"Saya ingat mereka tidak boleh hidupkan semula USNO sebab USNO kita alihkan untuk kita lahirkan UMNO. Ini merupakan langkah penyatuan kerana dahulu (Melayu dan bumiputera) berada dalam Berjaya, PBS (Parti Bersatu Sabah) dan USNO,"katanya kepada pemberita berikutan tindakan USNO dan STAR mengadakan Rapat Umum serta mementerai Deklarasi Semporna di daerah itu menyaksikan hampir 3000 orang menghadiri perhimpunan itu. Deklarasi Semporna mencatat sejarahnya yang tersendiri apabila pemuafakatan politik antara suku KDM dan Bajausuluk dicapai dan merupakan satu-satunya deklarasi seumpama itu yang ditandatangani sebagai dokumen politik di Sabah menyaksikan persefahaman politik diantara dua suku kaum terbesar di Sabah itu.
Kenyataan Datuk Shafie itu dilihat sebagai 'mendahului' keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan jaminan mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang akan meneliti keperluan parti USNO di tubuhkan dalam satu perjumpaan penaja USNO 5 tahun lepas seperti yang di dakwa oleh Abdullah Sani iaitu timbalan presiden penaja USNO.
Kenyataan Datuk Shafie itu dilihat sebagai 'mendahului' keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan jaminan mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang akan meneliti keperluan parti USNO di tubuhkan dalam satu perjumpaan penaja USNO 5 tahun lepas seperti yang di dakwa oleh Abdullah Sani iaitu timbalan presiden penaja USNO.
Ucapan Datu Badaruddin di Semporna tempoh hari turut meminta semua penyokong USNO menyokong calon STAR jika parti USNO tidak diluluskan pendaftarannya dan mengingatkan kerajaan BN bahawa para pemimpin dan penyokong parti keramat itu akan menunggu hatta 100 tahun lagi untuk pendaftaran semula parti USNO.Terdahulu daripada itu ketua penaja USNO sdr Peramli Ibrahim dalam ucapannya menyatakan seluruh penyokong USNO di Sabah sebulat suara meminta Datu Badaruddin bertanding di Parlimen Semporna pada PRU 13 akan datang. Ini bermakna Datuk Shafie Apdal akan berhadapan dengan Presiden penaja USNO itu.
Sebagai rekod pada PRU 12 yang lepas Datuk Shafie Apdal di tentang oleh Sdr Aziz Hj Abd.Hamid dari parti PKR yang juga adik kepada politikus zaman BERJAYA iaitu Hj.Abdillah Abd. Hamid yang berjaya menewaskan Tun sakaran Dandai yang mewakili parti USNO ketika itu.Namun pada PRU 2008 , sdr Aziz bukan sahaja kalah tetapi turut hilang wang deposit.Beliau memperolehi undi sebanyak 1,957 manakala Datuk shafie 19,419 dengan majoriti 17,462. Parlimen Semporna mempunyai jumlah pengundi sebanyak 35,216 berdaftar yang kebanyakkannya dari suku bajausuluk.
40 ulasan :
USNO BARU semacam kesnya UMNO BARU dulu. Pendaftaran semula dan lulus.
USNO BARU lulus, mungkin relevan dalam hati rakyat.3,000 yang hadir di Semporna, mereka itulah mengatakan USNO BARU tetap relevan.
Hanya seorang sahaja Dtk Shafie yang bercakap. Mungkin Dtk Shafie gentar kebangkitan penyokong USNO.
Biarlah USNO cuba berusaha, samada masih relevan atau diterima oleh rakyat Semporna.
Siapa tahu ditakdirkan USNO menang Parlimen Semporna? Atau menang di semua DUN di Semporna.
dulu lawan pbs pun tak mampu.inikan pulak zaman sekarang ini.lagipun bumiputra islam dah selesa dlm umno knapa di kacau kacau lagi.org mau maju kehadapan mrk pulak mau mundur kebelakang.hanya tingal sejarah dan tidak relevan lagi.
Without the ROS approval for USNO, this party is definitely irrelevant to anyone.
Hopefully the people themselves knew how to judge all competing parties and cast their votes wisely during the next GE.
