Friday, February 10, 2012


Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Khir Toyo dalam wawancaranya dengan Sinar Harian yang kemudiannya dipostkan dalam blog beliau mendakwa bahawa dia tahu pada PRU akan datang,namanya tidak akan dicalonkan semula.


"..Kalau tanya rakyat Sungai Panjang mereka tahu bagaimana saya jaga mereka. Saya bukanlah sombong, berlagak, garang seperti digambarkan sebelum ini. Itu hanyalah gambaran yang dicipta pembangkang, orang kampung dengan saya tak ada masalah. Kalau nak ikut faktor ‘winnable candidate’, saya yakin masih boleh memberi kemenangan kepada parti. Tetapi, saya tahu saya tak akan dicalonkan pada PRU akan datang. "


Sambil mendakwa bahawa beliau tidak menyalahkan parti tetapi menyalahkan pengendali parti, membayangkan seolah-olah dakwaannya sebelum ini terdapat 3 menteri dalam Kabinet Najib ( pemimpin UMNO) yang mahukan dirinya di dapati bersalah dalam skandal pembelian sebuah banglo mewah di bawah harga pasaran, adalah benar dan wujud dalam parti UMNO.


Sebelum ini Khir Toyo di dapati bersalah oleh mahkamah dalam kes berkenaan dan dijatuhkan hukuman penjara 1 tahun dan banglo yang menjadi pertikaian itu disita oleh mahkamah. Khir Toyo dalam proses rayuan. Sesetengah pihak berpandangan kes Khir Toyo ini menjadi "kambing hitam' kepada lonjakan imej Najib dan UMNO yang kononnya ingin membenteras kegiatan rasuah dan salahguna kuasa serta kebebasan badan kehakiman negara.

Khir Toyo juga yakin pada PRU 13, BN akan mengalami kepayahan untuk menawan kembali Selangor serta neger-negeri lain yang diperintah oleh PR. Ini sekali gus memberikan signal kepada Najib bahawa UMNO dan BN tidak lagi menjadi pilihan rakyat di Negara ini.


"Parti tidak bersalah, yang bersalah adalah pengendali parti. Umno adalah sebuah parti yang memperjuangkan Melayu, Islam dan pada masa yang sama banyak membina ekonomi masyarakat India dan Cina. Jasa itu tidak boleh disangkal. Bila keadaan ini berlaku, adalah tidak wajar parti dipersalahkan. Kita kena hormat dengan perjuangan parti. Bagi saya, jika seseorang itu bermasalah dengan pemimpin lain dalam parti, itu masalah antara mereka dan tiada kaitan dengan parti. Parti adalah milik orang ramai, milik ahli dan bukan milik seseorang pemimpin. Kalau saya bertindak keluar parti bermakna saya telah mengkhianati parti saya. Menentang parti dengan memberi teguran kepada pemimpin adalah dua perkara berbeza. Pemimpin wajar ditegur dan sekiranya mereka tidak boleh menerima teguran…itu petanda kejatuhan pemimpin, bukan kejatuhan parti."

Wawancara penuh itu boleh diikuti disini : KHIR TOYO

8 ulasan :

Green Sabah said...

Khir Toyo knew what he has done will not gain the confidence of the party and neither will it gain the votes of the people.

Green Sabah said...

Better let some other more qualified candidates to replace him.

Anonymous said...

prestasi Khir amat buruk kerana kesnya, kemungkinan besar dia mmg tidak akan dicalonkan.

TuhauBam said...

Apa2 pun terserahlah pada Najib mengeni hal tu. Siapa yang akan dia pilih untuk menjadi calon.

Hinamori said...

Pemilihan calon sangat penting, jadi kena berhati-hati dan bijaksana.

Anonymous said...

Khir Toyo mahu jadi Robin Hood?

Hamdan Hadillah said...

Dicalonkan atau tidak itu agak sukar untuk kita jangkakan. Tambahan lagi sudah mempunyai kes dalam mahkamah.

nickko said...

kalau dulu, mungkin beliau masih boleh diterima, tetapi setelah kes banglo beliau berada di mahkamah, saya kurang yakin dengan kenyataan beliau bahawa beliau masih boleh memberikan kemenangan kepada BN..