Thursday, February 16, 2012



Kenyataan Tun Mahathir yang menganggap bahawa pendedahan hubungan niaga antara Malaysia dengan Israel adalah sebagai tindakan menyelamatkan imej Ketua Pembangkang yang tercalar ekoran daripada kenyatannya dalam The Wall Street Juornal tempoh hari sebagai tidak berasas kerana yang menghairankan ialah Tun Mahathir tidak pula menafikan hubungan niaga antara syarikat Malaysia di Johor dengan Isreal. 

Sambil menyatakan bahawa Malaysia menghadapi tekanan dari negara-negara barat termasuk Amerika Syarikat, Mantan Perdana menteri selama 22 tahun itu juga enggan mengulas apabila ditanya oleh wartawan mengenai langkah kerajaan menghentikan penghantaran minyak ke Iran tetapi tidak ke Israel.



KUALA LUMPUR . - Dakwaan kononnya Malaysia juga mempunyai hubungan dengan Israel adalah satu taktik yang dilihat cuba menyelamatkan imej Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, tidak mustahil dakwaan itu dikeluarkan oleh Israel sendiri sebagai sokongan kepada Anwar yang kini dikecam banyak pihak ekoran kenyataan beliau menyokong rejim Zionis itu baru-baru ini.

''Saya melihat pendedahan statistik mengenai perniagaan antara Malaysia dan Israel itu adalah usaha pihak-pihak tertentu untuk menyokong Anwar. Malah, tidak mustahil ia dilakukan oleh rakan-rakan Anwar di negara itu sendiri kerana beliau sememangnya 'kawan baik' Israel.

''Tetapi pada hakikatnya, kita tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel," kata beliau kepada pemberita selepas sesi bertemu dengan pelajar dan kakitangan Universiti Perdana di Serdang, dekat sini, hari ini.

Dr. Mahathir berkata demikian sebagai reaksi kepada desakan pelbagai pihak termasuk Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Nik Mat yang meminta Anwar membuat kenyataan terbuka sama ada mahu menarik balik sokongan terhadap Israel atau menyaman The Wall Street Journal (WSJ) yang mengeluarkan kenyataan beliau itu.

Bagaimanapun beberapa blog propembangkang yang dilihat cuba menyelamatkan imej Anwar mendakwa, terdapat bukti bahawa dua syarikat di Johor berdagang minyak kelapa sawit dengan rakan perniagaan mereka dari Israel.

Menurut Dr. Mahathir, kenyataan Anwar yang menyokong Israel itu menunjukkan bahawa beliau adalah individu yang tidak boleh dipercayai.

Tambah beliau, Anwar juga merupakan individu yang boleh menjelma menjadi pelbagai 'jenis' manusia serta tiada pegangan tetap mengenai apa sahaja.

''Kalau dengan orang Cina, dia (Anwar) jadi orang Cina, kalau dengan orang Melayu, dia jadi orang Melayu, kalau dengan orang Islam, dia jadi ulama.

''Bila dengan Israel, dia menyokong Israel," katanya.

Ketika ditanya mengenai dakwaan bahawa Malaysia menghentikan penghantaran minyak masak ke Iran tetapi tidak ke Israel, Dr. Mahathir berkata, perkara itu perlu disahkan kebenarannya oleh kerajaan.

Begitupun kata beliau, apa yang perlu difahami ketika ini juga adalah hakikat bahawa kerajaan menerima tekanan yang cukup kuat daripada kuasa besar dunia terutamanya Amerika Syarikat (AS) dalam beberapa perkara.

''Jika kita tidak ikut, banyak halangan dan ugutan yang akan dikenakan seperti menghalang bank-bank negara itu menjalankan perniagaan di sini.

''Kita sebenarnya tidak bebas walaupun kita sudah merdeka," katanya.(utusan malaysia)

12 ulasan :

DorianG said...

International affairs is indeed a complicated matter

DorianG said...

Hopefully the government can explain this issue in depth

Anak Sabah said...

Mengelirukan, apa yang penting sangat pasal sokongan terhadap Israel ataupun Palestine?

Anak Sabah said...

Harap isu ini tidak akan menjejaskan keselamatan negara kita.

ferlo said...

isu Israel ni tak perlu lagi diperbincangkan. tumpukan pada isu yang lebih penting.

running man said...

"Kita sebenarnya tidak bebas walaupun kita sudah merdeka," katanya.

Benar. Itulah realiti keadaan yang sebenar.

Batresiah said...

Benar...Perkara yang dikatakan kepada kerajaan sebenarnya cuma ingin menutup masalah Anwar sebelum ini. Tambahan lagi adakah rakyat mendengar apa-apa tindakbalas dari Nik Aziz PAS??Kenapa diam..

Batresiah said...

Tidak perlulah mahu menutup ketua sendiri dengan menabur fitnah kepada orang lain.

rebirth said...

baik Anwar ajak Tun M berdebat..

Irish said...

kita tahu Anwar rapat dengan Amerika dan Amerika pula memberikan sokongan terhadap perjuangan Israel. tidak mustahil jika pendirian Anwar lebih kepada menyebelahi Israel.

Irish said...

Agaknya, Anwar ni tidak akan habis2 dengan kontroversi. ingatkan lepas selesai kes liwat II tiadala lagi isu2 yang timbul.

TuhauBam said...

Jangan disebabkan perkara tu keselamatan negara dan rakyat terancam.