawar

