Sebelum ini penulis politik nasional Musli Oli dalam tulisannya di blog sekali ketuk, mempersoalkan hasrat dan niat Dr. Jeffry Kitingan dalam memperjuangkan politik. Sambil menyifatkan perjalanan politik Dr Jeffry itu sebagai "the Most colourful", adik kepada Presiden PBS itu didakwa oleh musli Oli sebagai bercita-cita mahu menjadi KETUA MENTERI SABAH dan kalau itu menjadi kenyataan beliau akan menjadi KETUA MENTERI Sabah yang ke-14, kata Musli Oli dalam tulisannya APA AGENDA DR JEFRY, 20 PERKARA,ROYALTI MINYAK ATAU KETUA MENTERI?. Boleh diikuti di sini : AGENDA DR JEFRY.
Nampak gayanya kebimbangan dan dakwaan Musli Oli itu berasas apabila abang kepada Dr Jeffry Kitingan iaitu Tan Sri Joseph Kitingan membongkar isu ini di Keningau. Dr Jeffry Kitingan bukan sahaja disifatkan sebagai keras kepala tetapi juga dikatakan bercita-cita menjadi Ketua Menteri Sabah.
KENINGAU :Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan menyifatkan adiknya Datuk Dr Jeffrey Kitingan ‘keras kepala’ dan ‘keras hati’ kerana sanggup tidak mengendahkan nasihat abang kandungnya sendiri.
Katanya, beliau (Jeffrey) lebih percaya cakap orang lain yang tukang kipas dan tukang angkat kaki daripada abangnya sendiri.
“Beliau berhak berjuang dalam politik tetapi kita nampak perjuangannya tidak ikhlas untuk rakyat,” katanya.
Pairin yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Ahli Parlimen Keningau, berkata perjuangan adiknya itu tidak konsisten kerana tidak mempunyai wadah perjuangan yang sebenar. Perjuangannya hanya kepentingan peribadi.
“Beliau telah diberi peluang dilantik Senator dan Timbalan Menteri di peringkat Persekutuan tetapi dia keluar dan bertanding menentang Datuk Dr. Maximus Ongkili di kawasan Kota Marudu pada suatu ketika dahulu,” semasa berucap merasmikan penutupan Majlis Penerangan Penerangan Perdana Peringkat Zon 4 Keningau, Ranau, Tenom dan Pensiangan di dewan masyarakat di sini hari ini.
Pada waktu itu dia tidak dengar nasihat saya sebagai abangnya maka saya berkempen untuk Dr. Maximus dan dia (Dr. Jeffrey) tewas,” jelas Pairin.
“Sekarang pun dia (Dr. Jeffrey) mahu lawan saya pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) di Parlimen Keningau. Ini membuktikan bahawa dia benar-benar tidak menghormati saya kerana semata-mata memperjuangkan kepentingan peribadi,” kata Pairin.
Yang amat menyedihkan kata Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) itu, ialah Dr. Jeffrey memberitahu penyokong-penyokongnya bahawa saya mahu bercuti enam bulan untuk memberi peluang kepadanya.
“Ini adalah satu pembohongan yang dilakukan oleh Dr. Jeffrey terhadap abangnya sendiri.
Penyokong-penyokong Dr. Jeffrey melemparkan fitnah dalam laman sosial Facebook yang kononnya saya mengatakan bahawa beliau (Jeffrey) sudah jadi mendiang. Ini adalah fitnah yang besar,” tegas Pairin.
Justeru itu, kata Pairin, rakyat perlu berhati-hati dan jangan terpengaruh dengan kata-kata Dr. Jeffrey dan penyokong-penyokong kerana sanggup bercakap apa saja dan membangkitkan isu-isu yang sebenarnya boleh dibangkitkan oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN).
Tambah Pairin, Dr. Jeffrey memang pandai bercakap seperti juga Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang mahir mengemukakan hujah-hujah yang mencuit hati tetapi perjuangan mereka adalah semata-mata untuk mahu menjadi pemimpin nombor satu.
Katanya, Anwar bercita-cita ingin menjadi Perdana Menteri dan begitulah juga cita-cita Jeffrey yang mahu jadi Ketua Menteri,” kata Pairin.
“Selama lebih kurang 30 tahun, saya tidak menimbulkan semuanya, tetapi ini kali saya timbulkannya supaya rakyat tahu apa sebenarnya perjuangan Jeffrey,” kata Pairin.
Pada masa ini, katanya, Jeffrey melaung-laungkan pakatan Borneo yang menggunakan parti STAR sebagi topeng perjuangan.
“Jika mengikut Perlembagaan STAR, ia tidak boleh mengembangkan sayapnya di Sabah. Ini bererti parti yang ditubuhkan di Sarawak itu tidak sah dikembangkan di Sabah dan boleh dianggap haram,” jelas Pairin.
Lebih kurang 2,000 orang terdiri dari pemimpin-pemimpin parti komponen, pemimpin-pemimpin masyarakat dan ketua-ketua jabatan hadir pada majlis itu
12 ulasan :
Jeffrey mmg dikenal sebagai orang yang suka pindah parti dan pendirian yang berubah-ubah. entah apa perjuagan sebenar dia?
jika benar jeffery mau menjadi KM, rasanya ia takkan berjaya.
selepas ini giliran J effrey pula mengkritik abangnya..
tapi memang betullah Jeffrey berhasrat mahu menjadi KM Sabah.. sebab itu dia bawa parti dari Sarawak.. jika tidak kenapa beliau tidak bergabung saja dengan SAPP??
Mungkin memang betul tekaan orang. Nampak sangat JK ada hati mahu jadi KM Sabah.
Jeffrey dan YTL ketara sangat ingin menyandang jawatan CM. Tapi tu kalau parti masing2 menang.
Nampaknya niat JK yang benar-benar ingin menjadi KM ini sehingga sekarang masih tidak berputus asa.
Nah kan sekarang sudah terbongkar kenapa JK begitu bersungguh-sungguh mempertaruhkan 20 perkara. Ini hanyalah semata-mata kerana ingin memegang jawatan no 1 di Sabah.
Perjuangan JK hanya untuk kepentingan sendiri sahaja.
Tidak dapat di bayangkan apa akan jadi jika beliau jadi KM kita, beliau memang tidak layak.
Beri dia satu peluang... baru lah kita tau sama ada pribadi atau untuk smua kita yg d sabah ne......
Gilak2 BN umno d sini semuanya basug2..penjilat pantat BN umno ja kmu tau..siapa ckp dr JK tdk layak..apa jg kelulusan ko mo ckp begitu..cermin dlu tu diri ko ba kawan..bikin malu diri sndri ja ko ni...
Post a Comment