Sesetengah orang masih ingat 'kekejaman' yang berlaku pada zaman USNO.
Relevan atau tidak, tunggu keputusan PRU13.
The choice is in the people's hand.
The relevancy of this party will be known during the show of vote during GE-13
sehingga kini USNO baru masih belum lagi diluluskan oleh ROS, ia perlu mendapt kelulusan ROS baru ia boleh masuk politik.
samada USNO masih releven atau tidak, biarlah rakyat Sabh tentukannya.
Seramai mana ahli dan revelan pun permohonan harus dapat kelulusan dari ROS.
rasanya rakyat tahu bagaimana mahu menilai semua tu
Usno relevan atau tak, terpulanglah pada penilaian rakyat sendiri.
Jadi rakyat harus membuat pilihan yang terbaik dan jangan buat kesilapan yang memusnahkan masa depan sendiri dan Sabahan yang lain.
Apapun, kita tunggu sajalah apa keputusan PRU13. Semuanya pasti akan terjawab bila tiba waktunya.
Paling penting sekarang ini ialah rakyat harus fokus dan tidak mudah terpedaya dengan lakonan mana2 pihak. Biasalah politik:P hehhee
All the best kepada semua pihak dan kepada yang bakal bertanding tu, bersainglah secara adil.
from the way i see it, USNO is relevant based on the turnout in the meeting in Semporna.
but of course the best way to know whether USNO is relevant is through election.
unfortunately without ROS approval, there is no election for USNO to contest.
Good luck to USNO.
Rakyatlah yang paling jelas parti yang mana paling sesuai atuapun releven untuk mereka. Biar pengundi yang menentukannya bila PRU-13 nanti.
Pengundi perlulah melihat sendiri dan mengambil langkah yang sewajarnya jikalau USNO tidak sempat diluluskan oleh ROS.
Understand that most of the USNO leaders are with UMNO now. how creditable are the new leaders?
It's not realistic to revive all the political parties in Sabah.
mungkin rakyat perlu lupakankan masa silam (USNO) dan maju ke hadapan. masih banyak parti lain yang menunggu keahlian.
apalah agaknya yang akan berlaku jika sekiranya USNO maju wujud dan UMNO tak pernah datng ke Sabah?
Apa yang shafie katakan itu ada kalanya benar. Kita lihat saja sekarang USNO yang dulu parti yang berjuang untuk Sabah akhirnya bubar disebabkan perpecahan para ahli yang berpengaruh.
Kita lihat saja setakat mana perjuangan USNO yang baru ini.
Selagi BN ada rasanya USNO tidak relevan untuk penduduk Sabah. Apa yang USNO perjuangkan rasanya sama dengan pemimpin pembangkang yang lain cuba menabur janji untuk meraih undi.
Setahu saya, USNO memang telah lama diam.
I think he is right. To revive all political parties in Sabah is too hard to be done.
Too many opposition parties in Sabah already.
Never mine, you still can do lots of things.
tukar saja nama parti,, mana tau boleh lulus.. lagipun bukan nama 'usno' yang membawa kemenangan kepada parti itu..
lagi bagus jika bekas pemimpin2 usno ini bergabung saja dengan star.. kenapa perlu wujudkan lagi satu parti?? usno ada agenda tersendiri yang berlainan dengan sapp, star dan PR ka??
susah mau ckp.semua parti yg memerintah sabah ni ada cerita masing2.yg dapat manafaat 'special' comfirm la no komen.cuba ingat Pengislaman beramai2 zaman siapa? (last2 nama ja nama Islam,tapi org dia....?).projek ic kerja siapa?Zaman BERJAYA pun ada cerita, PBS pun ada cerita...zaman UMNO YB2 sabah belajar sesuatu,mulut jgn kecoh sgt,jaga periuk nasi sendiri sudahla...bagus ada daripada langsung tiada
bagi kebanyakan golongan muda, mereka hanya pernah mendengar nama usno saja kerana usno sudah lama dibubarkan.
saya lihat di Saba ni sudah terdapat terlalu banyak parti politik..
pada pru akan datang persaingan pasti sengit dan semua sudah mula berusaha untuk dapat sokongan..rakyat buatlah pilihan yang tepat.
Post a Comment